Makita RT001G Instruction Manual page 79

Hide thumbs Also See for RT001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memasang atau menanggalkan
tapak terjun
Aksesori pilihan
1.
Buka tuil kunci tapak terjun, kemudian masukkan
alat ke dalam tapak terjun sepenuhnya dan menjajarkan
alur pada alat dengan tonjolan pada tapak terjun.
2.
Tutup tuil kunci.
► Rajah26: 1. Tuil kunci
Untuk menanggalkan tapak, ikuti prosedur pemasangan
secara terbalik.
Memasang atau menanggalkan
pembaris selari pada tapak terjun
Aksesori pilihan
Masukkan bar panduan ke dalam lubang di dalam
tapak terjun, kemudian ketatkan bolt telinga. Untuk
menanggalkan pembaris, ikuti prosedur pemasangan
secara terbalik.
► Rajah27: 1. Bolt telinga 2. Bar panduan
Memasang atau menanggalkan
muncung habuk pada tapak terjun
Masukkan muncung habuk ke dalam tapak terjun
supaya tonjolan pada muncung habuk sepadan dengan
takuk di dalam tapak terjun, kemudian ketatkan skru
ibu jari pada muncung habuk. Untuk menanggalkan
muncung, ikuti prosedur pemasangan secara terbalik.
► Rajah28: 1. Tonjolan 2. Muncung habuk 3. Skru
ibu jari
► Rajah29
OPERASI
Melaraskan kedalaman pemotongan
Untuk melaraskan kedalaman pemotongan, buka tuil
kunci, kemudian gerakkan tapak alat ke atas atau ke
bawah dengan memutarkan skru pelaras. Selepas
pelarasan, tutup tuil kunci dengan kukuh.
► Rajah30: 1. Tuil kunci 2. Skru pelaras
NOTIS:
Jika alat tidak dikukuhkan selepas
menutup tuil kunci, ketatkan nat heksagon,
kemudian tutup tuil kunci.
► Rajah31: 1. Nat heksagon
Melaraskan kedalaman pemotongan
dengan tapak terjun
Aksesori pilihan
1.
Letakkan alat pada permukaan rata.
2.
Pilih skru penahan dengan memutarkan tapak
penahan.
► Rajah32: 1. Skru penahan 2. Tapak penahan
3.
Longgarkan nat ikat, kemudian tarik pancang
penahan ke atas sambil menekan butang suapan.
► Rajah33: 1. Pancang penahan 2. Nat ikat 3. Butang
suapan
4.
Tekan alat ke bawah sehingga hujung bit
pemangkas menyentuh permukaan rata, kemudian
putar tuil ikat untuk mengukuhkan alat.
► Rajah34: 1. Tuil ikat 2. Bit pemangkas
5.
Tekan pancang penahan ke bawah sambil
menekan butang suapan sehingga ia menyentuh skru
penahan.
► Rajah35: 1. Pancang penahan 2. Skru penahan
3. Butang suapan
6.
Luncurkan penunjuk kedalaman sehingga
penunjuk menunjukkan "0" pada skala.
► Rajah36: 1. Penunjuk kedalaman
7.
Laraskan kedalaman pemotongan dengan
menarik pancang penahan ke atas sambil menekan
butang suapan.
► Rajah37: 1. Pancang penahan 2. Butang suapan
8.
Untuk melakukan pelarasan halus bagi kedalaman
pemotongan, putarkan dail pada pancang penahan
supaya ia menunjukkan "0".
► Rajah38: 1. Dail
9.
Putarkan kepala pancang penahan untuk
mendapatkan kedalaman yang diingini. Untuk
meningkatkan kedalaman, putarkan kepala lawan arah
jam. Untuk mengurangkan kedalaman, putarkan kepala
ikut arah jam. (Kedalaman berubah sebanyak 1 mm
bagi setiap satu putaran.)
► Rajah39: 1. Kepala pancang penahan
10. Ketatkan nat ikat pancang penahan.
► Rajah40: 1. Nat ikat
11.
Lepaskan tuil ikat.
► Rajah41: 1. Tuil ikat
Dengan menekan alat sehingga pancang penahan
bertemu skru penahan, anda dapat memperoleh
kedalaman potongan yang anda selaraskan mengikut
prosedur di atas.
79 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents