Menukar Nama Pembersih Robotik Yang Berdaftar; Menetapkan Opsyen Pembersihan; Menukar Kod Pin - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Menukar nama pembersih robotik yang berdaftar

Tetapan ini hanya menukar nama pembersih robotik pada Aplikasi. SSID untuk
Wi -Fi® tidak akan diubah.
1. Pada skrin [Robot Settings], ketik [Edit Robot Name].
2. Masukkan nama baharu (Hingga 8 aksara).
3. Setelah anda selesai memasukkan nama, ketik [Save].

Menetapkan opsyen pembersihan

1. Pada skrin [Robot Settings], ketik Hidupkan/Matikan (berwarna hijau apabila
Dihidupkan) di sebelah [Continuous Cleaning] atau [Prioritize Homing] jika
perlu.
• [Continuous Cleaning]: Pilih opsyen ini apabila kapasiti bateri kehabisan
sebelum pembersih robotik membersihkan semua kawasan pembersihan dan
anda ingin meneruskan pembersihan kawasan yang belum dibersihkan lagi
pada waktu berikutnya.
• [Prioritize Homing]: Tetapan ini disyorkan apabila pembersih robotik sering
gagal kembali ke titik permulaan pembersihan. Pembersih robotik mula
kembali ke titik permulaan pembersihan, dengan syarat baki kapasiti bateri
yang lebih banyak daripada biasa.
• [Boundary Sensing]: Pilih opsyen ini semasa menggunakan garisan
sempadan magnet. Pembersih robotik mengesan garisan sempadan magnet
sebagai sempadan. (Lihat halaman 20.)

Menukar kod PIN

Kod PIN pembersih robotik boleh ditukar. Sekiranya anda terlupa kod PIN yang
anda tetapkan, rujuk "Menetapkan semula tetapan" pada halaman 23 untuk
menetapkan semula pembersih robotik ke lalai kilang.
Untuk menyemak kod PIN lalai kilang, rujuk "Tetapan awal" pada halaman 33.
1. Pada skrin [Robot Settings], ketik [Change PIN Code].
2. Masukkan kod PIN semasa (lapan digit).
42
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents