Makita UT001G Instruction Manual page 34

Cordless mixer
Hide thumbs Also See for UT001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran keselamatan pembancuh
tanpa kord
1.
Pegang alat dengan kedua-dua belah tangan
pada pemegang yang dikhaskan. Hilang
kawalan boleh menyebabkan kecederaan diri.
2.
Pastikan pengudaraan yang mencukupi
semasa membancuh bahan mudah terbakar
untuk mengelakkan keadaan berbahaya. Wap
yang terbentuk boleh disedut atau dinyalakan oleh
percikan api yang terhasil daripada alat kuasa.
Jangan membancuh makanan. Alat kuasa dan
3.
aksesori alat ini tidak direka untuk memproses
makanan.
Pastikan bahawa bekas pembancuh diletakkan
4.
dalam kedudukan yang kukuh dan selamat.
Bekas yang tidak dikukuhkan dengan betul boleh
bergerak atau terbalik tanpa dijangka.
Ikut arahan dan amaran untuk bahan
5.
yang akan dibancuhkan. Bahan yang akan
dibancuhkan mungkin berbahaya.
Jangan capai masuk ke dalam bekas
6.
pembancuh dengan tangan anda atau
masukkan benda lain ke dalam bekas
semasa membancuh. Sentuhan dengan bilah
membancuh boleh menyebabkan kecederaan
peribadi yang serius.
7.
Mulakan dan hentikan alat dalam bekas
pembancuh sahaja. Bilah membancuh boleh
bengkok atau berputar dengan cara yang tidak
terkawal.
8.
Pastikan tiada percikan cecair pada penutup
alat kuasa. Cecair yang telah menembusi alat
kuasa boleh menyebabkan kerosakan pada alat
tersebut.
9.
Gunakan pemegang tambahan, jika dibekalkan
dengan alat. Hilang kawalan mungkin
menyebabkan kecederaan diri.
10. Pegang alat kuasa dengan permukaan
mencengkam tertebat, apabila melakukan
operasi aksesori pemotong boleh tersentuh
wayar yang tersembunyi. Aksesori pemotong
yang bersentuh dengan wayar "hidup" boleh
menyebabkan bahagian logam alat kuasa "hidup"
terdedah dan boleh memberi kejutan elektrik
kepada pengendali.
11.
Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak
berpijak yang kukuh. Pastikan tiada sesiapa
di bawah apabila menggunakan alat di lokasi
yang tinggi.
12. Pegang alat dengan kukuh.
13. Jauhkan tangan daripada bahagian berpusing.
14. Jangan tinggalkan alat yang sedang
berjalan. Operasikan alat hanya semasa anda
memegangnya.
15. Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikuti amaran keselamatan oleh pembekal
bahan.
16. Semasa menjalankan operasi pembancuhan,
letakkan bekas pembancuh di permukaan rata
dan stabil.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan. SALAH GUNA atau kegagalan
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
2.
Jangan buka atau cabut kartrij bateri. Ia boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
3.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
4.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
5.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
(1)
Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
(2)
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
(3)
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
bateri di lokasi yang suhunya mungkin
mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
8.
Jangan paku, potong, pecahkan, buang,
jatuhkan kartrij bateri, atau tekan objek keras
pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
9.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
34 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ut002g

Table of Contents