Download Print this page

Makita CL183D Instruction Manual page 30

Cordless cleaner
Hide thumbs Also See for CL183D:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
17. Melainkan alat ini menyokong penggunaan
yang hampir dari talian kuasa elektrik
voltan tinggi, jangan gunakan kartrij bateri
berhampiran talian kuasa elektrik voltan tinggi.
Ia mungkin menyebabkan kerosakan atau pecah
pada alat atau kartrij bateri.
18. Jauhkan bateri daripada kanak-kanak.
SIMPAN ARAHAN INI.
PERHATIAN:
Hanya gunakan bateri asli
Makita. Penggunaan bateri tidak asli Makita, atau
bateri yang telah diubah suai, mungkin menyebabkan
bateri meletup menyebabkan kebakaran, kecederaan
diri dan kerosakan. Ia juga membatalkan jaminan
Makita untuk alat Makita dan pengecas.
Tip untuk mengekalkan hayat
bateri maksimum
1.
Cas kartrij bateri sebelum ternyahcas
sepenuhnya. Sentiasa hentikan operasi alat
dan cas kartrij bateri apabila anda menyedari
kurang kuasa alat.
2.
Jangan cas semula kartrij bateri yang dicas
sepenuhnya. Terlebih cas memendekkan hayat
servis bateri.
3.
Cas kartrij bateri dengan suhu bilik pada
10 °C - 40 °C (50 °F - 104 °F). Biarkan kartrij
bateri yang panas menyejuk sebelum
mengecasnya.
4.
Apabila tidak menggunakan kartrij bateri,
tanggalkannya dari alat atau pengecas.
5.
Cas kartrij bateri jika anda tidak gunakannya
untuk tempoh yang lama (lebih daripada enam
bulan).
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan kartrij
bateri ditanggalkan sebelum melaraskan atau
memeriksa fungsi pada alat.
Berhati-hati supaya tidak tersepit jari-jemari
di antara pembersih dan bateri seperti yang
ditunjukkan dalam gambar rajah semasa
memuatkan bateri. Jari yang tersepit boleh
menyebabkan kecederaan.
► Rajah1
Memasang atau mengeluarkan
kartrij bateri
► Rajah2: 1. Penunjuk merah 2. Butang 3. Kartrij
bateri
PERHATIAN:
Sentiasa matikan alat sebelum memasang atau
mengeluarkan kartrij bateri.
Pegang alat dan kartrij bateri dengan kukuh
apabila memasang atau mengeluarkan
kartrij bateri. Gagal untuk memegang alat
dan kartrij bateri dengan kukuh mungkin
menyebabkan ia terlepas daripada tangan anda
dan mengakibatkan kerosakan kepada alat dan
kartrij bateri serta kecederaan diri.
Untuk mengeluarkan kartrij bateri, luncurkan ia
daripada alat apabila meluncurkan butang di hadapan
kartrij.
Untuk memasang kartrij bateri sejajarkan lidah pada
kartrij bateri dengan alur pada perumah dan selitkan
ia ke tempatnya. Masukkan sepenuhnya sehingga ia
terkunci di tempatnya dengan klik kecil. Jika anda boleh
melihat penunjuk merah di sisi atas butang, ia tidak
dikunci sepenuhnya.
PERHATIAN:
Sentiasa pasang kartrij bateri sepenuhnya
sehingga penunjuk merah tidak boleh dilihat.
Jika tidak, ia mungkin jatuh daripada alat,
menyebabkan kecederaan kepada anda atau
seseorang di sekeliling anda.
Jangan pasang kartrij bateri secara paksa. Jika
kartrij tidak meluncur dengan mudah, ia tidak
dimasukkan dengan betul.
Sistem perlindungan bateri
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan bateri.
Sistem ini secara automatik memutuskan kuasa ke
motor untuk memanjangkan hayat bateri.
Alat akan berhenti secara automatik ketika operasi jika
alat dan/atau bateri diletakkan di bawah salah satu
keadaan yang berikut:
Terlebih beban:
Alat dikendalikan dalam keadaan yang
menyebabkannya menarik arus tinggi yang
luar biasa.
Dalam situasi ini, lepaskan pemicu suis
pada alat dan hentikan penggunaan yang
menyebabkan alat menjadi terlebih beban.
Kemudian tarik pemicu suis sekali lagi untuk
memulakan semula.
Jika alat tidak bermula, bateri terlampau
panas. Dalam situasi ini, biarkan bateri sejuk
sebelum menarik pemicu suis semula.
Voltan bateri rendah:
Kapasiti bateri yang tinggal terlalu rendah
dan alat tidak akan beroperasi. Jika anda
menarik pemicu suis, motor berjalan semula
tetapi kemudiannya berhenti. Dalam situasi
ini, keluarkan dan cas semula bateri.
30 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading