Download Print this page

Makita ML010G Instruction Manual page 52

Cordless area worklight
Hide thumbs Also See for ML010G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Petunjuk baki kapasiti bateri
Apabila bateri yang sedang digunakan habis, alat
bertukar kepada bateri lain secara automatik.
Apabila menukar bateri, semua penunjuk bateri yang
dipasang akan menyala.
Warna penunjuk
Hijau
Merah
Apabila semua bateri habis, penunjuk yang terakhir
akan berkelip merah.
Sistem perlindungan bateri / alat
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan. Sistem
ini memutuskan kuasa secara automatik untuk
memanjangkan hayat alat dan bateri. Alat akan berhenti
semasa operasi secara automatik jika alat atau bateri
diletakkan di bawah salah satu keadaan berikut.
Perlindungan lebih beban
Apabila alat dikendalikan dengan cara yang
menyebabkan ia menarik arus yang luar biasa
tinggi, alat itu akan berhenti secara automatik tanpa
sebarang petunjuk. Dalam keadaan ini, keluarkan
dan pasang kartrij bateri apabila menggunakan kuasa
DC, atau tekan butang mula semula pemutus apabila
menggunakan kuasa AC. Kemudian, hidupkan alat
untuk mula semula.
► Rajah6: 1. Butang mula semula pemutus
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri menjadi rendah, lampu LED
terpadam kecuali sebahagian daripada LED seperti
yang digambarkan. Kemudian, lebih kurang lima hingga
sepuluh minit kemudian, sistem akan memutuskan
kuasa secara automatik. Dalam situasi ini, keluarkan
kartrij bateri daripada alat dan cas kartrij bateri.
► Rajah7
Reka bentuk pembetulan kendiri
Alat boleh pulih dari kedudukan condong jika sudut 80
darjah atau lebih kecil dari kedudukan serenjang. Sudut
berdiri alat berbeza-beza bergantung pada keadaan
tanah dan bekalan kuasa yang akan digunakan.
► Rajah8
Lubang untuk mangga
Untuk antikecurian kartrij bateri, lubang untuk mangga
disediakan.
► Rajah9: 1. Lubang untuk mangga
Kapasiti bateri
Kapasiti bateri masih berbaki.
Tiada kapasiti bateri.
(Kehabisan bateri)
OPERASI
PERHATIAN:
kegunaan komersial. Jangan gunakan alat untuk
kegunaan di rumah.
Menghidupkan / mematikan alat
Tekan butang suis kuasa untuk menghidupkan alat.
Tekan butang suis kuasa sekali lagi untuk mematikan
alat.
► Rajah10: 1. Butang suis kuasa
NOTA: Alat dihidupkan pada mod yang sama seperti
tetapan terakhir.
Menukar kecerahan
Tekan butang tukar kecerahan semasa alat beroperasi.
Kecerahan berkurang setiap kali anda menekan
butang tukar kecerahan. Kecerahan akan kembali ke
tahap paling tinggi apabila beroperasi pada kecerahan
terendah.
► Rajah11: 1. Butang tukar kecerahan
Menukar kawasan pencahayaan
Tekan butang tukar kawasan pencahayaan semasa alat
beroperasi.
► Rajah12: 1. Butang tukar kawasan pencahayaan
Kawasan pencahayaan berubah setiap kali anda
menekan butang tukar kawasan pencahayaan seperti
yang digambarkan.
► Rajah13
Menggunakan dengan kuasa AC
AMARAN:
Jangan sekali-kali gunakan alat
ketika kord atau palam rosak.
AMARAN:
Jangan pegang palam dengan
tangan basah atau berminyak.
AMARAN:
Jangan biarkan kord kuasa
terputus sambungan daripada alat semasa kuasa
dibekalkan daripada bekalan utama. Kanak-kanak
kecil mungkin memasukkan palam hidup ke dalam
mulut mereka dan menyebabkan kecederaan.
AMARAN:
Jangan letakkan palam atau kord
hidup ke dalam mulut anda. Melakukan perkara
sedemikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.
AMARAN:
Pastikan pengadaran voltan
bekalan kuasa utama sepadan dengan alat.
AMARAN:
Salur keluar yang dipasang palam
mesti dibumikan.
Apabila menggunakan alat dengan kuasa AC, gunakan
kord kuasa yang dibekalkan bersama-sama alat.
Masukkan palam ke salur masuk AC alat, kemudian
masukkan hujung satu lagi ke salur keluar.
► Rajah14: 1. Kord kuasa 2. Penutup soket (salur
masuk AC) 3. Palam (untuk alat) 4. Palam
(untuk salur keluar)
52 BAHASA MELAYU
Alat ini bertujuan untuk

Advertisement

loading