Sharp Healsio AX-1700VM Operation Manual page 62

Water oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

PEMBERSIHAN DAN PENJAGAAN
Poin Penting untuk Pembersihan - Segera dan kerap!
Percikan makanan dan jus daging berminyak, yang tertinggal pada dinding dalaman ketuhar akan melekat dan
sukar disingkirkan jika tidak dibersihkan serta-merta dan selepas setiap penggunaan. Penggunaan fungsi Wap akan
membantu dalam proses pembersihan ini.
BERSIHKAN KETUHAR SECARA BERKALA -
Pastikan ketuhar bersih dan singkirkan sebarang sisa
makanan yang boleh menyebabkan kerosakan pada
permukaan. Ini boleh menjejaskan jangka hayat peralatan
dan mungkin boleh membahayakan.
PERHATIAN PENTING:
• TANGGALKAN KORD KUASA SEBELUM PEMBERSIHAN.
• PASTIKAN KETUHAR SEJUK SEPENUHNYA SEBELUM
PEMBERSIHAN.
• JANGAN GUNAKAN PEMBERSIH KETUHAR, PEMBERSIH
KAUSTIK (BERASID/BERALKALI), PELELAS, PEMBERSIH
KASAR ATAU PAD PENYENTAL PADA MANA-MANA
BAHAGIAN KETUHAR.
• JANGAN GUNAKAN PEMBERSIH WAP.
Pembersihan Ketuhar - Bahagian Luar
Bahagian luar boleh dibersihkan dengan sabun lembut
dan air suam, lap bersih dengan kain lembap. Elakkan
penggunaan pembersih pelelas kasar. Pastikan pembukaan
pengudaraan bebas daripada debu.
Pintu
Lap pintu dan tingkap di kedua-dua sisi, pengedap pintu
dan bahagian-bahagian yang bersebelahan menggunakan
kain lembap untuk menyingkirkan sebarang tumpahan
atau percikan. Jangan gunakan pembersih pelelas kasar
atau pengikis logam tajam untuk membersihkan kaca
pintu ketuhar kerana ini boleh mencalarkan permukaan,
yang mungkin mengakibatkan kaca pecah.
Panel Kawalan
Berhati-hati ketika membersihkan panel kawalan. Lap
panel dengan kain yang dilembapkan sedikit dengan air
sahaja. Keringkan dengan kain lembut. Jangan gosok
atau gunakan sebarang pembersih kimia.
Pembersihan Ketuhar - Bahagian Dalam
MAKLUMAT PENTING:
• Selepas setiap
penggunaan:
Lap dinding ketuhar
dengan kain lembut
dan air suam (atau
air sabun lembut) ketika
ketuhar masih hangat.
Menggunakan ketuhar tanpa pembersihan boleh
menyebabkan percikan melekat
• Jangan gunakan pembersih kaustik (berasid/
beralkali), pembersih jenis semburan, pembersih
yang melelas atau keras atau pad penyental kerana
ia mungkin merosakkan permukaan salutan cat.
Untuk menghilangkan MINYAK DAN PERCIKAN
MAKANAN pada dinding ketuhar:
1. Isikan tangki air dengan air suhu bilik yang sesuai
untuk diminum (ditapis) melalui penutup ke tanda
2 (MAX).
2. Kendalikan ketuhar dengan [17] Wap Panas selama
10 minit tanpa makanan. Lihat muka surat M-18
dalam manual operasi.
3. Selepas mengewap, lap kotoran di bahagian dalam
ketuhar dengan kain lembut yang kering ketika
ketuhar masih hangat.
Untuk penyingkiran BAU (PEMBERSIHAN
PENGEWAPAN):
Gunakan fungsi Pembersih Pengewapan di bawah. Ia
bukan fungsi pembersihan kendiri. Ia akan mengambil
kira-kira 20 minit untuk kitaran pembersihan.
PENYEDIAAN
1. Pastikan mengelap dinding ketuhar dengan kain
lembut dan air suam (atau air sabun lembut) sebelum
menjalankan Pembersihan Pengewapan.
2. diminum (ditapis) hingga tanda 1 dan diletakkan di
tempatnya. (Lihat muka surat M-6.)
3. Pastikan dulang titisan kosong diletakkan di
tempatnya. (Lihat muka surat M-6.)
LANGKAH-LANGKAH
1
Putar Tombol untuk memilih [23]
Pembersihan Pengewapan.
2
Tekan START.
Biarkan ketuhar sejuk untuk mengelakkan daripada
melecur. Kemudian buka pintu dan singkirkan apa-apa
sisa dengan teliti dengan kain lembap yang lembut.
Akhirnya, keluarkan dan kosongkan tangki air. Kemudian
kosongkan dulang titisan.
M – 22

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Healsio ax-1700vmr

Table of Contents