Pembersihan Dan Penjagaan - Sharp Healsio AX-1700VM Operation Manual

Water oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

PEMBERSIHAN DAN PENJAGAAN

Pengedap Pintu
Sentiasa pastikan pengedap pintu bersih untuk
mengelakkan sebarang kerosakan. Sekiranya air
memeluwap di dalam pengedap pintu, lap kering
dengan kain lembut. Gilap dengan kain lembut
yang lain. Jangan gunakan pembersih kimia
atau kasar pada permukaan ini. Penjagaan harus
diambil untuk tidak menggosok, merosakkan,
menarik atau mengalihkan pengedap. Sebelum
memasak, sentiasa pastikan pengedap pintu
terletak kemas dan rata. Jika tidak, wap akan
bocor dari pintu. Jangan gunakan ketuhar jika
pengedap pintu rosak. Rujuk PUSAT SERVIS
YANG DILULUSKAN OLEH SHARP.
Dulang Pembakar / Rak
Basuh dulang dan rak pembakar selepas masak
menggunakan sabun lembut atau larutan
detergen, bilas dan keringkan. Jangan gunakan
pembersih yang kasar, pengikis logam tajam atau
berus keras untuk mengelakkan kerosakan pada
permukaan.
Tangki Air dan Penutup Tangki Air
Selepas memasak, basuh dalam larutan sabun
yang lembut atau larutan detergen dengan
kain lembap yang lembut atau span, bilas dan
keringkan. Jangan basuh dalam mesin pembasuh
pinggan mangkuk. Jangan gunakan pembersih
yang kasar, pengikis logam tajam atau berus keras
pada tangki air dan penutup tangki air.
Dulang Titisan
Kosongkan dulang titisan selepas memasak,
basuh dalam sabun yang lembut atau larutan
pencuci dengan kain lembap yang lembut atau
span, bilas, keringkan dan letakkan semula di
bawah bahagian hadapan ketuhar. Jangan basuh
dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
Pembersihan Kerak pada Bahagian Wap
Ketuhar
Semasa pengeluaran wap, kerak mungkin
terbentuk dalam penjana wap. Untuk
mengeluarkan kerak, lakukan fungsi pembersihan
kerak apabila "DESCALE" ditunjukkan pada
paparan. Lihat muka surat M-8 untuk arahan
lengkap.
M – 23

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Healsio ax-1700vmr

Table of Contents