Makita DCW180 Instruction Manual page 59

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for DCW180:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4. Perlindungan voltan lampau
Apabila voltan input adalah lebih tinggi daripada
15V (input 12V), atau 30V (input 24V), sistem
perlindungan ini mematikan alat dan paparan
suhu menunjukkan "F4" berserta bunyi bip.
5. Perlindungan litar pintas
Litar ini mempunyai fungsi perlindungan litar
pintas sekiranya berlaku litar pintas. Dalam
keadaan ini, bawa alat ke Pusat Servis Diiktiraf
atau Kilang Makita.
Fungsi perlindungan sengetan
Alat ini dilengkapi dengan fungsi perlindungan
sengetan. Apabila mengendalikan alat dalam mod
penyejukan, alat akan dihentikan secara automatik jika
alat diletakkan di bawah salah satu sudut berikut.
A)
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
30° daripada sudut rata seperti ditunjukkan A-1
dalam rajah, alat dihentikan dan paparan suhu
menunjukkan "F1" untuk seketika. Ia mengambil
masa 3 minit untuk memulakan semula selepas
alat kembali ke kedudukan rata.
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
70° daripada sudut rata seperti yang ditunjukkan
A-2 dalam rajah, alat dihentikan dan paparan
suhu menunjukkan "F6" sehingga mula semula. Ia
mengambil masa 2 jam untuk memulakan semula
selepas alat kembali ke kedudukan rata.
► Raj. 4
B)
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
30° daripada sudut rata seperti ditunjukkan B-1
dalam rajah, alat dihentikan dan paparan suhu
menunjukkan "F1" untuk seketika. Ia mengambil
masa 3 minit untuk memulakan semula selepas
alat kembali ke kedudukan rata.
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
40° daripada sudut rata seperti yang ditunjukkan
B-2 dalam rajah, alat dihentikan dan paparan
suhu menunjukkan "F6" sehingga mula semula. Ia
mengambil masa 2 jam untuk memulakan semula
selepas alat kembali ke kedudukan rata.
► Raj. 5
C)
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
30° daripada sudut rata seperti ditunjukkan C-1
dalam rajah, alat dihentikan dan paparan suhu
menunjukkan "F1" untuk seketika. Ia mengambil
masa 3 minit untuk memulakan semula selepas
alat kembali ke kedudukan rata.
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
70° daripada sudut rata seperti yang ditunjukkan
C-2 dalam rajah, alat dihentikan dan paparan
suhu menunjukkan "F6" sehingga mula semula. Ia
mengambil masa 2 jam untuk memulakan semula
selepas alat kembali ke kedudukan rata.
► Raj. 6
D)
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
30° daripada sudut rata seperti ditunjukkan D-1
dalam rajah, alat dihentikan dan paparan suhu
menunjukkan "F1" untuk seketika. Ia mengambil
masa 3 minit untuk memulakan semula selepas
alat kembali ke kedudukan rata.
Apabila sudut alat menjadi lebih besar daripada
70° daripada sudut rata seperti yang ditunjukkan
D-2 dalam rajah, alat dihentikan dan paparan
suhu menunjukkan "F6" sehingga mula semula. Ia
mengambil masa 2 jam untuk memulakan semula
selepas alat kembali ke kedudukan rata.
► Raj. 7
E)
Apabila alat berpusing 180° daripada sudut rata,
alat dihentikan dan paparan suhu menunjukkan
"F6" sehingga mula semula. Ia mengambil masa
2 jam untuk memulakan semula selepas alat
kembali ke kedudukan rata.
Pengecasan USB
Terdapat port USB dalam petak bateri. Port USB
menghasilkan voltan 5V secara berterusan dalam
keadaan operasi.
Fungsi memori
Selepas menetapkan suhu kawalan, jika pengguna
tidak beroperasi dalam masa 5 saat, tetapan semasa
akan diingati. Ketika penggunaan seterusnya, alat
bermula dalam tetapan yang sama.
Menukar unit suhu
Anda boleh menukar unit suhu °C (darjah Celcius) atau
°F (darjah Fahrenheit) dengan prosedur berikut.
1.
Hidupkan alat.
2.
Tekan suis butang sejuk / panas sehingga unit (°C
atau °F) mula berkelip.
3.
Tekan butang meningkatkan suhu atau butang
menurunkan suhu untuk memilih unit.
4.
Tekan butang suis sejuk / panas, atau biarkan alat
selama 5 saat tanpa melakukan sebarang operasi.
Pemilihan unit telah selesai.
Tali galas
1.
Letakkan tali pada pemegang kiri dan kanan.
2.
Kancingkan tali tersebut.
► Raj. 8
Kod ralat
Untuk ralat tertentu, paparan suhu menunjukkan kod
berikut.
Kod ralat
F1
Perlindungan sengetan sedang aktif.
Rujuk bahagian untuk fungsi perlindungan
sengetan.
F2
Kehabisan bateri.
F3
Voltan input rendah.
Rujuk pada perenggan bagi perlindungan input
kereta.
F4
Voltan input tinggi.
Rujuk pada perenggan bagi perlindungan
voltan lampau.
F5
Sesuatu tidak kena dengan sensor alat ini.
Bawa alat ke Pusat Servis Diiktiraf atau Kilang
Makita.
F6
Perlindungan sengetan sedang aktif.
Rujuk bahagian untuk fungsi perlindungan
sengetan.
59 BAHASA MELAYU
Perkara

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents