Makita VC011G Instruction Manual page 55

Cordless backpack vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for VC011G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Apabila menggunakan hos
pengekstrakan habuk ø28 mm
1.
Lekatkan manset hadapan ke hos untuk
pengekstrakan habuk.
Apabila menyambungkan manset hadapan, pastikan ia
diskru pada hos dengan ketat.
2.
Sambungkan manset hadapan ke saluran keluar
pengekstrakan alat.
► Rajah26: 1. Manset hadapan 2. Saluran keluar
pengekstrakan 3. Hos
Manset hadapan boleh dilekatkan dengan
memutarkannya mengikut arah lawan jam semasa
memegang hos.
Apabila menggunakan hos ø38 mm
dengan manset hadapan 38
1.
Putar dan masukkan sendi atau manset hadapan
ke bahagian salur masuk pada hos bergantung pada
alat yang akan anda sambungkan.
2.
Sambungkan manset hadapan ke saluran keluar
pengekstrakan alat.
► Rajah27: 1. Sendi 2. Manset hadapan 3. Saluran
keluar pengekstrakan 4. Hos
Untuk menanggalkan sendi dan manset hadapan, ikuti
prosedur pemasangan secara terbalik.
Memasang beg penapis / beg habuk
Aksesori pilihan
PERHATIAN:
Jangan gunakan beg penapis
yang rosak. Sentiasa gunakan pembersih vakum
dengan beg penapis yang dipasang dengan betul.
Jika tidak debu atau zarah yang telah disedut
mungkin dilepaskan daripada pembersih dan
ia mungkin menyebabkan penyakit pernafasan
kepada pengendali.
Pasang sama ada beg habuk atau beg penapis
sebelum menggunakan pembersih.
Beg habuk boleh digunakan berkali-kali dengan
membersihkannya.
Beg penapis ialah jenis pakai buang.
Buang keseluruhan beg penapis tanpa
mengosongkannya apabila sudah penuh.
NOTIS:
Apabila beg penapis sudah penuh,
gantikan dengan yang baharu. Apabila beg habuk
sudah penuh, kosongkannya. Penggunaan beg
penapis/beg habuk secara berterusan mengakibatkan
pengurangan kuasa sedutan.
NOTIS:
Untuk mengelakkan habuk daripada
masuk ke dalam motor:
Pastikan beg penapis/beg habuk dipasang
sebelum digunakan.
Jangan gunakan beg yang rosak atau koyak.
Jika tidak, motor boleh rosak.
NOTIS:
Jangan lipat kadbod pada bukaannya
apabila memasang beg penapis/beg habuk.
NOTIS:
Beg penapis/beg habuk untuk pembersih
ialah komponen penting bagi mengekalkan
prestasi peralatan. Menggunakan beg penapis/
beg habuk yang tidak asli mungkin menyebabkan
asap atau penyalaan.
NOTA: Apabila beg penapis/beg habuk tidak
dipasang dalam pembersih, penutup hadapan tidak
tertutup sepenuhnya.
► Rajah28
1.
Buka kunci tuil dan buka penutup hadapan.
► Rajah29: 1. Tuil 2. Penutup hadapan
2.
Masukkan beg penapis ke dalam celahan pada
sisi atas ruang seperti yang digambarkan.
► Rajah30: 1. Celahan 2. Beg penapis
Apabila menggunakan beg habuk, masukkan tepi beg
habuk ke dalam celahan.
► Rajah31: 1. Celahan 2. Tepi 3. Beg habuk
3.
Jajarkan lubang beg penapis dengan manset hos
dan tolak bahagian kadbod ke hujung. Pastikan gelang
getah pada beg penapis melepasi rim pada manset
hos.
► Rajah32: 1. Gelang getah pada beg penapis 2. Rim
pada manset hos 3. Bahagian kadbod
pada beg penapis 4. Manset hos
4.
Kuncikan penutup hadapan dengan pasti.
PERHATIAN:
tersepit jari anda semasa mencangkuk selak dan
semasa menutup penutup hadapan.
Penutup abah-abah
Aksesori pilihan
Apabila menggunakan penutup abah-abah, ikuti
prosedur di bawah untuk memasang penutup tersebut.
NOTA: Apabila memasang penutup abah-abah,
jangan tersilap bahagian depan dan belakang
penutup abah-abah.
NOTA: Penutup abah-abah boleh dibasuh. Ikut
arahan pencucian pada tag.
► Rajah33
55 BAHASA MELAYU
Berhati-hati supaya tidak

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents