Makita PM001G Instruction Manual page 65

Cordless backpack mist blower
Hide thumbs Also See for PM001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
OPERASI
PERHATIAN:
Apabila memakai mesin,
pastikan anda meletakkan abah-abah bahu di
kedua-dua bahu anda. Jika tidak, mesin mungkin
terjatuh apabila anda memakai atau menggunakan
mesin tersebut dan menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
Apabila memakai mesin,
pastikan anda meletakkan mesin di belakang
anda. Jika tidak, mesin mungkin terjatuh dan
menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
Jangan letakkan mesin di atas
tanah semasa ia berjalan. Pasir atau habuk boleh
masuk dari salur masuk sedutan dan menyebabkan
pincang tugas atau kecederaan diri.
Sebelum mengendalikan mesin, laraskan panjang
abah-abah bahu dan tali pinggang.
1.
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata dan
stabil.
2.
Pastikan tuil berada pada kedudukan berikut.
Tuil penyaliran berada pada kedudukan tertutup.
► Rajah26: 1. Tuil penyaliran
Tuil tangki berada pada kedudukan terbuka.
► Rajah27: 1. Tuil tangki
Tuil muncung berada pada kedudukan tertutup.
► Rajah28: 1. Tuil muncung
3.
Buka penutup tangki, kemudian tetapkan
penyaring.
► Rajah29: 1. Penutup tangki 2. Penyaring
4.
Tuangkan cecair ke dalam tangki dan kemudian
ketatkan penutup tangki.
► Rajah30
5.
Letakkan pada mesin, kemudian kunci kancing tali
pinggang.
6.
Pusingkan tuil muncung supaya tuil muncung
berada pada kedudukan terbuka.
► Rajah31: 1. Tuil muncung
7.
Hidupkan mesin, kemudian pegang pemegang
kawalan dengan kuat dan lakukan operasi
menghembus kabus.
Selepas operasi, pusingkan tuil muncung supaya tuil
muncung berada pada kedudukan tertutup.
Apabila meletakkan mesin, buka kunci tali pinggang
dan kemudian, turunkan mesin dengan perlahan-lahan.
► Rajah32: 1. Kancing
NOTA: Anda boleh mengacau cecair di dalam
tangki dengan memusingkan penyaring seperti yang
ditunjukkan dalam rajah.
► Rajah33: 1. Penyaring
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
bateri dikeluarkan daripada mesin sebelum
menyimpan atau membawa mesin atau mencuba
menjalankan pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Menyalirkan cecair
Apabila menyalirkan cecair di dalam tangki, keluarkan
hos daripada unit utama, kemudian salirkan cecair di
dalam tangki ke dalam bekas dengan membuka tuil
penyaliran. Selepas menyalirkan cecair, pastikan tuil
penyaliran ditutup dan pasang hos pada unit utama.
► Rajah34: 1. Tuil penyaliran 2. Hos
NOTA: Untuk mengosongkan tangki sepenuhnya,
condongkan unit utama sedikit ke arah salur keluar
hos.
Membersihkan mesin
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Bersihkan mesin dengan menyapu habuk dengan kain
kering atau kain yang dicelup dalam air sabun dan
diperah.
Tanggalkan habuk atau kotoran dari salur masuk
sedutan.
► Rajah35: 1. Salur masuk sedutan
Membersihkan penapis
Bersihkan penapis dengan kerap. Untuk membersihkan
penapis, ikut langkah di bawah.
1.
Keluarkan kartrij bateri, kemudian tutup tuil tangki.
2.
Tanggalkan penutup penapis dengan
memusingkan penutup mengikut arah lawan jam,
kemudian keluarkan penapis.
► Rajah36: 1. Penutup penapis 2. Penapis
3.
Bersihkan penapis dengan air yang mengalir.
4.
Pasangkan penapis pada unit utama, kemudian
ketatkan penutup penapis.
5.
Buka tuil tangki.
65 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan semua kartrij

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents