Download Print this page

Makita GA5010 Instruction Manual page 34

Hide thumbs Also See for GA5010:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tindakan suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Untuk alat dengan pemicu suis
jenis A
► Rajah2: 1. Butang kunci / butang buka kunci
2. Pemicu suis
Untuk alat tanpa butang kunci dan
butang buka kunci
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk alat dengan butang kunci
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk operasi berterusan, tarik pemicu suis dan
kemudian tolak masuk butang kunci.
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Untuk alat dengan butang buka kunci
Untuk mengelakkan pencetus suis dari ditarik secara
tidak sengaja, butang mengunci disediakan.
Untuk memulakan alat, tekan butang pengunci dan tarik
pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk alat dengan pemicu suis
jenis B
► Rajah3: 1. Tuil penguncian 2. Pemicu suis
Untuk alat dengan suis kunci
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis (A).
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti. Untuk operasi
berterusan, tarik pemicu suis (A) dan kemudian tolak
masuk tuil penguncian (B). Untuk menghentikan
alat dari kedudukan terkunci, tarik pemicu suis (A)
sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Untuk alat dengan suis buka kunci
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik
secara tidak sengaja, tuil penguncian disediakan. Untuk
memulakan alat, tolak masuk tuil penguncian (B) dan
tarik pemicu (A) suis. Lepaskan pemicu suis untuk
berhenti.
Untuk alat dengan suis kunci dan
buka kunci
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik
secara tidak sengaja, tuil penguncian disediakan. Untuk
memulakan alat, tolak masuk tuil penguncian (B) dan
tarik pemicu (A) suis. Lepaskan pemicu suis untuk
berhenti. Untuk operasi berterusan, tolak masuk tuil
penguncian (B), tarik pemicu suis dan kemudian tolak
lebih jauh tuil penguncian (B). Untuk menghentikan
alat dari kedudukan terkunci, tarik pemicu suis (A)
sepenuhnya, kemudian lepaskan.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang genggaman sisi
(pemegang)
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan genggaman sisi dipasang
dengan kukuh sebelum operasi.
► Rajah4
Skru genggaman sisi dengan kukuh pada kedudukan
alat seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Memasang pemegang gelung
(Aksesori pilihan)
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan pemegang gelung dipasang
dengan kukuh sebelum operasi.
► Rajah5: 1. Tonjolan pemegang gelung 2. Lubang
pemadan dalam perumah gear
Sentiasa pasang pemegang gelung pada alat sebelum
operasi. Pegang pemegang suis dan pemegang gelung
dengan kemas menggunakan kedua-dua belah tangan
semasa operasi.
Pasangkan pemegang gelung supaya tonjolannya akan
muat ke dalam lubang pemadan dalam perumah gear.
Pasangkan bolt dan ketatkannya dengan kunci allen.
Pemegang gelung boleh dipasang dalam dua arah
berbeza seperti yang ditunjukkan dalam rajah, dalam
arah paling mudah untuk kerja anda.
► Rajah6: 1. Pemegang gelung 2. Kunci allen 3. Bolt
► Rajah7: 1. Pemegang gelung 2. Kunci allen 3. Bolt
34 BAHASA MELAYU

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ga5011Ga6010Ga6011