Cara Menggunakan; Pembersihan; Membersihkan Bilik Dengan Pemetaan - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Cara Menggunakan

Pembersihan

• Pembersih robotik berfungsi dalam tiga cara:
- mod pembersihan bebas, yang tidak memerlukan pendaftaran peta,
- mod pembersihan pemetaan (lihat "Membersihkan bilik dengan pemetaan"
pada halaman ini), yang memerlukan maklumat bilik didaftarkan untuk
pembersihan, dan
- operasi manual menggunakan kawalan jauh.
• Mod pembersihan bebas disyorkan untuk membersihkan di pelbagai bilik atau
di persekitaran yang sering melibatkan perubahan susun atur yang ketara.
• Untuk bilik yang tidak mendapat cahaya yang mencukupi pada saat
pemetaan, gunakan mod pembersihan bebas.
• Sekiranya baki bateri pembersih robotik semakin rendah, pembersih robotik
akan menangguhkan pembersihan dan kembali ke lokasi pembersihan
bermula.
Membersihkan bilik dengan kawalan jauh
Pembersih robotik boleh dikendalikan untuk pembersihan dengan menekan
butang tindakan pada kawalan jauh.
1
2
4
1. Bergerak ke depan: Tekan
.
2. Pusing ke kiri: Tekan .
3. Pusing ke kanan: Tekan .
4. Mengundur: Sambil tahan
, tekan
NOTIS
• Jangan mengendalikan pembersih robotik di tempat yang sempit atau tidak
rata.
• Semasa mengendalikan pembersih robotik dengan kawalan jauh, berhati -
hatilah supaya tidak berlaku perlanggaran atau terjatuh.
• Sekiranya terdapat halangan di hadapan pembersih robotik yang bergerak,
pembersih robotik akan berundur untuk mengelakkannya.
Membersihkan bilik tanpa pemetaan (mod
pembersihan bebas)
1. Letakkan pembersih robotik di sebelah dinding tempat yang ingin anda
bersihkan.
2. Tetapkan pembersih robotik ke dalam keadaan bersedia. (Lihat halaman
15.)
3. Tekan butang suis mod untuk memilih [F] (mod pembersihan bebas).
Setiap kali butang suis mod ditekan, aksara yang dipaparkan akan berubah
mengikut urutan "F, 1, 2, 3, 4, 5, F, ..." (setiap nombor mewakili nombor bilik).
4. Ketika butang mula/berhenti ditekan, pembersih robotik menghasilkan bunyi
dan memulakan pembersihan. (Apabila tetapan bunyi dihidupkan)
3
.
16
5. Apabila pembersih robotik mengesahkan pembersihan telah selesai,
pembersih robotik akan kembali ke tempat pembersihan bermula.
• Apabila tetapan bunyi dihidupkan, pembersihan yang selesai akan
dimaklumkan dengan bunyi. (Lihat halaman 22.)
• Pembersih robotik mengira kedudukannya sendiri menggunakan sensor
LiDAR dan sensor kamera. Untuk sensor kamera berfungsi sepenuhnya,
anda disyorkan supaya memastikan bilik itu terang untuk kerja pembersihan.
Sekiranya bilik gelap, pembersih robotik mungkin tidak dapat membersihkan
kawasan atau gagal kembali ke tempat pembersihan bermula.

Membersihkan bilik dengan pemetaan

Mendaftarkan maklumat bilik (pemetaan)
• Apabila bilik yang hendak dibersihkan sudah ditentukan, pendaftaran
maklumat bilik (pendaftaran maklumat pemetaan) dalam pembersih robotik
membolehkan pembersihan menjadi lebih cekap. Setelah selesai pemetaan,
semakan hasil pembersihan dan menetapkan kawasan larangan daripada
aplikasi boleh dilakukan.
• Jumlah bilik yang boleh didaftarkan ialah lima.
• Pastikan bilik terang semasa pemetaan.
• Jangan mendekati pembersih robotik semasa pemetaan.
• Jangan angkat pembersih robotik semasa pemetaan.
• Pemetaan gagal sekiranya tiada halangan dengan ketinggian 25 cm atau
lebih dalam radius sekitar 11 m pembersih robotik. Dalam keadaan ini,
pembersihan dalam mod pembersihan bebas adalah disyorkan. (Lihat
"Membersihkan bilik tanpa pemetaan (mod pembersihan bebas)" pada
halaman ini)
1. Letakkan pembersih robotik di tempat yang anda mahu pembersih robotik
memulakan pembersihan.
• Lokasi permulaan ini akan menjadi lokasi pembersihan bermula.
• Anda disyorkan untuk menetapkan lokasi permulaan berdekatan dinding,
sudut bilik, atau titik lain yang mudah dikenal pasti.
• Jauhkan jarak lebih kurang 30 cm dari dinding.
2. Tetapkan pembersih robotik ke dalam keadaan bersedia. (Lihat halaman
15.)
3. Pilih nombor bilik yang belum dipetakan dengan menekan butang suis mod.
• [F] ialah mod pembersihan bebas. (Lihat "Membersihkan bilik tanpa pemetaan
(mod pembersihan bebas)" pada halaman ini.)
• Paparan nombor bilik yang belum akan berkelip dan lampu pendaftaran bilik
akan menyala.
• Paparan nombor bilik yang dipetakan akan menyala dan lampu pendaftaran
bilik akan padam.
4. Ketika butang mula/berhenti ditekan, pembersih robotik memulakan
pemetaan. Selepas pemetaan, pembersih robotik akan kembali ke tempat
pemetaan bermula (titik pembersihan awal) dan kemudian menyelesaikan
pendaftaran bilik.
• Selepas selesai pemetaan, pembersih robotik akan memasuki keadaan
bersedia. Pembersih robotik mungkin akan mengambil sedikit masa untuk
memasuki keadaan bersedia. Jangan matikan kuasa apabila dalam keadaan
ini.
• Apabila tetapan bunyi dihidupkan, pemetaan yang selesai akan dimaklumkan
dengan bunyi.
• Sekiranya pemetaan tidak berjaya, tambahkan maklumat pemetaan secara
manual menggunakan aplikasi. (Lihat halaman 39.)
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents