Makita CW004G Instruction Manual page 156

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for CW004G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTIS:
Penyesuai pemetik api adalah untuk
bateri kereta D.C. 12 V / 24 V. Penyesuai pemetik
api tidak boleh digunakan dengan sumber kuasa D.C.
yang lain.
NOTIS:
Jangan gunakan alat dengan kunci enjin
atau suis enjin dalam keadaan "ACC". Jika tidak,
bateri mati mungkin berlaku.
NOTIS:
Jangan gunakan kord sambungan, kord
cabang, dll. Gunakan penyesuai pemetik api yang
disediakan bersama alat. Jika tidak, pincang tugas
mungkin berlaku.
NOTIS:
Jangan tarik kord semasa mencabut
palam. Jika tidak, pincang tugas mungkin berlaku.
NOTIS:
Jika kereta mempunyai fungsi
pengurangan melahu, alat mungkin tidak
berfungsi dengan baik kerana bateri kereta
menjadi voltan rendah. Dalam kes ini, kami
mengesyorkan untuk mematikan fungsi
pengurangan melahu.
NOTIS:
Sentiasa tutup penutup soket "DC IN"
dengan kukuh apabila kord kuasa tidak dipasang
palam. Jika tidak, bahan asing boleh memasuki alat
dan menyebabkan pincang tugas.
NOTA: Apabila kedua-dua penyesuai pemetik api dan
kartrij bateri dipasang, alat beroperasi dengan kuasa
daripada penyesuai pemetik api.
NOTA: Kuasa bateri digunakan sedikit walaupun
alat beroperasi dengan kuasa daripada penyesuai
pemetik api.
NOTA: Alat tidak mengecas kartrij bateri.
NOTA: Apabila alat mengalihkan bekalan kuasa,
pemampat akan berhenti selama kira-kira 3 minit
untuk melindungi dirinya sendiri.
Apabila beroperasi dengan
penyesuai AC
PERHATIAN:
Jangan gunakan penyesuai
AC jika palam dicabut dengan mudah, jika
sambungan bergoyang, atau jika palam tidak
dapat disambungkan dengan betul.
PERHATIAN:
Guna penyesuai AC yang
disediakan bersama alat. Penggunaan mana-mana
penyesuai AC lain mungkin menyebabkan kebakaran.
Apabila menggunakan alat dengan kuasa AC, gunakan
penyesuai AC yang dibekalkan bersama-sama
alat. Masukkan palam ke soket "DC IN", kemudian
masukkan hujung satu lagi ke salur keluar.
► Rajah5: 1. Soket "DC IN" 2. Palam 3. Salur keluar *
*
Bentuk palam penyesuai AC di bahagian
salur keluar dan bentuk salur keluar berbeza
bergantung pada negara.
Apabila alat beroperasi dengan kuasa daripada
penyesuai AC, lampu "DC IN"
menyala.
156 BAHASA MELAYU
NOTIS:
Jangan tarik kord semasa mencabut
palam. Jika tidak, pincang tugas mungkin berlaku.
NOTIS:
Sentiasa tutup penutup soket "DC IN"
dengan kukuh apabila kord kuasa tidak dipasang
palam. Jika tidak, bahan asing boleh memasuki alat
dan menyebabkan pincang tugas.
NOTA: Apabila kedua-dua penyesuai AC dan kartrij
bateri dipasang, alat beroperasi dengan kuasa
daripada penyesuai AC.
NOTA: Kuasa bateri digunakan sedikit walaupun alat
beroperasi dengan kuasa daripada penyesuai AC.
NOTA: Alat tidak mengecas kartrij bateri.
NOTA: Apabila alat mengalihkan bekalan kuasa,
pemampat akan berhenti selama kira-kira 3 minit
untuk melindungi dirinya sendiri.
Meletakkan makanan atau minuman
ke dalam alat
PERHATIAN:
Sejukkan kebuk secukupnya
sebelum memasukkan ais krim atau makanan
beku ke dalam kebuk. Jangan letakkan aiskrim
atau makanan sejuk beku bersama makanan dan
minuman lain. Jika tidak, ais krim dan makanan sejuk
beku mungkin cair.
PERHATIAN:
Jangan letakkan benda yang
mudah rosak di dalam kebuk apabila alat dalam
mod pemanasan. Makanan atau minuman mungkin
menjadi busuk.
PERHATIAN:
Jangan letakkan makanan
(terutama makanan mentah) semasa alat
dimatikan. Makanan atau minuman mungkin menjadi
busuk.
PERHATIAN:
Jangan letak makanan di dalam
kebuk secara langsung. Balut makanan atau
masukkan makanan ke dalam beg plastik.
PERHATIAN:
Apabila beroperasi dalam mod
pemanasan, jangan letakkan botol plastik tanpa
penahan haba. Jika tidak, ia boleh berubah bentuk
atau pecah.
Membuka atau menutup pintu
Tarik tuil pelekat untuk melepaskan dan membuka
pintu. Pintu boleh dibuka dari kedua-dua belah.
► Rajah6
Tarik kedua-dua tuil pelekat untuk melepaskan dan
menanggalkan pintu daripada badan.
► Rajah7
PERHATIAN:
Pastikan pintu ditutup dengan
tuil pelekat. Jika tidak, pintu mungkin terbuka secara
tiba-tiba dan mengakibatkan kecederaan.
PERHATIAN:
Jangan paksa pintu dibuka
dengan tuil pelekat terkunci. Jika tidak, pecah atau
kecederaan akan berlaku.
NOTIS:
Tutup pintu dengan segera. Membuka
pintu untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan
peningkatan/penurunan ketara suhu dalam kebuk.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents