Download Print this page

Makita M9100G Instruction Manual page 20

Die grinder

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran keselamatan pengisar
pengulir luar
Amaran Keselamatan Biasa untuk Operasi
Pengisaran:
Alat kuasa ini bertujuan untuk berfungsi
1.
sebagai pengisar. Baca semua amaran
keselamatan, arahan, ilustrasi dan spesifikasi
yang disediakan dengan alat kuasa ini.
Kegagalan mengikuti semua arahan yang
disenaraikan di bawah boleh menyebabkan
kejutan elektrik, kebakaran dan/atau kecederaan
serius.
2.
Operasi seperti pemasiran, pemberusan wayar,
penggilapan atau pemotongan tidak disyorkan
untuk dilakukan dengan alat kuasa ini. Operasi
yang tidak direka bentuk untuk alat kuasa ini boleh
menyebabkan bahaya dan kecederaan diri.
Jangan gunakan aksesori yang tidak direka
3.
secara khusus dan disyorkan oleh pengilang
alat. Hanya kerana aksesori boleh dipasang pada
alat kuasa anda, itu tidak menjamin operasi yang
selamat.
4.
Kelajuan terkadar aksesori mesti sekurang-
kurangnya sama seperti kelajuan maksimum
yang ditandakan pada alat kuasa. Aksesori
yang beroperasi lebih laju daripada kelajuan
terkadarnya boleh pecah dan berkecai.
5.
Diameter luar dan ketebalan aksesori anda
mesti dalam perkadaran kapasiti alat kuasa
anda. Aksesori dengan saiz yang tidak betul tidak
boleh dikawal dengan secukupnya.
6.
Saiz arbor aksesori mestilah betul-betul
sepadan dengan sesimpai alat kuasa.
Aksesori yang tidak sepadan dengan
perkakasan pelekapan alat kuasa akan tidak
seimbang, bergetar secara berlebihan dan boleh
menyebabkan hilang kawalan.
7.
Aksesori mandrel lekap mestilah dimasukkan
sepenuhnya ke dalam sesimpai atau cuk. Jika
mandrel tidak dipegang secukupnya dan/atau
gantungan roda terlalu panjang, aksesori lekap
mungkin longgar atau melenting dalam halaju
yang tinggi.
8.
Jangan gunakan aksesori yang rosak.
Sebelum setiap penggunaan, periksa aksesori
seperti roda lelas untuk mengesan sebarang
serpihan atau keretakan. Jika alat kuasa atau
aksesori terjatuh, periksa untuk mengesan
kerosakan atau pasang aksesori yang tidak
rosak. Selepas pemeriksaan dan pemasangan
aksesori, jauhkan diri anda dan orang ramai
daripada satah aksesori yang berputar dan
jalankan alat kuasa pada kelajuan tanpa beban
maksimum selama seminit. Aksesori yang rosak
biasanya akan pecah berderai sepanjang tempoh
ujian ini.
9.
Pakai peralatan pelindung diri. Bergantung
kepada penggunaan, gunakan pelindung
muka, gogal keselamatan atau cermin mata
keselamatan. Sebagaimana yang sesuai,
pakai topeng habuk, pelindung pendengaran,
sarung tangan dan apron bengkel yang
mampu menghalang serpihan pelelas atau
bahan kerja yang kecil. Pelindung mata mesti
mampu menghalang serpihan yang terbang yang
dihasilkan oleh pelbagai operasi. Topeng habuk
atau alat pernafasan mesti mampu menapis zarah
yang dihasilkan oleh operasi anda. Pendedahan
yang berlanjutan kepada hingar dengan
keamatan yang tinggi boleh menyebabkan hilang
pendengaran.
10. Pastikan orang ramai berada pada jarak yang
selamat dari kawasan kerja. Sesiapa sahaja
yang memasuki kawasan kerja mesti memakai
peralatan pelindung diri. Serpihan bahan kerja
atau aksesori yang pecah mungkin berterbangan
dan menyebabkan kecederaan di luar kawasan
operasi terdekat.
Pegang alat kuasa pada permukaan
11.
mencengkam tertebat apabila melakukan
operasi yang aksesori pemotong boleh
tersentuh wayar tersembunyi atau kordnya
sendiri. Aksesori pemotong yang bersentuh
dengan wayar "hidup" boleh menyebabkan
bahagian logam terdedah alat kuasa "hidup"
dan boleh memberi kejutan elektrik kepada
pengendali.
12. Sentiasa pegang alat dengan kemas pada
tangan anda semasa menghidupkan alat.
Kilas tindak balas motor semasa ia memecut
pada kelajuan penuh, boleh menyebabkan alat
berpusing.
13. Gunakan pengapit untuk menyokong bahan
kerja jika praktikal. Jangan pegang bahan
kerja yang kecil dengan satu tangan dan
sebelah tangan lagi memegang alat semasa
menggunakannya. Mengepit bahan kerja yang
kecil membolehkan anda menggunakan tangan
anda untuk mengawal alat. Bahan yang bulat
seperti rod penetap, paip dan tiub mempunyai
kecenderungan untuk bergolek semasa dipotong
dan boleh menyebabkan bit terkepit atau
terpelanting ke arah anda.
14. Jauhkan kord daripada aksesori yang
berputar. Jika anda hilang kawalan, kord boleh
terpotong atau tersangkut dan tangan atau lengan
anda boleh tertarik ke dalam aksesori yang
berputar.
15. Jangan sekali-kali meletakkan alat kuasa
ke bawah sehingga aksesori telah berhenti
sepenuhnya. Aksesori yang berputar boleh
menyambar permukaan dan menarik alat kuasa
daripada kawalan anda.
16. Selepas menukar bit atau membuat
penyelarasan, pastikan nat sesimpai, cuk
atau sebarang peranti penyelarasan lain telah
dipasang dengan ketat. Peranti penyelarasan
yang longgar boleh beralih tanpa dijangka,
menyebabkan hilang kawalan, dan komponen
berpusing yang longgar akan tercampak dalam
keadaan bahaya.
20 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

M9100