Makita DVC860L Instruction Manual page 38

Corded and cordless vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for DVC860L:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
KETERANGAN
BAHAGIAN
Model DVC860L
(Model penapis kain (untuk debu kering dan basah))
► Rajah11: 1. Penutup tangki 2. Apungan 3. Sangkar
apungan 4. Penapis kain 5. Tangki
Model DVC861L
(Model penapis serbuk (untuk debu kering))
► Rajah12: 1. Penutup tangki 2. Penapis serbuk
(HEPA) 3. Peredam 4. Penapis awal
5. Tangki
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan pembersih dimatikan,
palamnya dicabut, dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum menjalankan sebarang kerja pada
pembersih.
Sentiasa pakai topeng debu semasa
pemasangan atau penyelenggaraan.
Memasang penapis serbuk (HEPA)
dan penapis awal (untuk debu
kering)
Aksesori pilihan untuk model penapis kain
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali menyedut air atau cecair
lain atau debu basah semasa menggunakan
penapis serbuk. Menyedut benda sedemikian
boleh menyebabkan kebocoran penapis serbuk.
► Rajah13: 1. Penutup tangki 2. Penapis serbuk
(HEPA) 3. Peredam 4. Penapis awal
5. Tangki 6. Penandaan kedudukan
pelekap
► Rajah14: 1. Apungan 2. Sangkar apungan
Untuk menggunakan penapis serbuk, keluarkan
sangkar apungan dan apungan dengan mengeluarkan
bolt.
Letakkan penapis awal ke dalam tangki.
Seterusnya, lekapkan peredam pada penapis serbuk
dan kemudian letakkan ia ke dalam penapis awal.
Semasa memasang penapis serbuk dan penapis awal,
sejajarkan penandaan kedudukan pelekap pada setiap
daripadanya dengan penandaan yang terdapat pada
bahagian atas tangki.
Akhir sekali, lekapkan penutup tangki dan kuncikannya.
NOTA:
Sebelum menggunakan penapis serbuk,
pastikan penapis awal dan peredam sentiasa
digunakan bersama. Tidak dibenarkan untuk
memasang penapis serbuk semata-mata.
Memasang penapis air (untuk model
penapis kain) (aksesori pilihan)
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali menyedut air atau debu
basah tanpa apungan dan penapis kain atau
penapis air.
Untuk menyedut debu basah, pastikan yang
sangkar apungan dan apungan dipasang pada
pembersih.
Semasa memasang penapis air pada tangki,
pasangkan ia dengan ketat pada bukaan tangki
supaya cangkuk penapis air memegang bukaan
tangki dengan kukuh dan tidak terdapat ruang di
antara penapis air dengan tangki.
NOTIS:
Disarankan untuk menggunakan penapis air
apabila menyedut sejumlah air yang banyak
berulang kali. Jika tidak, keupayaan hampagas
mungkin berkurangan daripada segi penapis kain.
► Rajah15: 1. Penapis air 2. Tangki 3. Penandaan
kedudukan pelekap
Untuk menyedut air atau debu basah sahaja, penapis
air adalah lebih sesuai berbanding penapis kain.
Apabila memasang penapis air, sejajarkan tanda
kedudukan pelekap dengan tanda yang terdapat pada
tangki.
Memasang pek kertas (aksesori
pilihan)
AMARAN:
Apabila menggunakan pek kertas, gunakan juga
penapis kain atau penapis awal bersama-sama
yang telah diprapasang pada alat. Kegagalan
untuk menggunakan penapis kain / penapis
awal bersama-sama boleh menyebabkan hingar
dan haba luar biasa, yang boleh mengakibatkan
kebakaran.
PERHATIAN:
(Untuk model penapis kain)
Jangan sekali-kali menyedut air atau cecair
lain atau debu basah semasa menggunakan
pek kertas. Menyedut benda sedemikian boleh
menyebabkan kebocoran pek kertas.
Sebelum menggunakan pek kertas, pastikan
bahawa penapis serbuk (aksesori pilihan),
peredam (aksesori pilihan) dan penapis awal
sentiasa digunakan bersama-sama.
(Untuk model penapis serbuk)
Sebelum menggunakan pek kertas, pastikan
bahawa penapis serbuk, peredam dan penapis
awal sentiasa digunakan bersama-sama.
1.
Mengeluarkan pemegang getah.
► Rajah16: 1. Pemegang getah
2.
Panjangkan pek kertas.
3.
Sejajarkan bukaan pek kertas dengan bukaan
penyedut habuk pembersih.
38 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dvc861l

Table of Contents