Mengawal Jangkauan Pembersihan - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTIS
• Tetapan MATIKAN pemasa didayakan apabila kuasa dimatikan atau baki
kapasiti bateri habis sepenuhnya.
• Apabila baki kapasiti bateri rendah, pembersih robotik mungkin berhenti
beroperasi sebelum tetapan masa MATIKAN pemasa.
• Bergantung pada persekitaran pembersihan, pembersih robotik mungkin
memerlukan masa untuk kembali ke titik permulaan. Dalam keadaan ini,
tetapkan masa lebih awal untuk MATIKAN pemasa.
• Contoh penggunaan: Membuat pembersih robotik melakukan pembersihan
secara automatik selama 30 minit pada sebelah malam. (Tetapkan
HIDUPKAN pemasa pada jam 19:00. dan MATIKAN pemasa pada jam
19:30.)
1
4
1. Bermula pada jam 19:00. (HIDUPKAN pemasa) 2. Pembersihan
3. Pembersihan selesai pada jam 19:30. (MATIKAN pemasa) 4. Kembali ke
titik permulaan.
• Apabila menyelaraskan jam/minit, menahan butang atas/bawah akan
menghasilkan jam/minit berubah dengan cepat.
• Apabila tetapan masa pemasa sudah selesai, anda hanya perlu mengikuti
prosedur pada "Menggunakan MATIKAN pemasa" pada halaman 19.

Mengawal jangkauan pembersihan

AMARAN
Jangan gunakan garisan sempadan magnet sebagai garisan sempadan
kawasan yang mungkin berlaku kemalangan akibat pencerobohan atau
terjatuh.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan
akibat pencerobohan atau pembersih robotik terjatuh.
Untuk kawasan dengan risiko pencerobohan atau pembersih robotik
terjatuh, letakkan objek yang berfungsi sebagai dinding dengan ketinggian
25 cm atau lebih (objek yang tidak bergerak atau jatuh ketika terkena
pembersih robotik) di atas permukaan yang rata.
• Jangkauan pembersihan dapat dibatasi dengan memasangkan garisan
sempadan magnet (dijual secara berasingan) pada permukaan lantai untuk
membuat garisan sempadan. Pembersih robotik mengesan dan mengelak
daripada garisan sempadan magnet.
• Tetapkan jarak pembersihan pembersih robotik dalam kes berikut.
1
2
1. Kawasan pembersihan 2. Garisan sempadan magnet 3. Kawasan yang
anda tidak mahu pembersih robotik masuki
• Apabila anda ingin membahagikan ruang yang terlalu besar untuk dibersihkan
sekali gus menjadi beberapa kawasan untuk dibersihkan.
• Apabila ada kawasan yang anda tidak mahu pembersih robotik masuki.
• Apabila ada kawasan yang boleh dimasuki oleh pembersih robotik tetapi tidak
boleh keluar.
• Apabila pembersih robotik menaiki anak tangga yang rendah tetapi terjatuh
dari situ.
• Apabila pembersih robotik terperangkap pada pertengahan anak tangga.
1. Letakkan garisan sempadan magnet dengan mempertimbangkan perkara -
perkara berikut.
• Pastikan anda meletakkan garisan sempadan magnet tanpa sebarang celah
di antara ia dan permukaan lantai.
2
3
3
20
• Letakkan garisan sempadan magnet lebih kurang 15 cm dari kawasan yang
anda tidak mahu pembersih robotik masuki.
• Letakkan garisan sempadan magnet pada permukaan lantai yang serata
mungkin supaya stabil. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan
pembersih robotik tersalah mengesan garisan dan gagal mengenal pasti
garisan dengan betul.
• Pembersih robotik mungkin tidak mengenal pasti garisan sempadan magnet
yang diletakkan di permukaan melengkung atau bertangga.
• Pastikan garisan sempadan magnet adalah produk yang asli. Sekiranya
bukan produk yang asli, prestasi dan keselamatan tidak dapat dijamin.
• Sesetengah permukaan lantai boleh menjadi kotor. Periksa kesesuaiannya
dengan betul sebelum penggunaan.
• Bergantung pada permukaan lantai dan persekitaran operasi, sensor magnet
untuk penderiaan sempadan cenderung gagal mengenal pasti garisan sempadan
magnet atau garisan sempadan magnet mungkin kotor atau koyak. Periksa
kesesuaiannya dengan betul sebelum penggunaan.
2. Dengan pembersih robotik dalam keadaan bersedia, tekan butang tetapan
untuk memasuki mod pilihan tetapan.
3. Tekan butang seterusnya untuk membuat lampu penderiaan -sempadan
berkelip.
4. Butang atas/bawah boleh digunakan untuk menukar antara Hidupkan dan
Matikan. Setelah memilih Hidupkan atau Matikan, tekan butang pengesahan
untuk menyelesaikan tetapan.
• Hidupkan: Lampu penderiaan -sempadan dihidupkan.
• Matikan: Lampu penderiaan -sempadan dimatikan.
NOTIS
• Ciri penderiaan -sempadan adalah berdasarkan pada pengenalpastian garisan
sempadan magnet dengan sensor magnet. Sekiranya terdapat koyakan,
terangkat dan lain -lain pada garisan sempadan magnet, garisan mungkin
tidak dapat dikenal pasti.
• Periksa koyakan, penyimpangan kedudukan dan masalah lain daripada
garisan sempadan magnet secara berkala. Sekiranya terdapat masalah
seperti koyakan, ganti dengan garisan baharu.
• Ciri penderiaan -sempadan boleh diaktifkan berhampiran objek magnet.
Apabila anda tidak mahu ciri penderiaan -sempadan berfungsi, matikan
penderiaan -sempadan.
• Di tempat yang sentiasa dilalui oleh orang dan benda, garisan sempadan
magnet mungkin akan dipijak dan mengalami kerosakan. Sekiranya keadaan
garisan merosot, gantikan dengan garisan baharu.
• Bergantung pada bahan lantai, anda disyorkan supaya melekatkan garisan
sempadan magnet ke lantai kerana pembersih robotik mungkin tertolak
garisan sempadan magnet ketika mengesannya.
• Garisan sempadan magnet boleh dipotong dengan gunting.
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents