Menetapkan Semula Tetapan - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3. Butang atas/bawah boleh digunakan untuk menukar antara Hidupkan dan
Matikan. Setelah memilih Hidupkan atau Matikan, tekan butang pengesahan
untuk menyelesaikan pilihan.
• Hidupkan: Lampu bunyi dihidupkan (bunyi didayakan).
• Matikan: Lampu bunyi dimatikan (bunyi dinyahdayakan).
NOTIS
Walaupun tetapan bunyi dimatikan, pembersih robotik dapat mengeluarkan bunyi
untuk memaklumkan tentang sesuatu ralat, dll.
Menghidupkan dan mematikan tetapan bunyi dengan
kawalan jauh
Dengan pembersih robotik dalam keadaan bersedia, menekan butang HIDUPKAN/
MATIKAN kuasa pada kawalan jauh membolehkan tetapan bunyi dihidupkan dan
dimatikan.
Tetapan bunyi dapat dihidupkan dan dimatikan walaupun sedang melakukan
pembersihan sekiranya ditetapkan daripada kawalan jauh.

Menetapkan semula tetapan

Anda boleh menetapkan semula tetapan pembersih robotik kepada lalai kilang.
1. Tetapkan pembersih robotik ke dalam keadaan bersedia. (Lihat halaman 15.)
2. Tahan butang bawah dan butang tetapan.
[dEL] dipaparkan pada penunjuk masa dan ikon serta lampu selain lampu
ralat akan berkelip.
3. Tekan butang pengesahan ketika [dEL] dipaparkan (lebih kurang 10 saat).
• Sekiranya butang pengesahan tidak ditekan ketika [dEL] dipaparkan,
pembersih robotik akan kembali ke keadaan bersedia.
• Semasa pembersih robotik melaksanakan proses penetapan semula, ikon
dan lampu selain lampu kuasa bateri dimatikan. Walaupun pembersih robotik
tidak akan berfungsi pada masa ini biarpun anda menekan butang pada panel
operasi, jangan sentuh butang. Selain itu, jangan tanggalkan bateri.
4. Setelah selesai proses penetapan semula, mulakan semula dilakukan dan
kemudian skrin tetapan masa akan muncul.
Menggandingkan pembersih robotik dan kawalan
jauh
Apabila kawalan jauh digantikan dengan yang baharu, laksanakan gandingan
antara pembersih robotik dan kawalan jauh.
1. Tahan butang sambungan telefon pintar dan butang tetapan serentak untuk
menjadikan [PAIr] muncul pada penunjuk masa.
[PAIr] dipaparkan selama 10 saat.
2. Semasa [PAIr] dipaparkan, tekan butang tindakan (bawah) dan butang
HIDUPKAN/MATIKAN kuasa pada kawalan jauh secara serentak.
Apabila gandingan berjaya, pembersih robotik mengeluarkan dua bunyi bip
yang singkat dan kembali ke keadaan bersedia.
NOTIS
• Sekiranya gandingan gagal, bunyi ralat akan dihasilkan.
• Sekiranya pembersih robotik tidak dapat menerima isyarat daripada kawalan
jauh semasa [PAIr] dipaparkan, pembersih robotik akan kembali ke keadaan
bersedia.
23
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents