Makita M3600 Instruction Manual page 37

Router
Hide thumbs Also See for M3600:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan dicabut sebelum menyelaras atau
menyemak fungsi pada alat.
Melaraskan kedalaman potongan
Letakkan alat pada permukaan rata. Longgarkan tuil
kunci dan bawah badan alat sehingga bit penghala
menyentuh sedikit permukaan rata. Tekan tuil kunci ke
bawah untuk mengunci badan alat. Semasa menekan
butang suapan pantas, gerakkan pancang penahan
ke atas atau ke bawah sehingga kedalaman potongan
dikehendaki diperoleh. Pelarasan kedalaman kecil
boleh diperoleh dengan memutarkan pancang penahan
(1.5 mm (1/16") setiap putaran).
► Rajah1: 1. Nilon nat 2. Pancang penahan 3. Butang
suapan pantas 4. Bolt heksagon pelaras
5. Penahan 6. Tuil kunci
PERHATIAN:
Kedalaman pemotongan
hendaklah tidak lebih daripada 20 mm (13/16")
dalam satu potongan apabila memotong alur.
Untuk operasi pengaluran yang lebih dalam,
lakukan dua atau tiga potongan dengan
tetapan bit penghala lebih dalam secara
berperingkat-peringkat.
Nilon nat
Untuk alat tanpa tombol
Had sisi atas badan alat boleh dilaraskan dengan
memutarkan nilon nat. Jangan rendahkan nilon nat
terlalu rendah. Bit penghala akan menjulur dengan
bahaya.
Untuk alat dengan tombol
Dengan memutarkan tombol, had sisi atas badan alat
boleh dilaraskan. Apabila hujung bit penghala ditarik
balik lebih daripada yang diperlukan berbanding
permukaan plat tapak, putarkan tombol kepada had
sisi atas. Jangan rendahkan tombol terlalu rendah. Bit
penghala akan menjulur dengan bahaya.
► Rajah2: 1. Tombol
PERHATIAN:
Memandangkan pemotongan
berlebihan boleh menyebabkan beban lebih motor
atau kesukaran dalam mengawal alat, kedalaman
pemotongan hendaklah tidak lebih daripada
20 mm (13/16") dalam satu potongan apabila
memotong alur. Apabila anda ingin memotong
alur lebih daripada 20 mm (13/16") dalam, lakukan
beberapa potongan dengan tetapan bit penghala
lebih dalam secara berperingkat-peringkat.
PERHATIAN:
Jangan rendahkan tombol
terlalu rendah. Bit penghala akan menjulur
dengan bahaya.
Bongkah penahan
Sebaik sahaja penahan berputar mempunyai tiga bolt
heksagon pelaras, anda dengan mudahnya boleh
mendapatkan tiga kedalaman potongan yang berbeza
tanpa melaras semula pancang penahan. Untuk
melaraskan bolt heksagon, longgarkan nat heksagon
padanya dan putarkan bolt heksagon. Selepas
mendapat kedudukan yang dikehendaki, ketatkan nat
heksagon untuk mengukuhkan bolt heksagon.
► Rajah3: 1. Pancang penahan 2. Pemesong
serpihan 3. Penahan 4. Bolt heksagon
pelaras 5. Nat heksagon
Tindakan suis
PERHATIAN:
sentiasa periksa untuk melihat bahawa alat telah
dimatikan.
PERHATIAN:
sebelum suis dihidupkan.
Untuk memulakan alat, alihkan tuil suis ke arah posisi I.
Untuk menghentikan alat, alihkan tuil suis ke arah
posisi O.
► Rajah4: 1. Tuil suis
PERHATIAN:
semasa memutarkannya, untuk menangani tindak
balas.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
dimatikan dan palamnya dicabut sebelum
menjalankan apa-apa kerja pada alat.
Memasang atau menanggalkan bit
penghala
Masukkan bit penghala sepenuhnya ke dalam kon
sesimpai. Tekan kunci aci untuk memastikan aci tidak
bergerak dan gunakan perengkuh untuk mengetatkan
nat sesimpai dengan kukuh. Semasa menggunakan
bit penghala dengan batang diameter yang lebih kecil,
pertama masukkan lengan sesimpai yang ke dalam kon
sesimpai, kemudian pasang bit penghala seperti yang
digambarkan.
Untuk menanggalkan bit penghala, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
► Rajah5: 1. Kunci aci 2. Perengkuh
37 BAHASA MELAYU
Sebelum memasang alat,
Pastikan kunci aci dikeluarkan
Pegang alat dengan kukuh
Sentiasa pastikan alat

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents