Amaran Keselamatan; Notis Penting - Makita DCW180 Instruction Manual

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for DCW180:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Simbol
Berikut ialah simbol-simbol yang mungkin digunakan untuk alat ini.
Pastikan anda memahami maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Hanya untuk negara-negara EU
Ni-MH
Li-ion
Jangan lupuskan peralatan elektrik atau
pek bateri bersama-sama bahan sisa isi
rumah! Dalam mematuhi Arahan-Arahan
Eropah mengenai Sisa Peralatan Elektrik
dan Elektronik dan Bateri dan Akumulator
dan Sisa Bateri dan Akumulator serta
pelaksanaannya mengikut undang-undang
negara, peralatan elektrik dan bateri dan
pek-pek bateri yang telah mencapai akhir
hayatnya mesti dikumpul secara berasingan
dan dikembalikan ke kemudahan kitar semula
yang bersesuaian dengan alam sekitar.
Amaran: risiko kebakaran.

AMARAN KESELAMATAN

1.
Alat ini sesuai untuk kegunaan perkhemahan
sahaja apabila alat dikuasakan oleh pek bateri.
2.
Pastikan bukaan pengudaraan di dalam alat
bebas daripada halangan.
Jangan gunakan peranti mekanikal atau kaedah
3.
yang lain bagi mempercepat proses nyahfros,
selain daripada yang disyorkan oleh pengilang.
Jangan gunakan alat elektrik di dalam petak
4.
penyimpanan makanan alat, kecuali ia
daripada jenis yang disyorkan oleh pengilang.
Jangan simpan bahan letupan seperti tin aerosol
5.
dengan bahan dorong mudah terbakar di dalam alat ini.
6.
Jika kord bekalan rosak, ia mestilah digantikan oleh
pengilang, ejen servisnya atau orang berkelayakan
yang serupa bagi mengelakkan bahaya.
7.
Semasa meletakkan alat, pastikan kord kuasa
tidak terpotong atau rosak.
8.
Jangan letakkan berbilang soket alur keluar
mudah alih atau bekalan kuasa mudah alih di
bahagian belakang alat.
9.
Jangan rosakkan litar bahan pendingin.

NOTIS PENTING

1.
Baca manual arahan dengan teliti sebelum
menggunakan.
2.
Semak sama ada julat voltan yang digunakan
adalah sama dengan yang ditandakan pada
papan nama, sama ada palam kord kuasa
sepadan dengan soket, dan pastikan yang
soket tersebut dibumikan dengan baik.
3.
Apabila kord atau soket kuasa rosak, atau mana-
mana komponen elektrik lain rosak, jangan
teruskan penggunaan produk ini. Hantarnya
kepada peniaga atau rangkaian penyelenggaraan
khas tempatan untuk penggantian atau pembaikan.
4.
Jangan letakkan produk secara terbalik, atau
menyengetkannya melebihi 15°.
5.
Jangan rendam alat di dalam air atau cecair
lain untuk mengelakkan renjatan elektrik.
Jangan dedahkan kepada hujan.
6.
Apabila tidak digunakan atau dibersihkan,
tanggalkan bateri dan cabut palam kuasa.
Apabila mengendalikan alat, salur masuk kord
7.
kuasa dan alur keluar hendaklah dikekalkan dalam
jarak tertentu (kira-kira 15cm) dari item lain, supaya
ia tidak menjejaskan kesan pelesapan haba mesin.
8.
Mana-mana aksesori yang tidak disyorkan oleh
pengilang tidak boleh digunakan.
Jangan biarkan kanak-kanak atau orang yang
9.
mengalami kecacatan anggota mengendalikan
alat tanpa bimbingan atau penyeliaan.
10. Jangan letakkan alat di sebelah gas bersuhu tinggi
atau dapur elektrik untuk mengelakkan kemalangan.
11.
Jangan mulakan butang kuasa dengan kerap
(sekurang-kurangnya 5 minit setiap kali) untuk
mengelakkan kerosakan pada pemampat.
12. Jangan masukkan kerajang logam atau
bahan konduktor lain ke dalam alat untuk
mengelakkan kebakaran atau litar pintas.
13. Jangan gunakan cecair pencuci kimia dan alat
yang keras untuk membersihkan produk.
14. Masukkan palam sepenuhnya ke dalam salur masuk
"DC IN". Kegagalan untuk berbuat demikian boleh
mengubah bentuk palam atau menyebabkan kebakaran.
15. Bersihkan soket pemetik api sebelum
memasukkan palam. Kegagalan untuk berbuat
demikian boleh mengubah bentuk palam atau
menyebabkan kebakaran.
16. Jangan kendalikan alat semasa memandu. Berbuat
sedemikian boleh menyebabkan kemalangan.
17. Apabila kapasiti bateri kereta yang tinggal
semakin berkurangan, gunakan alat dengan
enjin dihidupkan. Selepas menggunakan alat,
cabut soket pemetik api untuk mengelakkan
bebanan pada bateri kereta.
18. Jangan menyalahgunakan penyesuai AC dan
penyesuai pemetik api.
19. Bersihkan palam penyesuai AC dan penyesuai
pemetik api. Kotoran seperti air atau garam yang melekat
pada palam boleh menyebabkan karat dan mengakibatkan
kekonduksian yang lemah, ubah bentuk atau kebakaran.
20. Jangan sentuh palam penyesuai AC dan penyesuai
pemetik api sejurus selepas operasi. Ia mungkin
sangat panas dan boleh melecurkan kulit anda.
21. Jangan pisahkan alat.
22. Jangan mengecas bateri kereta semasa
menggunakan alat. Produk mungkin menerima
voltan yang tidak boleh ditampung, menyebabkan
kegagalan atau kebakaran.
23. Jangan gunakan semburan yang mudah
terbakar berhampiran dengan alat. Jika tidak, ia
boleh menyebabkan kebakaran.
54
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents