Makita DVC860L Instruction Manual page 33

Corded and cordless vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for DVC860L:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang digunakan
untuk alat ini. Pastikan anda memahami maksudnya
sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Sila gunakan dengan berhati-hati dan
penuh perhatian.
Amaran! Pembersih ini mungkin
mengandungi debu yang berbahaya.
Jangan sekali-kali berdiri di atas
pembersih.
Debu kelas L (ringan). Pembersih
ini mampu menyedut debu kelas L.
Ikut peraturan negara anda berkaitan
dengan debu dan kesihatan dan
keselamatan pekerjaan.
PENEBATAN BERGANDA
Hanya untuk negara-negara Kesatuan
Ni-MH
Eropah
Li-ion
Jangan buang peralatan elektrik atau
pek bateri bersama bahan buangan isi
rumah!
Dalam mematuhi Arahan Eropah,
mengenai Sisa Peralatan Elektrik dan
Elektronik, dan Bateri dan Akumulator
dan Sisa Bateri dan Akumulator serta
pelaksanaannya mengikut undang-
undang negara, peralatan elektrik
dan bateri dan pek-pek bateri yang
telah mencapai akhir hayatnya mesti
dikumpul secara berasingan dan
dikembalikan ke kemudahan kitar
semula yang bersesuaian dengan alam
sekitar.
Tujuan penggunaan
Alat ini bertujuan untuk mengumpul debu kering dan
basah. Alat ini sesuai untuk kegunaan komersial,
sebagai contoh di hotel, sekolah, hospital, kilang, kedai,
pejabat dan perniagaan sewaan.
Bekalan kuasa
Alat ini perlu disambungkan hanya kepada bekalan
kuasa dengan voltan yang sama seperti yang
ditunjukkan pada papan nama, dan hanya boleh
dikendalikan pada bekalan AC fasa tunggal. Ia
mempunyai penebatan berganda dan oleh itu, ia juga
boleh digunakan dari soket tanpa wayar bumi.
AMARAN KESELAMATAN
PEMBERSIH HAMPAGAS BERKORD
DAN TANPA KORD
AMARAN! PENTING BACA DENGAN TELITI
semua amaran keselamatan dan semua arahan
SEBELUM PENGGUNAAN. Kegagalan mematuhi
amaran dan arahan boleh menyebabkan kejutan
elektrik, kebakaran dan/atau kecederaan serius.
1.
Sebelum digunakan, pastikan yang pembersih
ini mestilah digunakan oleh individu yang
telah diberi arahan yang secukupnya tentang
kegunaan pembersih ini.
2.
Jika buih/cecair keluar, matikan dengan
serta-merta.
3.
Bersihkan peranti pengehad paras air secara
kerap dan periksa ia bagi sebarang tanda
kerosakan.
4.
Jangan gunakan pembersih ini tanpa penapis.
Gantikan penapis yang rosak dengan
serta-merta.
5.
PENGGUNAAN KORD SAMBUNGAN. Semasa
menggunakan kord sambungan kerana jarak
yang agak jauh dari sumber kuasa, cuba
gunakan kord yang cukup tebal tetapi tidak
terlalu panjang, atau prestasi pembersih akan
turut terjejas. Untuk kegunaan di luar, gunakan
kord sambungan yang sesuai untuk kegunaan
luar.
AMARAN VOLTAN: Sebelum menyambungkan
6.
pembersih ke sumber kuasa (bekalan, salur
keluar dan sebagainya) pastikan voltan
yang dibekalkan adalah sama seperti yang
ditentukan pada plat nama pembersih.
Sumber kuasa dengan voltan yang lebih besar
daripada yang ditentukan bagi pembersih
boleh mengakibatkan KECEDERAAN
SERIUS kepada pengendali dan juga
kerosakan pada pembersih. Jika ragu-ragu,
JANGAN PASANGKAN PALAM PEMBERSIH.
Menggunakan sumber kuasa dengan voltan
yang rendah daripada kadar plat nama adalah
berbahaya pada motor.
7.
ELAKKAN PERMULAAN YANG TIDAK
DISENGAJAKAN. Pastikan suis OFF semasa
memasukkan palam.
8.
Jangan cuba untuk menyedut bahan mudah
terbakar, bunga api, puntung rokok yang
menyala, abu panas, serpihan logam panas,
bahan tajam seperti pisau cukur, jarum, gelas
yang pecah atau yang sama sepertinya.
JANGAN SEKALI-KALI GUNAKAN
9.
PEMBERSIH DI SEKITAR GASOLIN, GAS,
CAT, PEREKAT ATAU LAIN-LAIN BAHAN
YANG SANGAT MUDAH MELETUP. Suis
menghasilkan percikan semasa ON dan OFF.
Penukar tertib motor juga begitu semasa
operasi. Letupan yang berbahaya mungkin
berlaku.
10. Jangan sekali-kali menyedut bahan toksik,
karsinogenik, bahan mudah terbakar atau
berbahaya yang lain seperti asbestos,
arsenik, barium, berilium, plumbum, racun
serangga, atau bahan lain yang memudaratkan
kesihatan.
11.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih di
luar dalam hujan.
12. Jangan gunakan berhampiran dengan sumber
haba (dapur dan sebagainya.).
13. HADANG DARIPADA KEJUTAN ELEKTRIK.
Elakkan sentuhan badan dengan permukaan
bumi. Sebagai contoh; paip, radiator, dapur,
penutup peti sejuk.
14. Jangan halang injap penyejukan. Injap ini
membenarkan penyejukan motor. Sumbatan
harus dielakkan dengan berhati-hati jika
tidak, motor akan terbakar disebabkan kurang
pengudaraan.
33 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dvc861l

Table of Contents