Makita EN422MP Instruction Manual page 68

Ground trimmer attachment
Hide thumbs Also See for EN422MP:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Semasa membersihkan bahan yang tersangkut
atau melakukan servis pada unit, pastikan
semua suis kuasa dimatikan dan pek bateri
dikeluarkan atau diputuskan sambungan.
Penggerakan pemangkas tanaman pagar yang
tidak dijangka semasa membersihkan bahan
yang tersangkut atau melakukan servis boleh
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
5.
Pegang pemangkas tanaman pagar
dengan permukaan mencengkam tertebat
sahaja, kerana bilah boleh tersentuh wayar
tersembunyi. Bilah bersentuh wayar "hidup"
mungkin menyebabkan bahagian logam terdedah
pemangkas tanaman pagar "hidup" dan boleh
memberi kejutan elektrik kepada pengendali.
Jauhkan semua kord dan kabel kuasa dari
6.
kawasan pemotongan. Kord dan kabel kuasa
mungkin tersembunyi dalam tanaman pagar dan
semak dan boleh terpotong secara tidak sengaja.
Jangan gunakan pemangkas tanaman
7.
pagar ini dalam keadaan cuaca yang buruk
terutamanya apabila terdapat risiko kilat. Ini
mengurangkan risiko disambar petir.
8.
Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik,
jangan sekali-kali menggunakan pemangkas
tanaman pagar tiang berdekatan dengan
mana-mana talian kuasa elektrik. Bersentuhan
dengan atau menggunakan alat berdekatan
dengan talian kuasa boleh menyebabkan
kecederaan serius atau kejutan elektrik yang
mengakibatkan kematian.
Sentiasa gunakan dua tangan semasa
9.
mengendalikan pemangkas tanaman pagar
tiang. Pegang pemangkas tanaman pagar tiang
dengan kedua-dua tangan untuk mengelakkan
daripada hilang kawalan.
10. Sentiasa gunakan pelindung kepala semasa
mengendalikan pemangkas tanaman pagar
tiang di atas kepala. Serpihan yang jatuh boleh
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
Arahan Keselamatan Tambahan
Penyediaan
1.
PEMANGKAS TANAMAN PAGAR INI BOLEH
MENYEBABKAN KECEDERAAN YANG
SERIUS. Baca manual arahan dengan
teliti untuk pengendalian, penyediaan,
penyelenggaraan, memulakan dan
menghentikan alat dengan betul. Biasakan diri
dengan semua kawalan dan penggunaan alat
yang betul.
2.
Periksa tanaman pagar atau semak untuk
objek asing, seperti pagar wayar atau wayar
tersembunyi sebelum mengendalikan alat.
3.
Alat mestilah tidak digunakan oleh kanak-
kanak atau individu muda yang di bawah
umur 18 tahun. Orang muda yang melebihi umur
16 tahun mungkin boleh dikecualikan daripada
sekatan ini jika mereka telah melalui latihan di
bawah penyeliaan pakar.
4.
Jika berlaku kecemasan, matikan alat ini dan
keluarkan kartrij bateri dengan segera.
5.
BAHAYA - Jauhkan tangan daripada bilah.
Sentuhan dengan bilah akan menyebabkan
kecederaan diri yang serius.
6.
Pengguna kali pertama perlu mendapatkan
pengguna yang berpengalaman untuk
menunjukkan mereka cara menggunakan alat.
7.
Sebelum operasi, periksa kawasan kerja jika
terdapat pagar dawai, batu atau objek keras
yang lain. Perkara tersebut boleh merosakkan
bilah.
8.
Gunakan alat hanya jika anda berada dalam
keadaan fizikal yang baik. Jika anda penat,
tumpuan anda akan berkurang. Lebih berhati-hati
pada penghujung hari bekerja. Lakukan semua
kerja dengan tenang dan berhati-hati. Pengguna
bertanggungjawab bagi semua kerosakan kepada
pihak ketiga.
9.
Sebelum memulakan kerja, periksa untuk
memastikan alat berfungsi dengan baik dan
selamat. Pastikan pelindung dipasang dengan
betul. Alat mestilah tidak digunakan melainkan
telah dipasang sepenuhnya.
10. Elakkan persekitaran yang bahaya. Jangan
gunakan alat dalam lokasi lembap atau basah
atau mendedahkannya kepada hujan. Air yang
memasuki alat akan meningkatkan risiko
kejutan elektrik.
Peralatan pelindung diri
Sarung tangan kulit yang kukuh adalah
1.
sebahagian daripada peralatan asas alat dan
mestilah sentiasa dipakai apabila bekerja
dengannya. Pakai juga kasut yang tegap
dengan tapak anti gelincir.
2.
Pakai perlindungan telinga seperti sarung
telinga untuk mengelakkan kehilangan
pendengaran.
Pakai gogal perlindungan, topi keledar
3.
keselamatan dan sarung tangan perlindungan
untuk melindungi diri anda daripada serpihan
yang terpelanting atau objek yang jatuh.
4.
Apabila menyentuh bilah atau melaraskan
sudut bilah, pakai sarung tangan
perlindungan. Bilah boleh memotong tangan
tanpa pelindung dengan teruk.
Operasi
1.
Sentiasa gunakan dua tangan untuk
mengendalikan alat. Menggunakan satu
tangan boleh menyebabkan hilang kawalan dan
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
2.
Semasa mengendalikan alat, sentiasa pastikan
kedudukan operasi adalah selamat dan
kukuh. Mencapai secara berlebihan dengan
alat, terutamanya dari tangga adalah sangat
berbahaya. Jangan kendalikannya dari tempat
yang bergoyang-goyang atau tidak kukuh.
Jangan pakai abah-abah tali pinggang dan/
3.
atau abah-abah bahu secara serentak semasa
mengendalikan alat.
Semasa operasi, pastikan pemerhati atau
4.
haiwan sekurang-kurangnya 15 m jauh dari
alat tersebut. Hentikan alat itu sebaik sahaja
seseorang mendekati.
68 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents