Download Print this page

Makita CL183D Instruction Manual page 31

Cordless cleaner
Hide thumbs Also See for CL183D:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tindakan suis
PERHATIAN:
Sebelum memasukkan kartrij bateri ke dalam
alat, sentiasa periksa untuk melihat pemicu suis
bergerak dengan betul dan kembali ke posisi
"OFF" apabila dilepaskan.
► Rajah3: 1. Pemicu suis
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan yang alat dipadam dan
kartrij bateri dikeluarkan sebelum melakukan
sebarang kerja pada alat.
Pembuangan Habuk
PERHATIAN:
Kosongkan pembersih sebelum ia menjadi
terlalu penuh atau daya sedutan menjadi lemah.
Pastikan untuk mengosongkan habuk di dalam
pembersih itu sendiri. Kegagalan berbuat
demikian mungkin menyebabkan penapis
tersumbat atau merosakkan motor.
► Rajah4: 1. Kapsul
Untuk menjatuhkan habuk yang melekat pada penapis
di dalam kapsul, ketuk lilitan kapsul 4 atau 5 kali
dengan tangan anda.
► Rajah5: 1. Kapsul 2. Salur masuk sedutan
Sekarang, halakan salur masuk sedutan ke bawah,
pusingkan kapsul mengikut arah anak panah dalam
gambar rajah dan putuskan sambungan kapsul
perlahan-lahan dan lurus.
NOTA:
Habuk mungkin tertumpah keluar apabila
membuka kapsul. Pastikan kedudukan kapsul
setegak yang mungkin, dan letakkan beg
sampah di bawah kapsul.
► Rajah6: 1. Penapis awal 2. Kapsul
Keluarkan habuk yang terkumpul daripada dalam
kapsul dan penapis awal.
► Rajah7: 1. Penapis awal 2. Bibir pengunci
Putarkan penapis awal dalam arah anak panah untuk
melonggarkan bibir pengunci daripada unit pembersih
dan kemudian tarik keluar penapis awal.
► Rajah8: 1. Penapis awal 2. Penapis
Bersihkan habuk halus daripada penapis awal.
Kemudian, keluarkan penapis, dan ketuk dengan
perlahan untuk mengeluarkan habuk.
Pemasangan semula
► Rajah9: 1. Penapis awal 2. Penapis
Pertama, letak penapis dan pastikan tidak terangkat.
Jika penapis dipasang dengan salah, habuk akan
masuk ke dalam perumah motor, dan menyebabkan
kegagalan motor. Kedua, letakkan penapis awal di atas
penapis.
► Rajah10: 1. Bibir pengunci
Putar set penapis, dan laraskan kedudukan dua bibir
pengunci pada penapis awal, dan sambungkan dengan
talang perumah pembersih.
► Rajah11: 1. Tanda penjajaran
► Rajah12: 1. Pemegang 2. Kapsul
Sambungkan kapsul, mengikut tanda penjajaran pada
pemegang dan kapsul, putarkan kapsul dengan kuat
dalam arah anak panah sehingga ketat.
NOTA:
Sentiasa keluarkan habuk terlebih dahulu
kerana kuasa sedutan akan berkurangan jika
terdapat terlalu banyak habuk dalam pembersih.
Sentiasa pastikan untuk memeriksa bahawa
penapis dan penapis awal dimuatkan dengan
betul sebelum menggunakan pembersih. Jika
kedua-dua penapis ini tidak dimuatkan dengan
betul, habuk akan masuk ke dalam perumah
motor, dan menyebabkan kegagalan motor.
PENGENDALIAN
PERHATIAN:
Masukkan (atau cabut) muncung sambil
memutarkannya mengikut arah jam. Jika diputar
mengikut lawan arah jam, kapsul mungkin
menjadi longgar.
► Rajah13: 1. Kapsul
Pembersihan (Sedutan)
Muncung
► Rajah14: 1. Muncung
Pasangkan muncung untuk membersihkan meja, meja
tulis, perabot dan sebagainya. Muncung terpasang
dengan mudah.
Muncung + Tongkat sambungan
(Paip lurus)
► Rajah15: 1. Badan pembersih 2. Tongkat
sambungan 3. Muncung
Tongkat sambungan dipasang di antara muncung
dan pembersih itu sendiri. Susunan ini memudahkan
pembersihan lantai dalam kedudukan berdiri.
Muncung penjuru
► Rajah16: 1. Muncung penjuru 2. Badan pembersih
Pasangkan pada muncung penjuru untuk pembersihan
sudut dan celah-celah kereta atau perabot.
31 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading