Makita M3600 Instruction Manual page 38

Router
Hide thumbs Also See for M3600:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PERHATIAN:
Pasang bit penghala dengan
kukuh. Sentiasa menggunakan hanya perengkuh
yang disediakan dengan alat. Bit penghala yang
longgar atau terlebih ketat boleh membahayakan.
PERHATIAN:
Jangan ketatkan nat sesimpai
tanpa memasukkan bit penghala atau memasang
bit tangkai yang kecil tanpa menggunakan lengan
sesimpai. Sama ada boleh menyebabkan kon
sesimpai pecah.
OPERASI
PERHATIAN:
Sebelum operasi, sentiasa
pastikan badan alat naik secara automatik ke had
sisi atas dan bit penghala tidak menjulur daripada
tapak alat semasa tuil kunci dilonggarkan.
PERHATIAN:
Sebelum operasi, sentiasa
pastikan pemesong serpihan dipasang dengan
betul.
► Rajah6: 1. Pemesong serpihan
Tetapkan tapak alat pada bahan kerja untuk dipotong
tanpa bit penghala membuat sebarang sentuhan.
Kemudian, hidupkan alat dan tunggu sehingga bit
penghala mencapai kelajuan sepenuhnya. Rendahkan
badan alat dan gerakkan alat ke hadapan di atas
permukaan bahan kerja, mengekalkan tapak alat
sedatar dan bergerak dengan lancar sehingga
pemotongan selesai.
Apabila melakukan pemotongan bucu, permukaan
bahan kerja hendaklah berada pada belah kiri bit
penghala dalam arah suapan.
► Rajah7: 1. Bahan Kerja 2. Arah pusingan bit
3. Pandangan dari bahagian atas alat
4. Arah suapan
NOTA: Menggerakkan alat ke hadapan dengan
terlalu laju mungkin menyebabkan kualiti pemotongan
yang tidak baik, atau kerosakan kepada bit penghala
atau motor. Menggerakkan alat ke hadapan
dengan terlalu perlahan mungkin membakar dan
mencacatkan potongan. Kadar suapan yang betul
bergantung pada saiz bit penghala, jenis bahan kerja
dan kedalaman potongan.
Sebelum memulakan potongan pada bahan kerja
sebenar, adalah dinasihatkan untuk membuat
potongan sampel di atas kayu reja. Ini akan
menunjukkan rupa sebenar potongan dan juga
membolehkan anda memeriksa dimensi.
NOTA: Apabila menggunakan panduan lurus atau
panduan pemangkas, pastikan ia sentiasa berada di
sisi gelang dalam arah suapan. Ini akan membantu
untuk memastikan ia sedatar dengan bahagian tepi
bahan kerja.
► Rajah8: 1. Arah suapan 2. Arah pusingan bit
penghala 3. Bahan Kerja 4. Panduan lurus
Panduan lurus
Panduan lurus digunakan secara efektif untuk potongan
lurus apabila membuat penyerongan atau pengaluran.
Panduan lurus (Jenis A)
Aksesori pilihan
Pasangkan panduan lurus pada pemegang panduan
dengan skru ibu jari (B). Masukkan pemegang
panduan ke dalam lubang tapak alat dan ketatkan
skru ibu jari (A). Untuk melaraskan jarak antara bit
penghala dan panduan lurus, longgarkan skru ibu
jari (B) dan putarkan skru penyesuai halus. Pada
jarak yang diinginkan, ketatkan skru ibu jari (B) untuk
mengukuhkan panduan lurus pada tempatnya.
► Rajah9: 1. Pemegang panduan 2. Skru penyesuai
halus 3. Panduan lurus
Panduan lurus (Jenis B)
Aksesori pilihan
Masukkan panduan lurus ke dalam lubang tapak alat
dan ketatkan skru ibu jari. Untuk melaraskan jarak
antara bit penghala dan panduan lurus, longgarkan
skru ibu jari. Pada jarak yang diinginkan, ketatkan
skru ibu jari untuk mengukuhkan panduan lurus pada
tempatnya.
Panduan lurus dengan dimensi lebih lebar yang
diinginkan boleh dilakukan dengan menggunakan
lubang yang mudah dalam panduan untuk menyelak
kepingan kayu tambahan.
► Rajah10: 1. Skru ibu jari 2. Panduan lurus
Semasa menggunakan bit penghala diameter yang
besar, pasangkan kepingan kayu kepada panduan lurus
yang mempunyai ketebalan lebih daripada 15 mm (5/8")
untuk mengelakkan bit penghala daripada terkena
panduan lurus.
Apabila memotong, gerakkan alat dengan panduan
lurus sedatar dengan bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah11: 1. Panduan lurus 2. Kayu
A=55 mm (2-3/16")
B=55 mm (2-3/16")
C=15 mm (5/8") atau lebih tebal
Panduan templet
Panduan templet menyediakan lengan tempat bit
penghala lalu melaluinya, membenarkan penggunaan
alat dengan corak templet. Untuk memasang panduan
templet, longgarkan skru pada tapak alat, masukkan
panduan templet dan kemudian ketatkan skru.
► Rajah12
Kukuhkan templet pada bahan kerja. Letakkan alat
pada templet dan gerakkan alat dengan panduan
templet melungsur di sepanjang bahagian tepi templet.
► Rajah13: 1. Panduan templet 2. Skru 3. Plat tapak
38 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents