Makita RT001G Instruction Manual page 80

Hide thumbs Also See for RT001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan alat dengan tapak
pemangkas
Tetapkan tapak alat pada bahan kerja tanpa bit
pemangkas melakukan sebarang sentuhan. Hidupkan
alat dan tunggu sehingga bit pemangkas mencapai
kelajuan penuh. Gerakkan alat ke hadapan di atas
permukaan bahan kerja. Kekalkan tapak alat sedatar
semasa menggerakkan alat.
Apabila memotong tepi, pastikan permukaan bahan
kerja di sebelah kiri bit pemangkas dalam arah suapan.
► Rajah42
NOTA: Sebelum memotong pada bahan kerja
sebenar, disyorkan untuk membuat potongan sampel.
Kelajuan suapan yang betul bergantung pada saiz
bit pemangkas, jenis bahan kerja dan kedalaman
potongan. Menggerakkan alat ke hadapan dengan
terlalu laju boleh menyebabkan kualiti potongan
yang tidak baik, atau kerosakan pada bit pemangkas
atau motor. Menggerakkan alat ke hadapan dengan
terlalu perlahan boleh membakar dan merosakkan
permukaan pemotongan.
Apabila menggunakan kasut pemangkas, panduan
lurus atau panduan pemangkas, pastikan ia sentiasa
berada di sebelah kanan dalam arah suapan. Ini akan
membantu untuk memastikan ia sedatar dengan
bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah43: 1. Bit pemangkas 2. Bahan kerja
3. Panduan lurus
NOTIS:
Memandangkan pemotongan berlebihan
boleh menyebabkan beban lebih motor atau
kesukaran dalam mengawal alat, kedalaman
potongan hendaklah tidak lebih daripada 3 mm
dalam satu potongan apabila memotong alur.
Apabila anda ingin memotong alur lebih daripada
3 mm dalam, lakukan beberapa potongan dengan
tetapan bit pemangkas lebih dalam secara
berperingkat.
Menggunakan panduan lurus
1.
Pasangkan panduan lurus dengan bolt dan nat
telinga.
► Rajah44: 1. Bolt 2. Nat telinga
2.
Pasangkan panduan lurus pada tapak pemangkas
dengan skru pengapit.
► Rajah45: 1. Skru pengapit
3.
Longgarkan nat telinga pada panduan lurus dan
laraskan jarak antara bit pemangkas dan panduan
lurus. Pada jarak yang diingini, ketatkan nat telinga.
► Rajah46: 1. Nat telinga
4.
Gerakkan alat dengan panduan lurus sedatar
dengan bahagian tepi bahan kerja.
► Rajah47
Jika jarak (A) antara bahagian tepi bahan kerja dan
kedudukan memotong terlalu jauh untuk panduan lurus,
atau jika bahagian tepi bahan kerja tidak lurus, panduan
lurus tidak boleh digunakan.
Dalam situasi ini, apit satu papan lurus dengan kukuh
pada bahan kerja dan gunakan ia sebagai panduan
pada tapak pemangkas. Masukkan alat mengikut arah
anak panah.
► Rajah48
Menggunakan panduan lurus untuk
kerja membulat
Untuk kerja membulat, pasangkan panduan lurus
seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Radius minimum
dan maksimum bulatan yang akan dipotong (jarak
antara pusat bulatan dan pusat bit pemangkas) adalah
seperti berikut:
Minimum: 70 mm
Maksimum: 221 mm
Untuk memotong bulatan beradius antara 70 mm
dan 121 mm.
► Rajah49: 1. Lubang tengah
Untuk memotong bulatan beradius antara 121 mm
dan 221 mm.
► Rajah50: 1. Lubang tengah
NOTA: Bulatan beradius antara 172 mm dan 186 mm
tidak boleh dipotong menggunakan panduan ini.
Jajarkan lubang tengah di dalam panduan lurus dengan
pusat bulatan yang akan dipotong. Pakukan paku
berdiameter kurang daripada 6 mm ke dalam lubang
tengah untuk mengukuhkan panduan lurus. Putarkan
alat di sekeliling paku mengikut arah jam.
► Rajah51: 1. Paku 2. Lubang tengah
Menggunakan panduan templet
Panduan templet membolehkan pemotongan berulang
dengan corak templet dengan menggunakan templet.
1.
Longgarkan skru pada plat tapak, kemudian
tanggalkan plat tapak daripada tapak pemangkas.
2.
Letakkan panduan templet pada tapak, kemudian
pasangkan plat tapak dengan mengetatkan skru.
► Rajah52: 1. Plat tapak 2. Panduan templet
3.
Letakkan alat pada templet dan gerakkan alat
supaya panduan templet meluncur di sepanjang
bahagian tepi templet.
► Rajah53
NOTA: Saiz potongan sebenar pada bahan kerja
sedikit berbeza daripada templet. Perbezaannya
ialah jarak (X) antara bit pemangkas dan bahagian
luar panduan templet. Jarak (X) boleh dikira dengan
menggunakan persamaan berikut:
Jarak (X) = (diameter luar panduan templet - diameter
bit pemangkas) / 2
► Rajah54: 1. Bit pemangkas 2. Panduan templet
3. Jarak (X) 4. Diameter luar panduan
templet 5. Templet 6. Bahan kerja
80 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents