Makita EN422MP Instruction Manual page 73

Ground trimmer attachment
Hide thumbs Also See for EN422MP:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penyelenggaraan bilah ricih
Sebelum operasi atau sejam sekali semasa operasi,
sapukan minyak berkelikatan rendah (minyak mesin,
atau minyak pelincir jenis semburan) pada bilah ricih.
► Rajah29
Selepas operasi, keluarkan habuk daripada kedua-
dua belah bilah ricih dengan berus berwayar,
lapkannya dengan kain dan kemudian sapukan minyak
berkelikatan rendah (minyak mesin, atau minyak
pelincir jenis semburan) pada bilah ricih.
► Rajah30
NOTIS:
Jangan basuh bilah ricih dengan air.
Melakukan hal tersebut boleh menyebabkan karat
atau merosakkan alat.
NOTIS:
Kotoran dan karatan menyebabkan
geseran berlebihan bilah dan memendekkan
masa pengendalian bagi setiap pengecasan
bateri.
Penyimpanan
Pasangkan penutup bilah pada bilah ricih supaya bilah
tidak terdedah. Simpan alat jauh daripada kanak-kanak.
Simpan alat di tempat yang tidak terdedah kepada
kelembapan atau hujan.
Apabila menyimpan alat tambahan ini berasingan
daripada unit kuasa, letakkan penutup pada bahagian
hujung paip.
► Rajah31
Melincirkan bahagian bergerak
NOTIS:
Ikut arahan untuk kekerapan dan jumlah
gris yang dibekalkan. Jika tidak, pelinciran yang
tidak mencukupi boleh merosakkan bahagian yang
bergerak.
Gandar pemacu:
Sapukan gris (Gris Makita N No.2 atau setara) setiap
30 jam operasi.
► Rajah32
NOTA: Gris Makita asli boleh dibeli daripada peniaga
Makita setempat anda.
Pelinciran gris
Selang pelinciran: Setiap 25 jam operasi
1.
Tanggalkan bolt daripada lubang untuk pelinciran.
► Rajah33: 1. Bolt
2.
Tanggalkan penutup daripada saluran gris.
Jajarkan salur keluar bekas gris dengan lubang
pada penutup, kemudian pusingkan bekas gris untuk
memasangkan salur keluar bekas gris ke dalam lubang.
► Rajah34: 1. Bekas gris 2. Lubang
3.
Sapukan gris pada alat (Kira-kira 3 g sebagai
panduan).
4.
Tanggalkan bekas gris.
5.
Ketatkan bolt.
Pengisaran bilah ricih
NOTIS:
Jika bilah ricih telah berubah bentuk
disebabkan oleh pengisaran, gantikan bilah ricih
dengan yang baharu.
1.
Pasang kartrij bateri pada alat.
2.
Hidupkan dan mulakan alat supaya bilah atas dan
bilah bawah diletakkan berselang-seli.
► Rajah35
3.
Matikan alat dan tanggalkan kartrij bateri daripada
alat.
4.
Keluarkan skru dan nat, dan kemudian tanggalkan
pelindung hujung daripada bilah ricih.
► Rajah36: 1. Skru 2. Nat 3. Pelindung hujung
5.
Tetapkan sudut kikir kepada 45°, dan kisar bilah
atas dari 3 arah dengan kikir.
► Rajah37: (1) Kikir (2) 45°
PERHATIAN:
ricih, pastikan alat ditutup dan kartrij bateri
ditanggalkan daripada alat.
6.
Letakkan alat terbalik dan kemudian tanggalkan
gerigis daripada bilah ricih dengan batu sagat.
► Rajah38: 1. Batu sagat
7.
Tetapkan sudut kikir kepada 45°, dan kisar bilah
bawah dari 3 arah dengan kikir.
8.
Kembalikan alat kepada kedudukan normal
dan kemudian tanggalkan gerigis daripada bilah ricih
dengan batu sagat.
9.
Pasangkan pelindung hujung dengan
mengetatkan skru dan nat.
73 BAHASA MELAYU
Sebelum mengisar bilah

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents