Sharp Healsio AX-1700VM Operation Manual page 41

Water oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ARAHAN KESELAMATAN PENTING
ARAHAN KESELAMATAN PENTING. BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN MASA DEPAN
1. Ketuhar ini direka untuk digunakan di atas meja sahaja. Ia tidak direka untuk dipasang pada dinding atau dalam
kabinet. Jangan letakkan ketuhar dalam kabinet. Lihat muka surat M-3 untuk pemasangan.
Pintu ketuhar boleh menjadi panas semasa memasak. Letakkan atau pasangkan ketuhar supaya bahagian
bawah ketuharadalah 85 sentimeter (cm) atau lebih di atas lantai. Jauhkan kanak-kanak dari pintu ketuhar untuk
mengelakkan daripada melecur.
2. Pastikan terdapat ruang kosong minimum sebanyak 13 cm di atas ketuhar.
3. Ketuhar ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah dan kegunaan seumpamanya seperti:
• ruang dapur kakitangan di kedai, pejabat dan persekitaran kerja lain;
• rumah ladang;
• oleh pelanggan di hotel, motel dan persekitaran kediaman lain;
• persekitaran jenis penginapan dan sarapan pagi
4. Ketuhar gelombang mikro digunakan untuk pemanasan makanan dan minuman.
Pengeringan makanan atau pakaian dan pemanasan pad pemanasan, peranti terapeutik (contohnya beg bijirin), selipar,
span, kain lembap dan yang seumpamanya mungkin mengakibatkan risiko kecederaan, percikan api atau kebakaran.
5. Ketuhar ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan
fi zikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan
atau arahan mengenai penggunaan ketuhar ini oleh orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
6. Kanak-kanak perlu diselia untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan ketuhar ini.
7.
AMARAN: Hanya membenarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa pengawasan apabila arahan yang
mencukupi telah diberikan supaya kanak-kanak tersebut dapat menggunakan ketuhar secara selamat dan
memahami bahaya penggunaan tidak wajar.
8. AMARAN: Apabila ketuhar dioperasikan dalam fungsi Perolakan (Convection), Gril (Grill) atau Kukus (Steam),
kanak-kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah pengawasan orang dewasa kerana suhu yang dihasilkan.
9. AMARAN: Bahagian yang boleh diakses boleh menjadi panas semasa digunakan. Kanak-kanak kecil perlu dijauhkan.
10. AMARAN: Jika pintu atau pengedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh dioperasikan sehingga ketuhar tersebut
telah dibaiki oleh seorang juruteknik servis bertauliah yang dilatih oleh SHARP .
11. AMARAN: Jangan sekali-kali menyesuaikan, membaiki atau mengubah suai ketuhar dengan sendiri. Adalah
berbahaya bagi sesiapa selain daripada seorang juruteknik servis bertauliah yang dilatih oleh SHARP untuk
menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan yang melibatkan penyingkiran penutup yang memberi
perlindungan terhadap pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
12. Jika kord bekalan kuasa ketuhar ini rosak, ia mesti digantikan oleh seorang juruteknik servis bertauliah yang
dilatih oleh SHARP untuk mengelakkan bahaya.
13. AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan dalam bekas bertutup kerana ia boleh meletup.
14. Pemanasan minuman dalam ketuhar gelombang mikro boleh mengakibatkan berlakunya didihan menggelegak
tertangguh, oleh itu, berhati-hati semasa mengendalikan bekas.
15. Telur mentah dan telur rebus tidak boleh dipanaskan pada mod gelombang mikro kerana ia mungkin meletup,
walaupun selepas pemanasan gelombang mikro telah berhenti. Untuk memasak atau memanas semula telur
tidak hancur atau dicampur pada mod gelombang mikro, pecahkan kuning dan putih telur, kalau tidak telur
mungkin meletup. Kupas dan hiris telur rebus sebelum memanaskan semula pada mod gelombang mikro.
16. Perkakas perlu diperiksa untuk memastikan ia sesuai digunakan di dalam ketuhar. Lihat muka surat M-29.
Gunakan hanya bekas dan perkakas mesra gelombang mikro pada mod gelombang mikro.
17. Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak dibenarkan semasa mod gelombang mikro.
18. Kandungan botol dan balang makanan bayi hendaklah dikacau atau digoncang dan suhu diperiksa sebelum
digunakan, untuk mengelakkan daripada melecur.
19. Semasa penggunaan, ketuhar akan menjadi panas. Berhati-hati untuk tidak menyentuh elemen pemanasan
dan ruang ketuhar. Untuk mengelakkan daripada melecur, sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar yang tebal.
Sebelum pembersihan, pastikan ketuhar tidak panas.
20. Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas, perhatikan ketuhar kerana kemungkinan ada percikan api.
21. Jika terlihat asap, matikan atau cabut palam ketuhar dan tutup pintu ketuhar agar dapat menahan sebarang nyalaan.
22. Ketuhar hendaklah sentiasa dibersihkan dan sebarang sisa makanan hendaklah dibuang.
23. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
24. Kegagalan untuk mengekalkan ketuhar dalam keadaan bersih boleh menyebabkan kerosakan permukaan yang
boleh menjejaskan jangka hayat alat dan mungkin boleh membahayakan.
25. Jangan gunakan pembersih kasar yang menghakis atau pengikis logam yang tajam untuk membersihkan kaca
pintu ketuhar kerana ini boleh mencalarkan permukaan, yang boleh menyebabkan kaca pecah.
26. Pembersih wap tidak boleh digunakan.
27. Lihat arahan untuk membersihkan pengedap pintu, ruang dan bahagian bersebelahan pada muka surat M-22.
28. Lihat arahan untuk menggunakan aksesori pada muka surat M-4.
Amaran lain
1. Untuk mengurangkan risiko kebakaran dalam ruang ketuhar:
a. Tiada cecair yang lain melainkan air suhu bilik yang sesuai untuk diminum (ditapis) boleh diisikan ke dalam bekas
air yang disertakan.
b. Jangan membiarkan ketuhar dalam keadaan operasi tanpa diawasi. Suhu ketuhar yang terlalu tinggi atau masa
memasak yang terlalu panjang akan menyebabkan makanan terlebih masak atau mengakibatkan kebakaran.
c. Jangan memasak makanan terlalu lama.
d. Tanggalkan sebarang pengikat daripada beg kertas atau beg plastik sebelum meletakkan beg di dalam ketuhar.
e. Jangan memanaskan minyak atau lemak yang akan digunakan untuk menggoreng. Suhu minyak tersebut tidak
dapat dikawal.
f. Jangan gunakan bekas yang diperbuat daripada bahan sintetik untuk memasak. Bekas tersebut boleh cair pada
suhu yang tinggi.
M – 1

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Healsio ax-1700vmr

Table of Contents