Penjagaan; Penyelenggaraan - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Penjagaan

AMARAN
Pastikan anda mematikan kuasa dan mengeluarkan bateri dari pembersih
robotik sebelum melakukan sebarang penjagaan pada pembersih
robotik.
• Sekiranya bateri tersebut tidak ditanggalkan daripada pembersih robotik,
kejutan elektrik atau kecederaan boleh berlaku.
PERHATIAN
• Untuk mengekalkan prestasi yang optimum, lakukan penyelenggaraan
yang disebutkan dalam bahagian ini secara berkala. Sekiranya terdapat
masalah, berhenti menggunakan pembersih robotik dan minta kedai
tempat anda membuat pembelian atau pejabat penjualan kami untuk
melakukan pemeriksaan dan baik pulih.

Penyelenggaraan

Menjaga dan menggantikan kotak habuk dan penapis
• Apabila daya sedutan pembersih robotik berkurangan, apabila kotorannya
ketara, atau apabila lampu penjagaan penapis menyala, tanggalkan penapis
dan basuh dengan air.
• Letakkan surat khabar atau sesuatu sebelum melakukan penyelenggaraan.
• Jangan gunakan bahan kimia atau air panas dengan suhu 40 ° C (104 ° F)
atau lebih tinggi.
1. Buang sampah mengikut langkah 1 hingga 5 daripada "Cara membuang
sampah". (Lihat halaman 21).
2. Letakkan kembali bekas habuk ke dalam kotak habuk dan tutup penutup atas
kotak habuk.
3. Lepaskan cangkuk dan buka penutup atas bahagian penapis.
1. Cangkuk
4. Keluarkan penapis daripada kotak habuk.
Semasa mengeluarkan penapis, lakukan secara perlahan -lahan untuk
mengelakkan habuk terbang.
5. Biarkan kotoran dan debu jatuh dengan ketukan yang ringan pada penapis.
• Jangan gosok penapis dengan kuat atau tekan dengan jari.
• Jangan gunakan objek yang tajam (seperti pencungkil gigi), yang boleh
menyebabkan pecah.
6. Apabila daya sedutan pembersih robotik lemah, basuh penapis dengan air.
Sekiranya bau mengganggu anda, biarkan penapis terendam dalam bahan
cuci neutral yang dicairkan selama lebih kurang tiga jam dan kemudian basuh
dengan air.
7. Apabila kotoran kotak habuk kelihatan ketara, basuh dengan air atau bahan
cuci neutral yang dicairkan.
8. Apabila anda telah mencuci penapis atau kotak habuk dengan air, keringkan
secukupnya di tempat yang mempunyai aliran udara yang baik dan tidak
terdedah kepada cahaya matahari langsung.
• Menggunakan bahagian yang tidak dikeringkan dengan betul boleh
menyebabkan pengurangan pada daya sedutan dan juga hayat motor.
1
• Menggunakan bahagian yang masih lembap boleh menyebabkan bahagian
tersebut berbau atau rosak.
• Masa pengeringan sepatutnya mengambil masa lebih kurang satu hari.
• Elakkan daripada melakukan pengeringan dengan pengering, peniup, dll.
9. Pasangkan penapis kepada kotak habuk.
Meletakkan kertas tisu kering di antaranya boleh mengakibatkan kotoran
kurang cenderung untuk melekat pada penapis. Gantikan kertas tisu dengan
yang baharu semasa membuang habuk.
10. Tutup penutup atas bahagian penapis dan pastikan cangkuknya dipautkan.
Kemudian, kunci dua bahagian pengunci.
24
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents