Mengemas Tempat Untuk Dibersihkan - Makita DRC300 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DRC300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
1
1. Ketinggian 25 cm atau lebih
• Sekiranya kotoran atau titisan air terhasil disebabkan pemeluwapan yang
terbentuk pada sensor tebing di permukaan bawah pembersih robotik, lapkan
dengan kain kering dan lembut, kain kapas, dll.
1
1
1
1. Sensor tebing (lima lokasi)
• Pembersih robotik mungkin gagal beroperasi dengan baik apabila terkena
cahaya matahari atau cahaya inframerah daripada peralatan lain. Pastikan
pembersih robotik tidak terkena cahaya inframerah daripada pemanas
halogen, kawalan jauh, sensor dan peralatan lain serta cahaya matahari yang
berasal daripada kaca berkabut, dll.
• Sekiranya terdapat karpet, tikar, plat atau objek lain berdekatan anak
tangga, sensor tebing mungkin gagal mengenal pasti anak tangga. Alihkan
permaidani dan objek lain yang berdekatan anak tangga.
• Di tempat sedemikian yang jaraknya dari dinding ke anak tangga kurang
daripada 1 m, pembersih robotik mungkin jatuh ketika mengundur. Jangan
gunakan pembersih robotik di tempat yang jaraknya dari dinding ke anak
tangga kurang daripada 1 m.
1. Kurang daripada 1 m
• Sekiranya terdapat penutup longkang (penutup kekisi), sensor tebing mungkin
mengenal pastinya sebagai anak tangga dan pembersih robotik mungkin
tidak dapat melaluinya. Sekiranya perlu melaluinya, tutup kekisi dengan plat
atau sesuatu.
1
• Anak tangga yang lebih kurang 3.0 cm atau kurang mungkin tidak dikenal
pasti sebagai anak tangga oleh sensor tebing, ini mengakibatkan pembersih
robotik terus menuruni anak tangga sambil bergerak lurus. Sekiranya
terdapat anak tangga dalam sekitar 2.0 hingga 3.0 cm, elakkan daripada
menggunakan pembersih robotik.
• Tutup pintu, skrin, atau tingkap gelangsar kerana perbezaan tahap bingkai
atau relnya mungkin tidak dikenal pasti sebagai tangga oleh sensor
penampan.
• Jangan gunakan pembersih robotik pada permukaan lantai yang mudah
pecah seperti kaca.

Mengemas tempat untuk dibersihkan

Alihkan objek yang boleh menyebabkan kerosakan atau kemalangan
semasa pembersih robotik bersentuhan dengannya.
Alihkan objek yang tidak boleh disedut, objek yang menghalang
pergerakan pembersih robotik dan objek yang cenderung tersangkut
pada berus utama, roda serta berus sisi.
• Sekiranya anda membiarkan sahaja objek yang akan menghalang
pergerakan pembersih robotik semasa pembersihan, ia boleh
menyebabkan kemalangan atau kecederaan.
• Jangan gunakan pembersih robotik berdekatan dengan objek yang boleh
menjadi panas, seperti alat pemanas (pemanas bilik). Berbuat demikian boleh
menyebabkan kemalangan, pencucuhan atau kegagalan berfungsi. (Jangan
gunakan alat pemanas semasa operasi.)
• Jangan gunakan pembersih robotik di tempat yang dilengkapi dengan soket
boleh tarik. Soket boleh tarik hendaklah sentiasa ditarik balik.
11
BAHASA MELAYU
1
AMARAN

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents