Tujuan Penggunaan; Amaran Keselamatan - Makita VC002GL Instruction Manual

Hide thumbs Also See for VC002GL:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Jangan sekali-kali berdiri di atas
pembersih.
Debu kelas L (ringan). Pembersih ini
mampu menyedut debu kelas L. Ikut
peraturan negara anda berkaitan dengan
debu dan kesihatan dan keselamatan
pekerjaan.
Hanya untuk negara-negara EU
Ni-MH
Disebabkan kehadiran komponen
Li-ion
berbahaya dalam peralatan, sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri boleh memberi kesan negatif
terhadap persekitaran dan kesihatan
manusia.
Jangan buang alat elektrik dan elektronik
atau bateri bersama dengan bahan
buangan isi rumah!
Mengikut Arahan Eropah mengenai sisa
peralatan elektrik dan elektronik dan
mengenai akumulator dan bateri dan sisa
akumulator dan bateri serta penyesuaian
dengan undang-undang negara, sisa
peralatan elektrik, bateri dan akumulator
hendaklah disimpankan secara berasingan
dan dihantar ke tempat pengumpulan
berasingan untuk sisa perbandaran,
beroperasi mengikut peraturan
perlindungan persekitaran.
Ini ditunjukkan oleh simbol tong sampah
beroda yang bersilang pada peralatan.

Tujuan penggunaan

Tujuan penggunaan alat ini untuk mengumpul debu
kering. Peralatan ini sesuai untuk kegunaan komersial,
sebagai contoh di hotel, sekolah, hospital, kilang, kedai,
pejabat dan perniagaan sewaan.

AMARAN KESELAMATAN

Amaran keselamatan pembersih
hampagas tanpa wayar
AMARAN:
PENTING! BACA DENGAN TELITI
semua amaran keselamatan dan semua arahan
SEBELUM GUNA. Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
1.
Sebelum digunakan, pastikan yang pembersih
ini mestilah digunakan oleh individu yang
telah diberi arahan yang secukupnya tentang
kegunaan pembersih ini.
Sebelum guna, pengendali hendaklah
2.
diberikan maklumat, arahan dan latihan untuk
penggunaan mesin dan bahan yang akan
digunakan, termasuk kaedah penyingkiran dan
pelupusan bahan yang dikumpulkan.
3.
Sentiasa memastikan bahawa penapis
dipasang dengan betul sebelum digunakan.
Jangan gunakan pembersih tanpa memasang
penapis. Gantikan penapis yang rosak dengan
serta-merta. Disyorkan untuk mendapatkan
beberapa alat ganti seperti penapis kerana ia
item guna habis.
4.
ELAKKAN PERMULAAN YANG TIDAK
DISENGAJAKAN. Pastikan suis OFF apabila
memasang bateri.
5.
Jangan cuba untuk menyedut bahan mudah
terbakar, bunga api, puntung rokok yang
menyala, abu panas, serpihan logam panas,
bahan tajam seperti pisau cukur, jarum, gelas
yang pecah atau yang sama sepertinya.
6.
JANGAN SEKALI-KALI GUNAKAN
PEMBERSIH DI SEKITAR GASOLIN, GAS,
CAT, PEREKAT ATAU LAIN-LAIN BAHAN
YANG SANGAT MUDAH MELETUP. Suis
menghasilkan percikan semasa ON dan OFF.
Penukar tertib motor juga begitu semasa
operasi. Letupan yang berbahaya mungkin
berlaku.
7.
Jangan sekali-kali menyedut bahan toksik,
karsinogenik, bahan mudah terbakar atau
berbahaya yang lain seperti asbestos,
arsenik, barium, berilium, plumbum, racun
serangga, atau bahan lain yang memudaratkan
kesihatan.
Sentiasa letakkan pembersih di permukaan
8.
rata yang mendatar untuk mengelakkan
pembersih daripada terjatuh atau bergerak
secara tidak sengaja.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih di
9.
luar dalam hujan.
10. Untuk Finland, mesin ini tidak boleh digunakan
di luar pada suhu rendah.
11. Jangan gunakan berhampiran dengan sumber
haba (dapur dan sebagainya).
12. Jika udara ekzos kembali ke bilik, kadar
perubahan udara yang mencukupi perlu
diberikan di dalam bilik. Rujukan kepada
peraturan Kebangsaan diperlukan.
13. Jangan halang sedutan salur masuk/
salur keluar/lohong penyejukan. Injap ini
membenarkan penyejukan motor. Halangan
harus dielakkan dengan berhati-hati jika tidak
motor akan terbakar disebabkan kekurangan
pengudaraan.
14. Pastikan pijakan dan keseimbangan yang betul
pada setiap masa.
15. Jangan lipat, tarik atau pijak hos.
16. Hentikan pembersih serta-merta jika anda
mengesan prestasi yang lemah atau sesuatu
yang tidak normal semasa operasi.
17. KELUARKAN BATERI. Apabila tidak
digunakan, sebelum melakukan servis, dan
semasa menukar aksesori.
18. Bersihkan dan servis pembersih serta-merta
selepas setiap penggunaan untuk memastikan
ia dalam keadaan operasi yang terbaik.
19. SELENGGARA PEMBERSIH DENGAN
BERHATI-HATI. Pastikan pembersih sentiasa
bersih untuk prestasi yang lebih baik dan
selamat. Ikuti arahan untuk menukar aksesori.
Pastikan pemegang sentiasa kering, bersih
dan bebas daripada minyak dan gris.
54 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Vc004gl

Table of Contents