Makita M5801 Instruction Manual page 25

Hide thumbs Also See for M5801:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Jangan sesekali memegang bahan kerja
untuk dipotong dengan tangan anda atau
menyilangkan pada kaki anda. Kukuhkan
bahan kerja pada platform yang stabil. Penting
untuk menyokong kerja dengan betul bagi
meminimumkan pendedahan badan, bilah terkapit
atau hilang kawalan.
Sebuah rajah biasa bagi sokongan tangan, sokongan
bahan kerja dan penghalaan kord bekalan yang betul
(jika berkenaan).
5.
Pegang alat kuasa pada permukaan
mencengkam tertebat sahaja apabila
melakukan operasi yang alat pemotong
mungkin tersentuh wayar tersembunyi atau
kordnya sendiri. Tersentuh wayar "hidup"
mungkin juga menyebabkan bahagian logam
terdedah alat kuasa "hidup" dan boleh memberi
kejutan elektrik kepada pengendali.
Apabila membelah, sentiasa gunakan pagar
6.
belah atau panduan tepi lurus. Ini meningkatkan
ketepatan potongan dan mengurangkan peluang
bilah terkapit.
7.
Sentiasa gunakan bilah dengan saiz dan
bentuk (intan berbanding bulat) lubang arbor
yang betul. Bilah yang tidak padan dengan
perkakasan pelekapan gergaji akan berjalan sipi
pusat dan menyebabkan hilang kawalan.
8.
Jangan sesekali gunakan sesendal atau bot
bilah yang rosak atau tidak betul. Sesendal
dan bot bilah adalah direka bentuk khusus
untuk gergaji anda, untuk prestasi optimum dan
pengendalian yang selamat.
Penyebab tolak keluar dan amaran berkaitan
tolak keluar ialah tindak balas tiba-tiba kepada
bilah gergaji yang tersepit, terikat atau salah
jajaran sehingga menyebabkan gergaji yang tidak
terkawal terangkat dan terkeluar daripada bahan
kerja menghala ke arah pengendali;
apabila bilah tersepit atau terikat dengan ketat
oleh alur gergaji yang tertutup, bilah menjadi
tegun dan tindak balas motor memacu unit
menghala dengan pantas kembali ke arah
pengendali;
jika bilah menjadi bengkok atau tersalah jajaran
dalam potongan, gigi pada belakang pinggir bilah
boleh termasuk ke dalam permukaan atas kayu
menyebabkan bilah terkeluar daripada alur gergaji
dan terlompat ke arah pengendali.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
gergaji dan/atau prosedur atau keadaan operasi yang
tidak betul dan boleh dielakkan dengan mengambil
langkah berjaga-jaga yang betul seperti yang diberikan
di bawah.
9.
Kekalkan pegangan yang kuat dengan kedua-
dua belah tangan pada gergaji dan letakkan
lengan anda untuk melawan daya tolak keluar.
Tempatkan badan anda pada mana-mana sisi
bilah, tetapi bukan selari dengan bilah. Tolak
keluar boleh menyebabkan gergaji terlompat ke
belakang, tetapi daya tolak keluar boleh dikawal
oleh pengendali, jika langkah berjaga-jaga
diambil.
10. Apabila bilah terkapit atau apabila
mengganggu pemotongan atas apa jua
sebab, lepaskan pemicu dan pegang gergaji
tidak bergerak dalam bahan sehingga bilah
berhenti sepenuhnya. Jangan sesekali cuba
mengalihkan gergaji daripada kerja atau
menarik gergaji ke belakang ketika bilah
sedang bergerak atau tolak keluar mungkin
berlaku. Siasat dan ambil tindakan pembetulan
untuk menyingkirkan sebab bilah terkapit.
11.
Semasa menghidupkan semula gergaji pada
bahan kerja, pusatkan bilah gergaji dalam alur
gergaji dan periksa supaya gigi gergaji tidak
termasuk ke dalam bahan. Jika bilah gergaji
terkapit, ia mungkin bergerak ke atas atau tertolak
keluar daripada bahan kerja apabila gergaji
dihidupkan semula.
12. Sokong panel yang besar untuk meminumkan
risiko bilah tersepit atau tolak keluar. Panel
yang besar mudah melendut di bawah beratnya
sendiri. Sokongan mestilah diletakkan di bawah
panel pada kedua-dua sisi, berdekatan garis
potongan dan berdekatan dengan pinggir panel.
Untuk mengelakkan penolakan, sokong papan
atau panel berdekatan bahan pemotongan.
Jangan sokong papan atau panel jauh
dari bahan pemotongan.
13. Jangan gunakan bilah yang tumpul atau rosak.
Bilah yang tidak tajam atau tidak ditetapkan
dengan betul menghasilkan alur gergaji yang
sempit menyebabkan geseran yang berlebihan,
bilah terkapit dan tolak keluar.
25 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents