Makita DCW180 Instruction Manual page 56

Cordless cooler & warmer box
Hide thumbs Also See for DCW180:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
5.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek logam lain, seperti
klip kertas, duit syiling, kunci, paku, skru atau
objek logam kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke terminal yang
lain. Memintas terminal bateri bersama-sama
mungkin menyebabkan lecuran atau kebakaran.
6.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
terkeluar daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman
air. Cecair yang terkeluar dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau lecuran.
7.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
telah rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak
atau diubah suai mungkin menunjukkan tingkah
laku yang tidak dijangka yang mengakibatkan
kebakaran, letupan atau risiko kecederaan.
8.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada api atau
suhu yang berlebihan. Pendedahan kepada api atau
suhu melebihi 130 °C mungkin menyebabkan letupan.
9.
Ikuti semua arahan pengecasan dan jangan mengecas
pek bateri atau alat di luar julat suhu yang dinyatakan
dalam arahan. Pengecasan yang tidak betul atau
dilakukan pada suhu di luar julat yang dinyatakan boleh
merosakkan bateri dan meningkatkan risiko kebakaran.
10. Pastikan alat anda diservis oleh orang yang
berkelayakan dengan hanya menggunakan
alat ganti yang sama. Ini akan memastikan
keselamatan produk dapat dikekalkan.
Jangan ubah suai atau cuba membaiki alat atau
11.
pek bateri kecuali seperti yang dinyatakan dalam
arahan untuk penggunaan dan penjagaan.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca semua
arahan dan tanda amaran pada (1) pengecas bateri,
(2) bateri, dan (3) produk menggunakan bateri.
2.
Jangan pisahkan kartrij bateri.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek, berhenti
3.
operasi serta merta. Ia mungkin menyebabkan
risiko pemanasan lampau, melecur bahkan letupan.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
4.
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
5.
(1)
Jangan sentuh terminal dengan apa-apa
bahan konduktor.
(2)
Elakkan menyimpan kartrij bateri di
dalam bekas bersama objek logam lain
seperti paku, duit syiling dan sebagainya.
(3)
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran arus
yang besar, pemanasan lampau, kemungkinan
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
bateri di lokasi yang suhunya boleh mencapai
atau melebihi 50 °C (122 ° F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam api.
Berhati-hati untuk tidak menjatuhkan atau
8.
memotong bateri.
9.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
10. Bateri litium-ion yang terkandung adalah tertakluk
kepada keperluan Perundangan Barangan Berbahaya.
Bagi pengangkutan komersial, cth, oleh pihak
ketiga, ejen penghantar, keperluan khas pada
pembungkusan dan pelabelan mestilah dipatuhi.
Bagi penyediaan item yang dihantar, rundingan
dengan pakar bagi bahan berbahaya adalah
diperlukan. Sila ambil perhatian juga tentang
peraturan negara yang lebih terperinci.
Lekatkan atau balut bahagian terbuka dan bungkus
bateri supaya ia tidak bergerak dalam pembungkusan.
11.
Apabila melupuskan kartrij bateri,
keluarkannya daripada alat dan lupuskan ia di
tempat yang selamat. Ikuti peraturan tempatan
anda yang berkaitan dengan pelupusan bateri.
12. Gunakan bateri hanya dengan produk yang ditentukan
oleh Makita. Memasang bateri kepada produk yang tidak
patuh mungkin menyebabkan kebakaran, pemanasan
lampau, atau kebocoran elektrolit.
13. Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa
yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.
SIMPAN ARAHAN INI.
PERHATIAN:
sahaja. Penggunaan bateri tidak asli Makita, atau
bateri yang telah diubah suai, mungkin menyebabkan
bateri meletup menyebabkan kebakaran, kecederaan
diri dan kerosakan. Ia juga akan membatalkan
jaminan Makita bagi alat dan pengecas Makita.
Petua untuk mengekalkan hayat
bateri maksimum
Cas kartrij bateri sebelum ternyahcas sepenuhnya.
1.
Sentiasa hentikan operasi alat dan cas kartrij
bateri apabila anda menyedari kurang kuasa alat.
Jangan cas semula kartrij bateri yang dicas sepenuhnya.
2.
Terlebih cas memendekkan hayat servis bateri.
3.
Cas kartrij bateri dengan suhu bilik pada 10 °C -
40 °C (50 °F - 104 °F). Biarkan kartrij bateri yang
panas menyejuk sebelum mengecasnya.
4.
Cas kartrij bateri jika anda tidak gunakannya untuk
tempoh yang lama (lebih daripada enam bulan).
56 BAHASA MELAYU
Gunakan bateri Makita asli

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents