Makita DUA301 Instruction Manual page 67

Cordless telescopic pole saw
Hide thumbs Also See for DUA301:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan alat dengan
penyesuai bateri
Aksesori pilihan
Gunakan tali gantung semasa anda menggunakan alat
dengan penyesuai bateri.
Memasang tali gantung
1.
Pasang cangkuk tali gantung pada gelang
abah-abah bahu atau tali pinggang seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah. Pilih jenis tali dan kaedah
penyambungan yang sesuai untuk penggunaan anda.
► Rajah35: 1. Gelang 2. Cangkuk
► Rajah36: 1. Gelang 2. Cangkuk
2.
Pasang cangkuk pada alat.
► Rajah37: 1. Cangkuk
Menanggalkan alat
Semasa meletakkan alat ke bawah, buka kancing
pada tali gantung menggunakan satu tangan sambil
memegang alat dengan satu lagi tangan.
► Rajah38: 1. Kancing
NOTA: Kancing tidak disertakan bergantung pada
jenis tali.
Sekiranya anda perlu melepaskan alat dengan cepat,
ikuti langkah di bawah.
1.
Tekan tuil pada kancing tali pinggang untuk
membuka kunci kancing.
► Rajah39: 1. Kancing 2. Tuil
2.
Tanggalkan abah-abah bahu untuk melepaskan
alat dan unit.
► Rajah40: 1. Abah-abah bahu
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
PERHATIAN:
Sentiasa pakai sarung tangan
semasa melakukan sebarang pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Mengasah rantai gergaji
Asah rantai gergaji apabila:
Habuk gergaji kersai dihasilkan apabila kayu
lembap dipotong;
Rantai susah menembusi kayu, walaupun apabila
tekanan berat digunakan;
Tepi potongan jelas rosak;
Gergaji tertarik ke kiri atau kanan di dalam kayu.
(disebabkan oleh asahan rantai gergaji yang tidak
sekata atau kerosakan pada satu sisi sahaja)
Asah rantai gergaji dengan kerap tetapi sedikit sahaja
setiap kali. Dua atau tiga strok dengan kikir biasanya
cukup untuk rutin mengasah semula. Apabila rantai
gergaji telah diasah semula beberapa kali, asah ia di
pusat servis kami yang diiktiraf.
Kriteria mengasah:
AMARAN:
Jarak yang berlebihan antara
pinggir pemotongan dan tolok kedalaman
meningkatkan risiko tolak keluar.
► Rajah41: 1. Panjang pemotong 2. Jarak antara
tepi potongan dan tolok kedalaman
3. Panjang pemotong minimum (3 mm)
Semua panjang pemotong mestilah sama.
Panjang pemotong berbeza menghalang rantai
daripada berjalan lancar dan boleh menyebabkan
rantai putus.
Jangan asah rantai apabila panjang pemotong
telah mencapai 3 mm atau lebih pendek. Rantai
mesti diganti dengan yang baharu.
Ketebalan cip ditentukan oleh jarak antara tolok
kedalaman (muncung bulat) dan tepi potongan.
Hasil potongan terbaik diperoleh dengan jarak
antara tepi potongan dan tolok kedalaman berikut.
Bilah rantai 90PX : 0.65 mm
Bilah rantai 91PX : 0.65 mm
► Rajah42
Sudut mengasah 30° mestilah sama pada semua
pemotong. Perbezaan pada sudut pemotong
menyebabkan rantai itu berjalan secara kasar
dan tidak sekata, mempercepatkan haus, dan
menyebabkan rantai putus.
Gunakan kikir bulat yang sesuai supaya sudut
mengasah yang tepat dikekalkan terhadap gigi.
Bilah rantai 90PX : 55°
Bilah rantai 91PX : 55°
Kikir dan panduan kikir
Gunakan kikir bulat khas (aksesori pilihan) untuk
rantai gergaji bagi mengasah rantai. Kikir bulat
biasa tidak sesuai.
Diameter kikir bulat untuk setiap rantai gergaji
adalah seperti berikut:
Bilah rantai 90PX : 4.5 mm
Bilah rantai 91PX : 4.0 mm
Kikir hanya boleh menyentuh pemotong pada
strok ke hadapan. Angkat kikir daripada pemotong
pada strok balik.
67 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents