Makita RT001G Instruction Manual page 81

Hide thumbs Also See for RT001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan panduan pemangkas
Aksesori pilihan
Panduan pemangkas membolehkan anda memangkas
sisi melengkung seperti venir untuk perabot dengan
menggerakkan penggelek panduan di sepanjang
bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah55
1.
Longgarkan skru pengapit, kemudian pasangkan
panduan pemangkas pada tapak pemangkas,
kemudian ketatkan skru pengapit.
► Rajah56: 1. Skru pengapit
2.
Longgarkan skru pengapit dan laraskan jarak
antara bit pemangkas dan panduan pemangkas dengan
memutarkan skru pelaras (1 mm bagi setiap putaran).
Pada jarak yang diingini, ketatkan skru pengapit untuk
mengukuhkan panduan pemangkas.
► Rajah57: 1. Skru pelaras 2. Skru pengapit
3.
Gerakkan alat dengan penggelek panduan di atas
bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah58: 1. Bahan kerja 2. Bit pemangkas
3. Penggelek panduan
Menggunakan alat dengan tapak
condong
Tapak condong digunakan untuk merapikan tepi
lembaran lamina atau bahan yang serupa.
Tapak condong memudahkan penyerongan.
Longgarkan skru telinga, kemudian condongkan alat
pada sudut yang dikehendaki dan kemudian ketatkan
skru telinga.
Apit satu papan lurus dengan kemas pada bahan
kerja dan gunakan ia sebagai panduan pada tapak
pemangkas. Masukkan alat mengikut arah anak panah.
► Rajah59: 1. Skru telinga
Menggunakan plat tapak condong
dengan tapak pemangkas
Untuk menggunakan tapak pemangkas dengan plat
tapak segi empat sama, keluarkan plat tapak dari
tapak condong dan kemudian pasang pada tapak
pemangkas.
► Rajah60: 1. Plat tapak condong 2. Plat tapak
pemangkas
NOTIS:
Gunakan skru pada tapak pemangkas
semasa memasang plat tapak condong. Skru pada
tapak condong lebih pendek daripada skru pada
tapak pemangkas.
Menggunakan alat dengan tapak
ofset
Tapak ofset digunakan untuk merapikan tepi lembaran
lamina atau bahan yang serupa. Tapak ofset
memudahkan kerja di kawasan sempit.
► Rajah61
Menggunakan tapak pemangkas
dengan plat tapak ofset dan
genggaman
Plat tapak ofset juga boleh digunakan dengan tapak
pemangkas dan pemasangan genggaman (aksesori
pilihan) untuk lebih kestabilan.
1.
Longgarkan skru pada plat tapak ofset, kemudian
tanggalkan plat tapak ofset daripada tapak ofset.
► Rajah62: 1. Plat tapak ofset 2. Plat tapak
pemangkas
2.
Pasang plat tapak ofset pada tapak pemangkas
dengan mengetatkan skru.
3.
Pasang pemasangan genggaman dan
genggaman jenis bar pada plat tapak ofset dengan
mengetatkan skru.
► Rajah63: 1. Genggaman jenis bar 2. Pemasangan
genggaman
Genggaman jenis tombol yang dikeluarkan dari tapak
terjun boleh dipasang pada tapak ofset dan bukannya
genggaman jenis bar.
► Rajah64: 1. Skru 2. Genggaman jenis tombol
Menggunakan alat dengan tapak
terjun
Sentiasa pegang dengan kukuh menggunakan kedua-
dua tangan semasa pengendalian. Kendalikan alat
dengan cara yang sama seperti tapak pemangkas.
Menggunakan panduan lurus
Aksesori pilihan
1.
Pasangkan panduan lurus pada pemegang
panduan dengan mengetatkan nat telinga. Masukkan
pemegang panduan ke dalam lubang di dalam tapak
terjun, kemudian ketatkan bolt telinga.
► Rajah65: 1. Bolt telinga 2. Pemegang panduan
3. Nat telinga 4. Panduan lurus
2.
Longgarkan nat telinga pada panduan lurus dan
laraskan jarak antara bit pemangkas dan panduan
lurus. Pada jarak yang diingini, ketatkan nat telinga.
► Rajah66: 1. Nat telinga
3.
Kendalikan alat dengan cara yang sama seperti
panduan lurus untuk tapak pemangkas.
► Rajah67
Menggunakan panduan templet
Aksesori pilihan
1.
Longgarkan skru pada tapak dan tanggalkannya.
Letakkan panduan templet pada tapak, kemudian
ketatkan skru.
► Rajah68: 1. Skru 2. Panduan templet
2.
Kendalikan alat dengan cara yang sama seperti
panduan templet untuk tapak pemangkas.
► Rajah69
81 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents