Langkah -Langkah Keselamatan Untuk Penggunaan Pembersih - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN
Jangan gunakan sekiranya kabel pengecas rosak atau jika palam kuasa
tidak dipasang dengan kuat.
• Kejutan elektrik, litar pintas atau pencucuhan boleh berlaku.
Bahagian lekapan bateri pengecas mempunyai terminal pengecasan.
Jangan biarkan benda asing seperti kepingan logam atau air berhampiran
terminal pengecasan.
Jangan tutup bateri dan pengecas dengan kain atau sesuatu semasa
mengecas.
• Cas bateri di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Sekiranya
tidak, pemanasan, pecah atau pencucuhan boleh berlaku.
AMARAN
Pastikan untuk mematikan kuasa dan mengeluarkan bateri sebelum
penyelenggaraan dan pemeriksaan untuk mengelakkan produk ini
dihidupkan secara tidak sengaja.
Semasa memasukkan bateri ke dalam produk ini, berhati-hati supaya
tidak menghidupkan kuasa.
• Apabila anda memasang bateri dalam keadaan kuasa mungkin dapat dihidupkan
(misalnya, ketika jari anda disandarkan pada butang mula/berhenti), produk ini
mungkin mula bergerak secara tiba -tiba, boleh menyebabkan kemalangan.
Sekiranya terjatuh atau berlaku perlanggaran yang tidak disengajakan, periksa
dengan teliti produk ini, dll. untuk kerosakan, keretakan dan perubahan bentuk.
• Kerosakan, keretakan dan perubahan bentuk boleh menyebabkan kecederaan.
Alihkan produk ini dengan perlahan-lahan untuk mengelakkan produk
mengalami perubahan bentuk dan kerosakan.
• Kerosakan, keretakan dan perubahan bentuk boleh menyebabkan kecederaan.
Sekiranya produk ini tidak berfungsi dengan betul atau mengeluarkan bunyi tidak
normal semasa anda menggunakan produk ini, matikan kuasa dengan segera
dan hentikan penggunaan produk. Kemudian, minta kedai tempat anda membuat
pembelian atau pejabat penjualan kami untuk melakukan pemeriksaan dan baik pulih.
• Sekiranya anda terus menggunakan produk, kecederaan atau kemalangan boleh berlaku.
Periksa bahagian yang rosak.
• Sebelum menggunakan produk, periksa dengan teliti kerosakan pada
komponen dan periksa sama ada produk tersebut berfungsi dengan baik
dan memberikan fungsi yang telah ditetapkan.
• Periksa bahagian boleh gerak untuk kedudukan dan pengetatan yang betul, dan periksa komponen
untuk sebarang kerosakan dan pemasangan yang betul. Kemudian, periksa semua bahagian lain
yang boleh mempengaruhi operasi untuk memastikan sama ada terdapat sebarang ketaknormalan.
• Untuk penggantian dan baik pulih komponen yang rosak, ikuti manual pengguna.
Sekiranya penerangan tidak diberikan dalam manual pengguna, minta kedai tempat
anda membuat pembelian atau pejabat penjualan kami untuk melakukan baik pulih.
Pastikan produk ini dalam keadaan baik.
• Untuk penggantian aksesori, ikuti manual pengguna.
• Periksa kabel pengecas secara berkala dan sekiranya rosak, minta kedai tempat
anda membuat pembelian atau pejabat penjualan kami untuk melakukan baik
pulih. Kejutan elektrik atau litar pintas boleh mengakibatkan pencucuhan.
• Apabila kabel sambungan digunakan untuk mengecas, periksa secara
berkala, dan sekiranya rosak, ganti kabel sambungan tersebut. Kejutan
elektrik atau litar pintas boleh mengakibatkan pencucuhan.
• Pastikan gagang pembawa sentiasa kering serta bersih dan jangan
biarkan ia bersentuhan dengan minyak, gris, dll.
Apabila produk ini tidak digunakan, simpan dalam ruang penyimpanan
yang betul.
• Simpan di tempat yang kering dan selamat daripada jangkauan kanak -
kanak atau di tempat kering yang boleh dikunci. Kemalangan boleh berlaku.
Cabut pengecas daripada bekalan kuasa apabila tidak digunakan untuk
mengecas.
• Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebocoran arus elektrik atau kebakaran kerana kerosakan penebat.
Sekiranya anda menyedari haba yang tidak normal atau keadaan tidak
normal yang lain semasa mengecas, cabut segera palam kuasa pengecas
untuk berhenti mengecas.
• Sekiranya anda membiarkan pengecas berterusan, asap, pencucuhan
atau kepecahan boleh berlaku.
PERHATIAN
Pasang aksesori dengan selamat mengikut manual pengguna.
• Sekiranya tidak terpasang dengan selamat, ia boleh menyebabkan
kecederaan, kerosakan atau kemalangan.
Semasa membawa produk ini, sentiasa pegang pada gagang pembawa.
• Membawa produk sambil memegang tempat lain selain gagang pembawa
boleh menyebabkan kegagalan berfungsi atau kecederaan.
Langkah-langkah keselamatan untuk
penggunaan pembersih robotik
AMARAN
Jangan gunakan produk ini di tempat tinggi tanpa penutup atau di tempat
yang sempit seperti tangga.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kecederaan atau kegagalan
berfungsi akibat produk ini terjatuh.
Jangan gunakan produk ini di tempat yang mengandungi komponen minyak seperti
tumpahan minyak makan, di tempat penyembur dan bahan kimia digunakan, seperti
kedai gunting rambut, salon kecantikan, kedai pembersih atau di luar rumah.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kegagalan berfungsi.
Jangan gunakan produk ini di tempat yang terdapat orang yang tidak
dapat mengoperasikan produk ini dengan betul, anak kecil atau bayi.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik, kemalangan atau
kecederaan.
Jangan gunakan produk ini di tempat yang mempunyai haiwan, dll.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik, kemalangan atau
kecederaan.
Jangan gunakan produk ini di tempat yang mempunyai ramai orang atau
sering dikunjungi orang.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik, kemalangan atau
kecederaan.
J a n g a n m e n g h a l a n g b u k a a n e k z o s d a n b u k a a n s e d u t a n a t a u
memasukkan logam, benda asing yang mudah terbakar, dll.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik, pencucuhan atau
kegagalan berfungsi.
Jangan gunakan produk ini berhampiran objek yang mungkin
menghalang bukaan sedutan.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik, pencucuhan atau
kegagalan berfungsi.
Jangan buang produk ini ke dalam api atau panaskan.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan litar pintas, pencucuhan,
kebocoran cecair atau letupan.
Jangan letakkan produk ini di tempat yang bersuhu tinggi, seperti dekat
dengan api atau pemanas bilik, tempat yang terdedah kepada cahaya
matahari langsung dan bahagian dalam kereta di bawah terik matahari.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan litar pintas, pencucuhan,
kebocoran cecair atau letupan.
Jangan letakkan objek di atas produk ini.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan produk menjadi terlampau panas,
mengakibatkan pencucuhan.
Jangan letakkan produk ini di bawah cahaya matahari langsung.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan tindak balas salah sensor LiDAR dan
sensor inframerah, yang mengakibatkan kerosakan atau kegagalan berfungsi.
Jangan menghalang sensor produk ini atau memasukkan benda asing.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan salah operasi, kerosakan atau kegagalan berfungsi.
Jangan melekatkan pelekat atau pita pada sensor dan roda.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan berfungsi.
Jangan duduk di atas produk ini, meletakkan objek berat di atasnya atau
memberi hentakan yang kuat.
• Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan produk
ini berfungsi atau kecederaan. Berikan perhatian khusus terhadap kanak -
kanak yang berada berdekatan.
4
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents