Menghidupkan/Mematikan Kuasa; Perkara Yang Perlu Disediakan Sebelum Pembersihan - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Menghidupkan/mematikan kuasa

• Semasa kuasa dihidupkan, pembersih robotik memasuki keadaan bersedia.
Dalam keadaan bersedia, pembersihan boleh dilakukan, ubah tetapan dan
buatkan sambungan kepada aplikasi.
• Sekiranya pembersih robotik, kawalan jauh atau aplikasi tidak beroperasi
selama kira -kira 30 minit dalam keadaan bersedia, kuasa akan dimatikan. (Jika
lampu sambungan telefon pintar menyala dalam keadaan di atas, kuasa tidak
akan dimatikan.)
• Matikan kuasa apabila operasi selesai dan semasa penyimpanan.
• Apabila pembersih robotik berada dalam keadaan tidur, komunikasi daripada
aplikasi tidak akan berlaku.
• Apabila kuasa pembersih robotik dimatikan, pembersih robotik tidak dapat
dikendalikan daripada kawalan jauh atau aplikasi.
Cara menghidupkan kuasa
1. Dengan keadaan kuasa pembersih robotik dimatikan, tekankan butang mula/
berhenti pembersih robotik.
2. Tunggu tanpa melakukan apa -apa sehingga masa dipaparkan.
Apabila pembersih robotik digunakan untuk pertama kalinya, tetapan masa
perlu dilakukan terlebih dahulu. Tetapkan masa. (Lihat halaman 22.)
1
2
1. [LOAd] akan berkelip dalam penunjuk masa dan empat butang tahap
kebersihan dihidupkan dan dimatikan mengikut arah jam. Kelajuan
pertukaran lampu akan meningkat semasa proses permulaan dijalankan.
2. Setelah semua lampu menyala, proses permulaan pembersih robotik
selesai (keadaan bersedia).
Cara mematikan kuasa
Tahan butang mula/berhenti pembersih robotik, atau tekan butang MATIKAN
kuasa pada kawalan jauh.
Apabila kuasa dimatikan sepenuhnya, paparan dan lampu pembersih robotik akan
dimatikan. Oleh itu, tunggu dengan tanpa mengeluarkan bateri.
Setelah selesai menggunakan pembersih robotik atau semasa menyimpannya,
matikan kuasa dan tanggalkan bateri.
NOTIS
Jangan tanggalkan bateri sebelum kuasa dimatikan sepenuhnya (sebelum
paparan dan lampu dimatikan). Maklumat peta yang disimpan dan sejarah
pembersihan mungkin terpadam.
Cara membaca lampu kuasa bateri pembersih robotik
Status lampu kuasa
bateri
Baki kapasiti ialah penunjuk kasar dan mungkin berbeza -beza bergantung pada
keadaan operasi, suhu bilik, jenis bateri dan penggunaan kuasa bateri, dll.
Perkara yang perlu disediakan sebelum
pembersihan
Sebelum pembersihan, lakukan tetapan untuk pembersih robotik seperti yang
diperlukan.
Menghidupkan dan mematikan kipas vakum
Sekiranya melakukan pembersihan debu besar yang kelihatan sahaja, mematikan
kipas vakum akan membolehkan masa berfungsi dengan lebih lama. Untuk cara
menghidupkan dan mematikan kipas vakum, sila rujuk halaman 18.
Menghidupkan dan mematikan tetapan bunyi
Apabila tetapan bunyi pembersih robotik dimatikan, pembersih robotik akan
membersihkan secara senyap. (Lihat halaman 22.)
Menetapkan ciri penderiaan-sempadan
Dengan ciri penderiaan -sempadan dihidupkan, pembersih robotik mengenal pasti
garisan sempadan magnet yang dipasang di permukaan lantai. Garisan sempadan
magnet berfungsi sebagai garisan sempadan dan pembersih robotik tidak akan
melampaui garisan sempadan magnet, ini bermakna kawasan pembersihan boleh
dihadkan. Untuk cara menetapkan ciri penderiaan -sempadan, sila rujuk halaman 20.
15
BAHASA MELAYU
Baki kapasiti bateri
Lebih kurang 60 % atau lebih
Lebih kurang 20 hingga 60 %
Kurang daripada 20 %
Tiada baki kapasiti
Bateri tidak dipasang

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents