Sharp Healsio AX-1700VM Operation Manual page 42

Water oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

IMPORTANT SAFETY INSTRUCTIONS
g. Jangan gunakan bekas plastik jika ketuhar masih panas kerana bahan tersebut mungkin cair. Bekas plastik tidak
boleh digunakan melainkan pengeluar bekas mendakwa ia adalah sesuai.
h. Jangan menyimpan makanan atau apa-apa barangan lain di dalam ketuhar.
i. Apabila bahan beralkohol ditambah semasa menggril atau memasak kek dan manisan, terdapat risiko yang mana
wap yang dihasilkan oleh alkohol boleh terbakar apabila bersentuhan dengan elemen pemanasan elektrik.
Awasi keadaan ketuhar secara teliti semasa memasak.
2. Berhati-hati semasa mengendalikan bekas bagi mengurangkan risiko letupan atau didihan menggelegak
tertangguh. Ketuhar anda mampu memanaskan makanan dan minuman dengan cepat dengan gelombang mikro,
oleh itu, adalah sangat penting untuk anda memilih masa memasak dan tahap kuasa yang sesuai untuk jenis dan
kuantiti makanan yang akan dipanaskan. Jika anda tidak pasti masa memasak dan tahap kuasa yang diperlukan, sila
mulakan dengan masa memasak dan tahap kuasa yang rendah sehingga makanan dipanaskan secara merata
dengan secukupnya
Di samping itu:
a. Jangan letakkan sebarang bekas tertutup di dalam ketuhar. Botol bayi dilengkapi dengan penutup berskru atau
puting susu adalah dianggap sebagai bekas bertutup.
b. Jangan gunakan terlampau lebih jumlah masa.
c. Semasa mendidihkan cecair di dalam ketuhar, gunakan bekas yang mempunyai bukaan mulut yang luas.
d. Biarkan sekurang-kurangnya 20 saat selepas siap memasak bagi mengelakkan air didihan menggelegak tertangguh.
e. Kacau cecair sebelum dan semasa memasak. Berwaspada semasa memegang bekas atau memasukkan sudu
atau perkakas lain ke dalam bekas.
3. Ketuhar ini hanya untuk penyediaan makanan di rumah sahaja dan haruslah digunakan untuk memanas, memasak
dan mencairbeku makanan dan minuman sahaja.
Ketuhar ini tidak sesuai untuk penggunaan komersil, di makmal, atau untuk memanaskan peranti-peranti terapeutik
pemanasan, seperti beg bijirin.
4. Jangan gunakan ketuhar sekiranya sebarang objek tersekat di antara pintu ketuhar dengan ketuhar.
5. Berwaspada dan berhati-hati semasa mengeluarkan makanan daripada ketuhar, supaya tiada sebarang perkakas
dapur, pakaian atau aksesori anda tersangkut pada kancing pintu.
6. Jangan sekali-kali menjolok objek, terutamanya objek logam, sama ada melalui gril atau di antara pintu dan ketuhar
semasa ketuhar tersebut sedang beroperasi.
7.
Jangan sekali-kali mengubah atau menyahaktifkan kancing keselamatan pintu.
8. Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar yang tebal untuk mengelakkan daripada melecur semasa memegang
perkakas yang bersentuhan dengan makanan yang panas. Haba daripada makanan yang panas boleh berpindah
melalui perkakas itu dan menyebabkan kulit anda melecur.
9. Sekiranya lampu ketuhar rosak, sila hubungi wakil jurujual anda atau juruteknik servis bertauliah yang dilatih
oleh SHARP .
10. Elakkan kelecuran yang diakibatkan oleh wap dengan menghalakan wap jauh daripada muka dan tangan. Dengan
secara perlahan, angkat penjuru terjauh penutup bekas termasuk pembalut plastik gelombang mikro dll., dan
membuka beg bertih jagung dan beg pemasak ketuhar dengan berhati-hati menjauhi daripada muka anda
11. Pastikan kord bekalan kuasa tidak mengalami sebarang kerosakan dan tidak berada di bawah ketuhar atau di atas
sebarang permukaan yang panas atau penjuru yang tajam
12. Berhati-hati semasa membuka pintu. Untuk mengelakkan daripada melecur disebabkan oleh haba dan wap yang
terbebas, biarkan udara panas atau wap keluar sebelum mengeluarkan atau memasukan semula makanan.
13. Jangan letakkan apa-apa benda di atas kabinet luar kerana ketuhar akan menjadi sangat panas semasa beroperasi.
14. Untuk mengelakkan daripada melecur atau terbakar, sentiasa merasa dan memeriksa suhu makanan dan bekas
makanan serta kacau makanan sebelum dihidangkan. Beri perhatian khusus kepada suhu makanan dan
minuman yang diberikan kepada bayi, kanak-kanak atau warga tua. Jangan minum minuman atau sup tanpa
memeriksa suhu bekas. Lebih berhati-hati ketika mengendalikan bekas kerana ia menjadi sangat panas.
15. Pastikan perkakas tidak menyentuh dinding bahagian dalam semasa memasak.
16. Jangan sentuh pintu ketuhar, bahagian luar kabinet, bahagian belakang kabinet, ruang ketuhar, bukaan pengudaraan,
aksesori dan hidangan kerana wap yang terlepas dari pelindung pengudaraan semasa operasi akan menjadi
panas.
17. Jangan sentuh sekitar lampu ketuhar secara langsung. Bahagian ini akan menjadi panas apabila lampu ketuhar
dihidupkan.
18. Apabila ketuhar digunakan, anginkan bilik di mana ketuhar dipasang, contohnya, membuka tingkap atau hidupkan
kipas pengudaraan dapur. Wap daripada penutup pengudaraan mungkin membasahi dinding atau perabot
berdekatan.
19. Jangan gunakan ketuhar jika ada keretakan pada tangki air dan berlaku kebocoran air. Sila hubungi PUSAT
SERVIS YANG DILULUSKAN OLEH SHARP .
20. Jangan masukkan jari atau objek di dalam lubang-lubang (saluran wap atau bukaan pengudaraan) kerana ini boleh
merosakkan ketuhar dan menyebabkan kejutan elektrik atau membahayakan.
21. Jangan sentuh palam elektrik dengan tangan yang basah. Palamkan ke dalam soket dinding elektrik dengan selamat.
Pegang palam dengan kemas apabila mengeluarkan palam tersebut daripada soket, dan jangan tarik kord bekalan
kuasa kerana ini boleh merosakkan kord bekalan kuasa dan sambungan di dalam palam.
22. Jangan gerakkan ketuhar semasa ketuhar sedang digunakan. Jika ketuhar perlu dipindahkan, salirkan semua air di
dalam ketuhar menggunakan fungsi DRAIN WATER. Selepas penyaliran, kosongkan dulang titisan.
23. Jangan basahkan pintu atau panel kawalan secara sengaja.
24. Jangan gunakan ketuhar jika ketuhar tersebut terjatuh di atas lantai. Tanggalkan palam dan hubungi PUSAT SERVIS
YANG DILULUSKAN OLEH SHARP .
25. Jangan letakkan apa-apa benda yang beratnya melebihi 4 kg pada pintu untuk mengelakkan kemungkinan daripada
ketuhar jatuh atau boleh merosakkan pintu dan engsel. Jangan bergayut dan jangan menggantung objek berat pada
pemegang pintu.
26. Untuk mencegah pemeluwapan yang boleh menghakis ketuhar, jangan biarkan makanan yang telah dimasak di
dalam ketuhar untuk tempoh yang panjang.
M – 2

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Healsio ax-1700vmr

Table of Contents