Download Print this page

Makita ML010G Instruction Manual page 53

Cordless area worklight
Hide thumbs Also See for ML010G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PERHATIAN:
Pastikan untuk memasukkan
palam ke alat terlebih dahulu, kemudian
masukkan hujung satu lagi ke salur keluar.
PERHATIAN:
Sentiasa tutup penutup soket
dengan kukuh apabila kord kuasa tidak dipasang
palam.
NOTA: Walaupun beroperasi dalam kuasa DC, alat
akan bertukar kepada kuasa AC secara automatik
apabila kord kuasa dipasang palam.
NOTA: Kuasa AC tidak mengecas bateri yang
dimasukkan ke alat.
NOTA: Bentuk salur masuk AC, salur keluar AC dan
palam kord kuasa berbeza mengikut negara.
Penggunaan saling bersambung
PERHATIAN:
Jangan sambungkan sebarang
alat selain ML010G ke salur keluar AC.
PERHATIAN:
Sentiasa gunakan kord kuasa
yang dibekalkan bersama-sama alat.
PERHATIAN:
Jangan saling sambungkan alat
melebihi bilangan maksimum alat yang boleh saling
bersambung yang dinyatakan dalam arahan.
Apabila menggunakan alat yang saling bersambung
dengan alat lain, sambungkan alat dengan kord kuasa.
Masukkan palam ke dalam salur masuk AC alat yang
akan dikuasakan, kemudian masukkan hujung satu lagi
ke salur keluar AC alat untuk dikuasakan.
► Rajah15: 1. Salur keluar AC
NOTA: Apabila menggunakan alat yang saling
bersambung, operasi seperti menghidupkan/
mematikan, menukar kecerahan, dan menukar
kawasan pencahayaan tidak dipautkan. Setiap alat
perlu dikendalikan.
Mengatur kord kuasa
Gelungkan kord kuasa pada cangkuk untuk kord kuasa
dengan ketat.
► Rajah16: 1. Kord kuasa 2. Cangkuk untuk kord
kuasa
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
dimatikan, palamnya dicabut dan kartrij bateri
dikeluarkan sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
lampiran-lampiran ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang
ditentukan dalam manual ini. Penggunaan mana-
mana aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Perkhidmatan Makita tempatan anda.
Bateri dan pengecas asli Makita
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
53 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan peralatan
Aksesori-aksesori atau

Advertisement

loading