Makita DUR364L Instruction Manual page 49

Cordless grass trimmer
Hide thumbs Also See for DUR364L:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
OPERASI
Pengendalian alat yang betul
Postur yang betul
AMARAN:
Sentiasa letakkan alat di sisi sebelah
kanan anda. Meletakkan alat dengan betul
membenarkan kawalan maksimum dan akan
mengurangkan risiko kecederaan diri yang
serius yang disebabkan oleh tolak keluar.
Berhati-hati untuk mengekalkan kawalan
alat pada setiap masa. Jangan biarkan alat
itu terpesong ke arah anda atau sesiapa
sahaja dalam persekitaran kerja. Kegagalan
untuk mengawal alat ini boleh mengakibatkan
kecederaan serius kepada individu di sekeliling
dan pengendali.
► Rajah18
Abah-abah bahu
Aksesori pilihan
Pemasangan abah-abah bahu
PERHATIAN:
Apabila anda menggunakan alat
dengan gabungan bekalan kuasa jenis beg galas
seperti pek kuasa mudah alih, jangan gunakan
abah-abah bahu yang disertakan di dalam pakej
alat, tetapi gunakan tali gantung yang disyorkan
oleh Makita.
Sekiranya anda memakai abah-abah bahu yang
disertakan di dalam pakej alat dan abah-abah bahu
bekalan kuasa jenis beg galas pada masa yang
sama, menanggalkan alat atau bekalan kuasa
jenis beg galas adalah sukar ketika kecemasan
dan ini mungkin menyebabkan kemalangan atau
kecederaan. Untuk tali gantung yang disyorkan, tanya
Pusat Servis Makita yang Diiktiraf.
► Rajah19: 1. Kancing 2. Cangkuk
Pakai abah-abah bahu. Kemudian sambungkan
kancing pada cangkuk dan abah-abah. Pastikan
bahawa kancing dimasukkan dan dikunci sepenuhnya
di tempatnya.
Penanggalan
► Rajah20: 1. Kancing
Kancing disediakan dengan tujuan untuk pelepasan
segera. Hanya picit sisi dan kancing untuk melepaskan
alat.
Penyelarasan kedudukan
penggantung dan abah-abah bahu
► Rajah21: 1. Bolt heksagon
Untuk mengubah kedudukan penggantung, longgarkan
bolt heksagon pada penggantung dengan perengkuh
yang disediakan. Kemudian gerakkan penggantung.
Selepas melaraskan kedudukan penggantung, ketatkan
bolt heksagon dengan kukuh menggunakan perengkuh.
PENYELENGGARAAN
AMARAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
kartrij bateri dikeluarkan sebelum
cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan pada alat. Kegagalan untuk
mematikan dan mengeluarkan kartrij bateri
mungkin menyebabkan kecederaan diri yang
serius daripada permulaan tanpa sengaja.
NOTIS:
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair, alkohol
atau bahan yang serupa. Ia boleh menyebabkan
perubahan warna, bentuk atau keretakan.
Menggantikan kord nilon
AMARAN:
Gunakan kord nilon dengan
diameter yang dinyatakan dalam "SPESIFIKASI"
sahaja. Jangan sekali-kali gunakan tali, dawai
atau sepertinya yang lebih berat. Gunakan kord
nilon yang disyorkan sahaja, atau sebaliknya, ia boleh
menyebabkan kerosakan alat dan mengakibatkan
kecederaan diri yang serius.
AMARAN:
Pastikan bahawa penutup kepala
pemotong nilon dikukuhkan pada perumah
dengan betul seperti yang diterangkan di bawah.
Kegagalan untuk mengukuhkan penutup dengan
betul boleh menyebabkan kepala pemotong nilon
terpelanting dan mengakibatkan kecederaan diri yang
serius.
Untuk 95-M8R
1.
Tekan pada selak perumah ke dalam untuk
mengangkat penutup kemudian keluarkan gelendong.
► Rajah22: 1. Selak 2. Penutup
2.
Sediakan kira-kira 3 m (9 kaki) kord nilon baharu.
Lipat kord nilon baharu dengan satu hujung menjadi
kira-kira 80 mm (3-1/8") lebih panjang daripada hujung
yang lagi satu. Kemudian cangkukkan kord nilon
baharu ke dalam takuk dalam pusat gelendong.
Gulungkan kedua-dua hujung di sekeliling gelendong
dalam arah putaran kepala (arah belah kanan
ditunjukkan oleh RH pada sisi gelendong).
► Rajah23: 1. Gelendong
3.
Gulungkan semua kecuali kira-kira 100 mm
(3 - 15/16") kord tersebut, meninggalkan bahagian
hujung dicangkukkan sementara melalui takuk di sisi
gelendong.
► Rajah24
4.
Lekapkan gelendong dalam perumah supaya alur
dan tonjolan pada gelendong sepadan dengan alur
dan tonjolan yang terdapat dalam perumah. Biarkan
sisi dengan huruf pada gelendong dapat dilihat di
bahagian atas. Sekarang, cabut cangkuk pada hujung
kord daripada kedudukan sementara ia dan suap kord
melalui lelubang untuk keluar daripada perumah.
► Rajah25: 1. Gelendong 2. Perumah 3. Lelubang
49 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents