Makita DGA404 Instruction Manual page 50

Cordless angle grinder
Hide thumbs Also See for DGA404:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Apabila memasang roda intan:
► Rajah22: 1. Nat kunci 2. Roda intan (Lebih nipis
daripada 4 mm (5/32")) 3. Roda intan
(4 mm (5/32") atau lebih tebal) 4. Bebibir
dalaman
Untuk model 115 mm (4 - 1/2") /
125 mm (5")
Apabila memasang roda pemotongan pelelas:
► Rajah23: 1. Nat kunci 2. Roda pemotongan
pelelas (Lebih nipis daripada 4 mm
(5/32")) 3. Roda pemotongan pelelas
(4 mm (5/32") atau lebih tebal) 4. Bebibir
dalaman
Apabila memasang roda intan:
► Rajah24: 1. Nat kunci 2. Roda intan (Lebih nipis
daripada 4 mm (5/32")) 3. Roda intan
(4 mm (5/32") atau lebih tebal) 4. Bebibir
dalaman
Operasi dengan berus cawan wayar
(aksesori pilihan)
PERHATIAN:
Periksa operasi berus dengan menjalankan
alat tanpa beban, memastikan bahawa tiada
seorang pun di depan atau sebaris dengan
berus.
Jangan gunakan berus yang telah rosak atau
tidak seimbang. Penggunaan berus yang rosak
boleh meningkatkan kemungkinan kecederaan
berlaku daripada sentuhan dengan wayar berus
yang rosak.
► Rajah25: 1. Berus cawan wayar
Keluarkan kartrij bateri dari alat dan letakkannya
terbalik bagi membolehkan capaian yang mudah
kepada spindel. Tanggalkan sebarang aksesori
pada spindel. Masukkan berus cawan wayar ke
dalam spindel dan ketatkan dengan perengkuh yang
dibekalkan. Apabila menggunakan berus, elakkan
daripada mengenakan tekanan yang terlalu kuat
sehingga menyebabkan pembengkokan wayar
berlebihan dan menyebabkan kerosakan yang terlalu
awal.
Operasi dengan berus roda wayar
(aksesori pilihan)
PERHATIAN:
Periksa operasi berus roda wayar dengan
menjalankan alat tanpa beban, memastikan
bahawa tiada seorang pun di depan atau
sebaris dengan berus roda wayar.
Jangan gunakan berus roda wayar yang telah
rosak atau tidak seimbang. Penggunaan berus
roda wayar yang rosak boleh meningkatkan
kemungkinan kecederaan berlaku akibat
tersentuh wayar yang rosak.
SENTIASA guna pengadang dengan berus
roda wayar, memastikan diameter roda muat
di dalam pengadang. Roda boleh berkecai
semasa digunakan dan pengadang membantu
mengurangkan kemungkinan berlaku
kecederaan diri.
► Rajah26: 1. Berus roda wayar
Keluarkan kartrij bateri dari alat dan letakkannya
terbalik bagi membolehkan capaian yang mudah
kepada spindel. Tanggalkan sebarang aksesori pada
spindel. Masukkan berus roda wayar ke dalam spindel
dan ketatkan dengan perengkuh.
Apabila menggunakan berus roda wayar, elakkan
daripada mengenakan tekanan yang terlalu kuat
sehingga menyebabkan pembengkokan wayar
berlebihan dan menyebabkan kerosakan yang terlalu
awal.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan kartrij
bateri dikeluarkan sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
► Rajah27: 1. Bolong ekzos 2. Bolong penyedutan
Alat dan bolong udaranya perlu sentiasa bersih.
Bersihkan bolong udara alat dengan kerap atau apabila
bolong tersebut mula tersekat.
► Rajah28: 1. Pelindung habuk
Keluarkan pelindung habuk dari bolong penyedutan dan
bersihkannya bagi melancarkan peredaran udara.
NOTA:
Bersihkan pelindung habuk apabila ia tersumbat
dengan habuk atau bendasing. Meneruskan
operasi dengan pelindung habuk tersumbat
boleh merosakkan alat.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
50 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dga454Dga504

Table of Contents