Makita DVC860L Instruction Manual page 36

Corded and cordless vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for DVC860L:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTA:
Walaupun mengendalikan dalam mod kuasa
DC, alat akan secara automatik bertukar kepada
mod kuasa AU apabila dipasang.
Jika palam alat dicabut semasa operasi dengan
bateri terpasang, pembersih akan berada dalam
keadaan tunggu sedia.
Penggunaan dengan bateri:
Memasang atau mengeluarkan
kartrij bateri
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan pembersih dimatikan,
palamnya dicabut dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum menyelaras atau menyemak fungsi
pada alat.
Pegang pembersih dan kartrij bateri
dengan kukuh apabila memasang atau
mengeluarkan kartrij bateri. Kegagalan untuk
memegang pembersih dan kartrij bateri dengan
kukuh boleh menyebabkan ia terlepas daripada
tangan anda dan mengakibatkan kerosakan
kepada pembersih dan kartrij bateri serta
kecederaan diri.
Berhati-hati supaya tidak terkepit jari
anda semasa membuka atau menutup
penutup bateri. Gagal berbuat demikian boleh
menyebabkan kecederaan peribadi.
► Rajah3: 1. Kunci 2. Penutup bateri
Untuk memasang kartrij bateri, lepaskan kunci dahulu,
dan buka penutup bateri. Kemudian, masukkan kartrij
bateri.
► Rajah4: 1. Kartrij bateri
Sejajarkan lidah pada kartrij bateri dengan alur pada
perumah dan selitkan ia ke tempatnya. Masukkan ia
sepenuhnya sehingga ia terkunci di tempatnya dengan
klik kecil. Kemudian, kunci penutup bateri.
Untuk mengeluarkan kartrij bateri, luncurkan ia
daripada alat apabila meluncurkan butang di hadapan
kartrij.
NOTIS:
Keluarkan palam pembersih daripada kord
sambungan semasa menggunakan pembersih
dengan bateri.
PERHATIAN:
Sentiasa pasang kartrij bateri sepenuhnya pada
tempatnya. Jika tidak, ia mungkin jatuh daripada
alat, menyebabkan kecederaan kepada anda
atau seseorang di sekeliling anda.
Jangan pasang kartrij bateri secara paksa. Jika
kartrij tidak meluncur dengan mudah, ia tidak
dimasukkan dengan betul.
NOTA:
Pembersih tidak berfungsi dengan hanya satu
kartrij bateri.
Sistem perlindungan alat / bateri
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan alat/bateri.
Sistem ini memotong kuasa kepada motor secara
automatik untuk memanjangkan hayat alat dan bateri.
Alat akan berhenti secara automatik ketika operasi jika
alat atau bateri diletakkan di bawah salah satu keadaan
berikut. Dalam keadaan tertentu, penunjuk menyala.
Perlindungan lebih beban
Jika alat terlebih beban, alat akan berhenti secara
automatik. Dalam situasi ini, matikan alat dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan alat menjadi terlebih
beban. Kemudian hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan pemanasan lampau
untuk alat
Hidup
Apabila alat terlampau panas, alat berhenti secara
automatik dan penunjuk bateri berkelip selama lebih
kurang 60 saat. Dalam situasi ini, biarkan alat sejuk
sebelum menghidupkan semula alat.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri menjadi rendah, alat akan
berhenti secara automatik. Jika produk tidak beroperasi
walaupun suis telah dioperasikan, keluarkan bateri
daripada alat dan cas bateri.
Penunjuk kapasiti bateri yang
tinggal
► Rajah5: 1. Butang SEMAK
► Rajah6
Tekan butang semak untuk menjadikan penunjuk bateri
menunjukkan kapasiti bateri yang tinggal. Penunjuk
bateri sepadan dengan setiap bateri.
Penunjuk kapasiti bateri yang tinggal
Status penunjuk bateri
Hidup
Mati
36 BAHASA MELAYU
Berkelip
Kapasiti bateri yang tinggal
Berkelip
50% - 100%
20% - 50%
0% - 20%
Cas bateri

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dvc861l

Table of Contents