Makita DVC860L Instruction Manual page 40

Corded and cordless vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for DVC860L:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Membersih
PERHATIAN:
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Membersihkan penapis kain
Hanya untuk model penapis kain
► Rajah27
Penapis kain yang tersumbat menyebabkan prestasi
sedutan yang lemah.
Bersihkan penapis kain dari semasa ke semasa.
Untuk mengeluarkan debu atau zarah yang melekat
pada penapis kain, goncangkan bahagian bawah
rangka dengan cepat beberapa kali.
Membersihkan penapis serbuk
(HEPA) dan penapis awal
Hanya untuk model penapis serbuk
Penapis serbuk, penapis awal dan peredam yang
tersumbat menyebabkan prestasi sedutan yang lemah.
Bersihkan penapis dan peredam dari semasa ke
semasa.
Untuk mengeluarkan debu atau zarah yang melekat
pada penapis, goncangkan bahagian bawah rangka
dengan cepat beberapa kali.
► Rajah28
Basuh penapis serbuk sekali-sekala di dalam air, bilas
dan keringkan sepenuhnya di bawah teduhan sebelum
menggunakannya. Jangan sekali-kali basuh penapis di
dalam mesin basuh.
NOTA:
Jangan gosok atau calarkan penapis serbuk,
penapis awal atau peredam dengan objek keras
seperti berus dan sudip.
Penapis akan haus lama-kelamaan. Disyorkan
untuk mendapatkan alat ganti bagi penapis.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori atau alat tambahan ini adalah
disyorkan untuk digunakan dengan alat Makita
anda yang dinyatakan dalam manual ini.
Penggunaan mana-mana aksesori atau alat
tambahan lain mungkin mengakibatkan risiko
kecederaan kepada orang. Hanya gunakan
aksesori atau alat tambahan untuk tujuan yang
dinyatakannya.
Jika anda memerlukan bantuan untuk butiran lanjut
berkenaan aksesori ini, tanya Pusat Servis Makita
tempatan anda.
Bateri dan pengecas asli Makita
Hos
Kaf hadapan (22, 24, 38)
Paip lurus
Muncung penjuru
Berus bulat
Penapis serbuk, HEPA (untuk debu kering)
Peredam
Penapis awal
Pemasangan muncung
Paip bengkok
Beg polietilena
Penapis Air (pilihan untuk model penapis kain)
Pek kertas
Set pemegang
NOTA:
Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut
negara.
40 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dvc861l

Table of Contents