Makita PM001G Instruction Manual page 64

Cordless backpack mist blower
Hide thumbs Also See for PM001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Perlindungan terhadap punca lain
Sistem perlindungan juga direka bentuk untuk punca
lain yang boleh merosakkan mesin dan membolehkan
mesin berhenti secara automatik. Ambil semua langkah
yang berikut untuk membuang punca, apabila mesin
telah dibawa kepada berhenti sementara atau berhenti
beroperasi.
1.
Matikan mesin dan kemudian hidupkan peralatan
lagi untuk mula semula.
2.
Cas bateri atau gantikan bateri dengan bateri
yang telah dicas.
3.
Biarkan mesin dan bateri menyejuk.
Jika tiada penambahbaikan boleh didapati melalui
pemulihan sistem perlindungan, maka hubungi Pusat
Servis Makita tempatan anda.
NOTIS:
Jika mesin berhenti kerana sebab
yang tidak diterangkan di atas, rujuk bahagian
penyelesaian masalah.
Suis kuasa utama
AMARAN:
Sentiasa matikan suis kuasa utama
apabila tidak digunakan.
Untuk menghidupkan mesin, tekan suis kuasa utama.
Lampu menyala hijau. Untuk mematikan, tekan dan
tahan suis kuasa utama hingga lampu terpadam.
► Rajah19: 1. Penunjuk kelajuan 2. Suis kuasa utama
Kelajuan boleh ditukar dalam tiga tahap. Untuk
menukar mod kelajuan, tekan suis kuasa utama.
Apabila anda menukar mod kelajuan, penunjuk
kelajuan yang sepadan akan menyala.
NOTA: Mesin ini menggunakan fungsi kuasa padam
secara automatik. Untuk mengelakkan permulaan
yang tidak disengajakan, suis kuasa utama akan
dimatikan secara automatik apabila mesin tidak
dikendalikan untuk tempoh tertentu selepas suis
kuasa utama dihidupkan.
NOTA: Jika lampu kuasa utama menyala merah atau
berkelip merah atau hijau, rujuk kepada arahan untuk
sistem perlindungan mesin/bateri.
Tindakan suis
AMARAN:
Sebelum memasang kartrij bateri
ke dalam mesin, sentiasa periksa untuk melihat
pemicu suis bergerak dengan betul dan kembali
ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
Untuk memulakan mesin, tarik pemicu suis. Kelajuan
ditingkatkan dengan menambah tekanan pada pemicu
suis. Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
► Rajah20: 1. Pemicu suis
Fungsi pengawal luncur
Fungsi pengawal luncur membolehkan pengendali
mengekalkan kelajuan malar tanpa menarik pemicu.
Untuk menambahkan kelajuan, putar tuil kawalan ke
hadapan. Untuk mengurangkan kelajuan, putar tuil
kawalan ke belakang.
► Rajah21: 1. Tuil kawalan
Membuka dan menutup tuil
Mesin dilengkapi dengan tiga tuil.
Tuil muncung
Tuil muncung digunakan untuk menghembus kabus.
Biasanya, tutup tuil muncung, dan buka tuil muncung
hanya apabila menghembus kabus.
► Rajah22: 1. Ditutup 2. Buka
Tuil penyaliran
Tuil penyaliran digunakan untuk menyalirkan cecair di
dalam tangki. Semasa mengendalikan mesin, sentiasa
tutup tuil.
► Rajah23: 1. Ditutup 2. Buka
Tuil tangki
Tuil tangki digunakan apabila menggantikan penapis.
Semasa mengendalikan mesin, sentiasa buka tuil.
► Rajah24: 1. Ditutup 2. Buka
Tombol pelarasan jumlah suapan
Anda boleh melaraskan jumlah cecair yang disuap ke
muncung hujung. Untuk menyuap jumlah maksimum
cecair, putar tombol supaya "4" sejajar dengan tanda
segi tiga. Untuk menyuap jumlah minimum cecair, putar
tombol supaya "1" sejajar dengan tanda segi tiga.
► Rajah25: 1. Tombol pelarasan jumlah suapan
2. Tanda segi tiga
Fungsi elektronik
Mesin ini dilengkapi dengan fungsi elektronik untuk
operasi mudah.
Kawalan kelajuan malar
Fungsi kawalan kelajuan memberikan kelajuan
putaran malar tanpa mengira keadaan beban.
Fungsi injap suapan
Mesin dilengkapi dengan injap suapan. Injap
suapan terbuka secara automatik untuk menyuap
cecair di dalam tangki apabila pencetus suis
ditarik, dan injap ditutup secara automatik apabila
pencetus suis dilepaskan.
Fungsi pencegahan mula semula
secara tidak sengaja
Apabila anda menghidupkan mesin sambil menarik
pemicu suis, mesin tidak dihidupkan dan lampu
kuasa utama berkelip hijau. Untuk memulakan mesin,
lepaskan pemicu suis terlebih dahulu dan kembalikan
tuil kawalan sepenuhnya dan kemudian hidupkan
mesin.
64 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents