Makita CE001G Instruction Manual page 45

Cordless power cutter
Hide thumbs Also See for CE001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
Kekalkan genggaman yang kukuh pada alat
1.
kuasa dan pastikan kedudukan badan dan
lengan anda membolehkan anda menahan
daya tolak keluar. Sentiasa gunakan pemegang
tambahan, jika disediakan, untuk kawalan
maksimum terhadap tolak keluar atau tindak
balas tork semasa permulaan. Pengendali boleh
mengawal tindak balas tork atau daya tolak keluar,
jika langkah berjaga-jaga yang betul diambil.
2.
Jangan sekali-kali meletakkan tangan anda
dekat dengan aksesori yang berputar. Aksesori
mungkin ditolak keluar ke atas tangan anda.
3.
Pastikan badan anda tidak berada sebaris
dengan roda berputar. Tolak keluar akan
mendorong alat ke arah bertentangan kepada
pergerakan roda ketika aksesori tersangkut.
4.
Menggunakan dengan lebih berhati-hati
apabila bekerja di sudut, pinggir yang tajam
dan sebagainya. Elakkan aksesori daripada
melantun dan tersangkut. Sudut, pinggir yang
tajam atau melantun mempunyai kecenderungan
untuk menyebabkan aksesori berputar tersangkut
dan menyebabkan hilang kawalan atau tolak
keluar.
5.
Jangan pasangkan rantai gergaji, bilah
pengukir kayu, roda intan bersegmen dengan
celah pinggir lebih besar daripada 10 mm atau
bilah gergaji bergigi. Bilah seperti ini akan kerap
menghasilkan tolak keluar dan hilang kawalan.
Jangan biarkan roda "tersekat" atau
6.
mengenakan tekanan berlebihan. Jangan
cuba membuat kedalaman potongan yang
berlebihan. Mengenakan tekanan yang
berlebihan kepada roda akan meningkatkan
beban dan kecenderungan untuk berputar atau
terkapit roda dalam potongan dan kemungkinan
tolak keluar atau roda pecah.
7.
Apabila roda tersangkut atau apabila
gangguan pemotongan berlaku atas apa
jua sebab, matikan alat kuasa dan pegang
alat kuasa tidak bergerak sehingga roda
berhenti sepenuhnya. Jangan sekali-kali cuba
menanggalkan roda daripada potongan ketika
roda sedang bergerak, jika tidak tolak keluar
mungkin berlaku. Siasat dan ambil tindakan
pembetulan untuk menyingkirkan sebab roda
tersangkut.
8.
Jangan mulakan semula operasi pemotongan
dalam bahan kerja. Biarkan roda mencapai
kelajuan penuh dan masukkan semula roda
ke dalam potongan dengan berhati-hati. Roda
boleh mengikat, berjalan atau tolak keluar jika alat
kuasa dimulakan semula di dalam bahan kerja.
Menyokong panel atau sebarang bahan kerja
9.
yang terlalu besar untuk meminumkan risiko
roda tersepit atau tolak keluar. Bahan kerja
yang besar mudah melendut di bawah beratnya
sendiri. Penyokong mesti diletakkan di bawah
bahan kerja berhampiran garisan potongan dan
berhampiran pinggir bahan kerja pada kedua-dua
belah roda.
10. Menggunakan langkah yang lebih berhati-hati
apabila membuat "potongan poket" ke dalam
dinding sedia ada atau kawasan terlindung
yang lain. Roda yang menonjol mungkin
memotong paip gas atau air, pendawaian elektrik
atau objek yang boleh menyebabkan tolak keluar.
Amaran Keselamatan Tambahan:
Sebelum menggunakan roda intan bersegmen,
1.
pastikan roda intan mempunyai celah pinggir
antara segmen 10 mm atau kurang, hanya
dengan sudut cakar negatif.
2.
Jangan sekali-kali cuba potong alat yang
dipegang terbalik di dalam ragum. Ini boleh
mengakibatkan kemalangan serius, kerana ia
sangat berbahaya.
3.
Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
4.
Simpan roda mengikut saranan pengilang.
Penyimpanan yang tidak betul boleh
merosakkan roda.
5.
Sentiasa menggunakan roda yang sesuai
untuk kerja anda dan bahan yang akan
dipotong.
6.
Periksa bahan yang akan dipotong sebelum
memotong. Jika bahan itu mengandungi bahan
letupan atau yang mudah terbakar, ia boleh
menyebabkan letupan atau kebakaran.
7.
Jangan menghidupkan alat jika objek asing
tersekat di antara pelindung dan roda. Dalam
kes ini, nyahpasang kartrij bateri dan keluarkan
objek asing.
8.
Menggunakan pengapit atau yang serupa
untuk menyokong bahan kerja apabila
mungkin.
9.
Sentiasa memakai perlindungan pendengaran
semasa operasi.
10. Jangan potong bahan kayu dengan alat ini.
Diameter luar dan ketebalan roda mesti dalam
11.
perkadaran kapasiti alat kuasa anda. Roda
dengan saiz yang tidak betul tidak boleh dijaga
atau dikawal dengan secukupnya.
12. Apabila mengendalikan alat kuasa,
kekalkan genggaman yang kuat dengan
kedua-dua tangan pada alat kuasa dan
pastikan kedudukan badan dan lengan anda
membolehkan anda menahan daya tolak
keluar.
13. Jauhkan tangan dan muka anda daripada roda
yang berputar.
14. Laraskan penutup roda kepada kedudukan
yang sesuai untuk kerja anda.
15. Apabila anda menggunakan alat di tanah
berlumpur, cerun basah, atau tempat yang
licin, beri perhatian kepada pijakan anda.
16. Jangan menenggelamkan alat ke dalam lopak.
17. Jangan biarkan alat di luar rumah tanpa
pengawasan di dalam hujan.
18. Jangan menggantikan bateri dalam hujan.
19. Apabila menyimpan alat, elakkan cahaya
matahari langsung dan hujan, dan simpan di
tempat yang tidak panas atau lembap.
45 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents