Makita DUC101 Instruction Manual page 49

Cordless pruning saw
Hide thumbs Also See for DUC101:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
7.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
8.
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
9.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Penggunaan dan penjagaan alat bateri
Cas semula dengan pengecas yang ditentukan
1.
oleh pengeluar sahaja. Pengecas yang sesuai
untuk satu jenis pek bateri mungkin menimbulkan
risiko kebakaran apabila digunakan dengan pek
bateri lain.
2.
Gunakan alat kuasa dengan pek bateri yang
ditentukan secara khusus sahaja. Penggunaan
mana-mana pek bateri lain mungkin menimbulkan
risiko kecederaan dan kebakaran.
3.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek besi lain, seperti
klip kertas, duit syiling, paku, skru atau
objek besi kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke yang lain.
Memintas terminal bateri bersama-sama mungkin
menyebabkan lecuran atau kebakaran.
4.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
dikeluarkan daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman air.
Cecair yang dikeluarkan dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau lecuran.
5.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan perilaku yang
tidak dijangka menyebabkan kebakaran, letupan
atau risiko kecederaan.
6.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130 °C mungkin
menyebabkan letupan.
7.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang dinyatakan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Jangan servis pek bateri yang telah rosak.
Servis pek bateri hanya boleh dilakukan oleh
pengeluar atau penyedia servis yang sah.
3.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
Amaran keselamatan gergaji
pemangkas umum
1.
Jauhkan semua anggota tubuh badan daripada
rantai gergaji semasa gergaji pemangkas
beroperasi. Sebelum anda memulakan gergaji
pemangkas, pastikan rantai gergaji tidak
bersentuhan dengan apa-apa pun. Kelekaan
seketika semasa mengendalikan gergaji
pemangkas boleh menyebabkan baju atau badan
anda tersangkut dengan rantai gergaji.
2.
Sentiasa pegang gergaji pemangkas dengan
satu tangan pada pemegang belakang dan
sebelah tangan lagi pada pemegang hadapan.
3.
Pegang gergaji pemangkas dengan permukaan
mencengkam tertebat sahaja kerana rantai
gergaji boleh tersentuh wayar tersembunyi.
Rantai gergaji yang bersentuhan dengan wayar
"hidup" boleh menyebabkan bahagian logam
terdedah pada gergaji pemangkas "hidup"
dan boleh memberi kejutan elektrik kepada
pengendali.
4.
Pakai pelindung mata. Peralatan perlindungan
lanjut untuk pendengaran, kepala, tangan,
betis dan kaki adalah disyorkan. Peralatan
pelindungan yang memadai akan mengurangkan
kecederaan diri oleh serpihan yang terbang atau
sentuhan yang tidak disengajakan dengan rantai
gergaji.
5.
Jangan kendalikan gergaji pemangkas di atas
pokok, di atas tangga, dari atas bumbung,
atau mana-mana sokongan yang tidak stabil.
Pengendalian gergaji pemangkas dengan cara ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Sentiasa pastikan pijakan yang betul dan
6.
kendalikan gergaji pemangkas semasa berdiri
pada permukaan yang tetap, kukuh dan rata
sahaja. Permukaan yang licin dan tidak stabil
boleh menyebabkan hilang keseimbangan atau
kawalan gergaji pemangkas.
7.
Semasa memotong dahan yang berada dengan
tegangan, berhati-hati dengan dahan yang
terpelanting. Semasa tekanan pada serat kayu
dilepaskan, dahan yang dimuatkan dengan
pegas boleh melanggar pengendali dan/atau
mencampak gergaji pemangkas di luar kawalan.
Potong semak dan anak pokok dengan sangat
8.
berhati-hati. Bahan halus boleh tersangkut pada
rantai gergaji dan meluru ke arah anda atau
menarik anda lalu hilang keseimbangan.
Bawa gergaji pemangkas dengan gergaji
9.
pemangkas dimatikan dan jauh daripada
badan anda. Apabila mengangkut atau
menyimpan gergaji pemangkas, sentiasa
pasangkan penutup bar panduan.
Pengendalian yang betul bagi gergaji pemangkas
akan mengurangkan kecenderungan berlakunya
sentuhan tidak disengajakan dengan rantai gergaji
yang bergerak.
49 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents