Sharp Healsio AX-1700VM Operation Manual page 43

Water oven
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ARAHAN PEMASANGAN
1. Keluarkan semua bahan pembungkusan daripada ruang ketuhar, dan pelekat ciri dari luar pintu, jika ada.
Periksa ketuhar ini untuk sebarang kerosakan, seperti pintu ketuhar yang tidak sejajar, pengedap pintu
yang rosak di sekeliling pintu ketuhar atau lekuk di dalam ruang ketuhar atau pada pintu. Jika terdapat
sebarang kerosakan, jangan gunakan ketuhar sehingga ia telah diperiksa oleh PUSAT SERVIS YANG
DILULUSKAN OLEH SHARP dan diperbaiki jika perlu.
2. Aksesori yang disertakan
1) Rak 2) 2 Dulang pembakar 3) Buku panduan operasi
3. Oleh kerana pintu ketuhar akan menjadi panas semasa memasak, dan untuk mengelakkan sentuhan yang
tidak sengaja, ketuhar perlu diletakkan sekurang-kurangnya 85 cm atau lebih di atas lantai. Anda juga
perlu memastikan kanak-kanak jauh daripada pintu ketuhar untuk menggelakkan daripada melecur.
4. Ketuhar ini direka untuk digunakan di atas kaunter sahaja. Ia tidak harus dipasang di mana-mana kawasan
yang boleh menjana haba dan wap yang berlebihan, contohnya, dipasang bersebelahan dengan unit
ketuhar konvensional. Ketuhar tidak harus dipasang berhampiran dengan bahan yang mudah terbakar,
misalnya, langsir. Ketuhar harus dipasang supaya tidak menyekat bukaan pengudaraan. Kebakaran
mungkin berlaku jika ketuhar ini diseliputi atau menyentuh bahan yang mudah terbakar, termasuk langsir,
tirai, dinding, dll. Benarkan ruang sekurang-kurangnya 13 cm dari atas ketuhar untuk pengudaraan.
Ketuhar ini tidak direka untuk terbina dalam dinding atau kabinet.
AMARAN: Wap akan terlepas dari bahagian belakang atas ketuhar. Pastikan wap yang terlepas tidak
membasahi outlet elektrik atau lain-lain alat elektrik.
5. Jarakkan bukaan pengudaraan melebihi 20 cm daripada tingkap jika ketuhar ini dipasang menghampiri
tingkap. Tingkap boleh pecah disebabkan oleh haba daripada pengudaraan.
AWAS: Wap yang terlepas dari ketuhar mungkin membasahi atau mengotori perabot atau dinding yang
berhampiran. Pastikan ruang yang mencukupi di antara ketuhar dan dinding atau perabot. Wap terhasil
daripada pelindung pengudaraan atau pintu ketuhar semasa memasak atau selepas memasak. Wap
boleh memeluwap pada dinding atau perabot yang berhampiran dengan ketuhar. Pasangkan ketuhar
pada tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Untuk mengelakkan daripada basah, kami mengesyorkan untuk menyelaputi dinding atau perabot
dengan kerajang aluminium.
6. Jangan sambungkan alat lain ke soket yang sama dengan menggunakan palam penyesuai.
7. Pengeluar atau mahupun pengedar ketuhar tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan ataupun
kecederaan yang diakibatkan oleh pengguna yang gagal mematuhi langkah pemasangan elektrik yang
betul. Voltan dan kekerapan A.C. mesti sepadan dengan yang ditunjukkan pada label penarafan.
8. Ketuhar ini mesti disambungkan kepada wayar bumi.
Warna wayar dalam kord bekalan kuasa adalah berdasarkan pada kod seperti berikut:
Sekiranya warna wayar dalam kord bekalan kuasa pada ketuhar adalah tidak sepadan dengan warna
yang ditandakan pada palam, lakukan seperti yang berikut:
Wayar yang berwarna hijau-dan-kuning harus disambungkan kepada terminal pada palam yang bertanda
huruf "E" ataupun bertanda bumi
Wayar yang berwarna biru harus disambung kepada terminal yang bertanda huruf "N" atau berwarna
biru.
Wayar yang berwarna coklat harus disambungkan kepada terminal yang bertanda huruf "L" atau
berwarna coklat.
Apabila membuka bungkusan Ketuhar Air anda, anda mungkin dapat melihat
sedikit air di dalam ketuhar dan tangki air.
Ini adalah fenomena biasa pengujian.
PENTING
Hijau-dan-kuning
: Bumi
Biru
: Neutral
Coklat
: Hidup
ataupun berwarna hijau atau hijau-dan-kuning.
M – 3

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Healsio ax-1700vmr

Table of Contents