Download Print this page

Makita 4100NH Instruction Manual page 23

Hide thumbs Also See for 4100NH:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tolak Keluar dan Amaran Berkaitan
Tolak keluar ialah tindak balas tiba-tiba kepada
pusingan roda yang tersepit atau tersangkut. Tersepit
atau tersangkut menyebabkan putaran laju berhenti
tiba-tiba dan menyebabkan alat kuasa yang tidak
terkawal dipaksa bergerak ke arah yang bertentangan
daripada putaran roda ketika tersangkut.
Contohnya, jika roda lelas tersangkut atau tersepit
pada bahan kerja, pinggir roda yang memasuki titik
sepitan boleh termasuk ke dalam permukaan bahan
dan menyebabkan roda bergerak keluar atau menolak
keluar. Roda mungkin sama ada melantun ke arah atau
jauh daripada pengendali, bergantung kepada arah
pergerakan roda ketika aksesori tersepit. Roda lelas
juga mungkin pecah di bawah keadaan ini.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
a) Kekalkan genggaman yang kukuh pada alat
kuasa dan pastikan kedudukan badan dan
lengan anda membolehkan anda menahan
daya tolak keluar. Sentiasa gunakan pemegang
tambahan, jika disediakan, untuk kawalan
maksimum terhadap tolak keluar atau tindak
balas tork semasa permulaan. Pengendali boleh
mengawal tindak balas tork atau daya tolak keluar,
jika langkah berjaga-jaga yang betul diambil.
b) Jangan sekali-kali meletakkan tangan
anda hampir dengan aksesori yang berputar.
Aksesori mungkin ditolak keluar ke arah tangan
anda.
c) Pastikan badan anda tidak berada sebaris
dengan roda berputar. Tolak keluar akan
mendorong alat ke arah bertentangan kepada
pergerakan roda ketika aksesori tersangkut.
d) Gunakan dengan lebih berhati-hati apabila
bekerja di sudut, pinggir yang tajam dll.
Elakkan aksesori daripada melantun dan
tersangkut. Sudut, pinggir yang tajam atau
melantun mempunyai kecenderungan untuk
menyebabkan aksesori berputar tersangkut dan
menyebabkan hilang kawalan atau tolak keluar.
e) Jangan pasangkan rantai gergaji, bilah
pengukir kayu, roda belian bersegmen dengan
celah pinggir lebih besar daripada 10 mm atau
bilah gergaji bergigi. Bilah seperti ini akan kerap
menghasilkan tolak keluar dan hilang kawalan.
f) Jangan biarkan roda "tersekat" atau
mengenakan tekanan berlebihan. Jangan
cuba membuat kedalaman potongan yang
berlebihan. Mengenakan tekanan yang
berlebihan kepada roda akan meningkatkan
beban dan kecenderungan untuk berputar atau
terkapit roda dalam potongan dan kemungkinan
tolak keluar atau roda pecah.
g) Apabila roda tersangkut atau apabila
gangguan pemotongan berlaku atas apa
jua sebab, matikan alat kuasa dan pegang
alat kuasa tidak bergerak sehingga roda
berhenti sepenuhnya. Jangan sekali-kali cuba
menanggalkan roda daripada potongan ketika
roda sedang bergerak, jika tidak tolak keluar
mungkin berlaku. Siasat dan ambil tindakan
pembetulan untuk menyingkirkan sebab roda
terkapit.
h) Jangan mulakan semula operasi
pemotongan dalam bahan kerja. Biarkan roda
mencapai kelajuan penuh dan masukkan
semula roda ke dalam potongan dengan
berhati-hati. Roda boleh terkapit, berjalan ke atas
atau tolak keluar jika alat kuasa dimulakan semula
dalam bahan kerja.
i) Sokong panel atau sebarang bahan kerja
yang terlalu besar untuk meminumkan risiko
roda tersepit atau tolak keluar. Bahan kerja
yang besar mudah melendut di bawah beratnya
sendiri. Penyokong mesti diletakkan di bawah
bahan kerja berhampiran garisan potongan dan
berhampiran pinggir bahan kerja pada kedua-dua
belah roda.
j) Gunakan langkah yang lebih berhati-hati
apabila membuat "potongan poket" ke dalam
dinding sedia atau kawasan terlindung yang
lain. Roda yang menonjol mungkin memotong
paip gas atau air, pendawaian elektrik atau objek
yang boleh menyebabkan tolak keluar.
17. Sebelum menggunakan roda berlian
bersegmen, pastikan roda berlian mempunyai
celah pinggir antara segmen 10 mm atau
kurang, hanya dengan sudut cakar negatif.
Amaran keselamatan tambahan:
18. Jangan sekali-kali cuba potong alat yang
dipegang terbalik di dalam ragum. Ini boleh
mengakibatkan kemalangan serius, kerana ia
sangat berbahaya.
19. Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan yang
dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
23 BAHASA MELAYU

Hide quick links:

Advertisement

loading