Makita DUA300ZB Instruction Manual page 61

Cordless pole saw
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Lampu penunjuk
Dinyalakan
Mati
NOTA: Bergantung kepada keadaan penggunaan
dan suhu persekitaran, penunjuk mungkin berbeza
sedikit daripada kapasiti sebenar.
NOTA: Lampu penunjuk (kiri jauh) pertama akan
berkedip apabila sistem perlindungan bateri
berfungsi.
Sistem perlindungan alat / bateri
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan alat/bateri.
Sistem ini memotong kuasa kepada motor secara
automatik untuk memanjangkan hayat alat dan bateri.
Alat akan berhenti secara automatik ketika operasi jika
alat atau bateri diletakkan di bawah salah satu syarat
yang berikut:
Perlindungan lebih beban
Apabila bateri beroperasi dengan cara yang
menyebabkan ia menarik arus tinggi yang luar biasa,
alat secara automatik terhenti tanpa lampu kuasa
utama berkelip dengan cahaya hijau. Dalam situasi
ini, matikan alat dan hentikan penggunaan yang
menyebabkan alat menjadi terlebih beban. Kemudian
hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan pemanasan lampau
Apabila alat atau bateri panas melampau, alat berhenti
secara automatik dan lampu kuasa utama menyala
dengan cahaya merah. Dalam kes ini, biarkan alat dan
bateri sejuk sebelum menghidupkan semula alat.
NOTA: Dalam persekitaran yang bersuhu tinggi,
perlindungan pemanasan lampau mungkin berfungsi
dan alat terhenti secara automatik.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri tidak mencukupi, alat akan
terhenti secara automatik dan lampu kuasa utama
mula berkelip dengan cahaya merah. Dalam kes ini,
keluarkan bateri daripada alat dan cas bateri.
Kapasiti
yang tinggal
Berkelip
75% hingga
100%
50% hingga
75%
25% hingga
50%
0% hingga
25%
Cas bateri.
Bateri
mungkin
telah
rosak.
Suis kuasa utama
AMARAN:
Sentiasa matikan suis kuasa utama
apabila tidak digunakan.
Untuk menghidupkan alat, tekan suis kuasa utama
sehingga lampu kuasa utama menyala dengan cahaya
hijau. Untuk mematikan alat, tekan suis kuasa utama
sekali lagi.
► Rajah4: 1. Lampu kuasa utama 2. Penunjuk mod
3. Suis kuasa utama
NOTA: Lampu kuasa utama berkelip dengan warna
hijau apabila anda menghidupkan suis kuasa utama
sambil menahan tuil buka kunci dan menarik pemicu
suis. Dalam kes ini, lepaskan pemicu suis dan tuil
buka kunci, dan kemudian hidupkan suis kuasa
utama.
NOTA: Alat ini mempunyai fungsi padam secara
automatik. Untuk mengelakkan permulaan yang tidak
disengajakan, suis kuasa utama akan dimatikan
secara automatik apabila pemicu suis tidak ditarik
untuk tempoh tertentu selepas suis kuasa utama
dihidupkan.
Anda boleh menggunakan alat ini dalam mod Galakan
Tork untuk memotong cabang tebal atau cabang keras.
Untuk menggunakan alat dalam mod Galakan Tork,
apabila alat dimatikan, tekan suis kuasa utama selama
beberapa saat sehingga mod penunjuk menyala dalam
warna hijau.
NOTA: Anda boleh menggunakan alat ini dalam mod
Galakan Tork sehingga 60 saat. Bergantung kepada
keadaan penggunaan, mod ini beralih ke mod biasa
dalam masa kurang daripada 60 saat.
NOTA: Jika penunjuk mod berkelip dengan warna
hijau apabila anda menekan suis kuasa utama
selama beberapa saat, mod Galakan Tork tidak
tersedia. Dalam kes ini, ikuti langkah-langkah di
bawah.
Mod Galakan Tork tidak tersedia sejurus
selepas operasi pemotongan. Tunggu lebih
daripada 10 saat, dan kemudian tekan suis
kuasa utama selama beberapa saat.
Jika anda menggunakan mod Galakan Tork
beberapa kali, penggunaan mod Galakan Tork
dihadkan untuk melindungi bateri. Jika mod
Galakan Tork tidak tersedia selepas menunggu
lebih daripada 10 saat, gantikan kartrij bateri
dengan kartrij yang dicas penuh, atau cas
semula kartrij bateri.
NOTA: Jika lampu kuasa utama menyala dengan
cahaya merah atau berkelip dalam dengan cahaya
merah atau hijau, rujuk arahan untuk sistem
perlindungan alat/bateri.
61 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dua300

Table of Contents