Makita DGA404 Instruction Manual page 48

Cordless angle grinder
Hide thumbs Also See for DGA404:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk alat dengan pengadang roda
jenis skru mengunci
► Rajah10: 1. Pengadang roda 2. Kotak galas 3. Skru
Lekapkan pengadang roda dengan tonjolan pada jalur
pengadang roda dijajarkan dengan takuk pada kotak
galas. Kemudian putar pengadang roda kira-kira 180°
mengikut lawan arah jam. Pastikan anda mengetatkan
skru dengan kemas.
Untuk menanggalkan pengadang roda, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
Memasang dan mengeluarkan
roda tengah lekuk atau cakera rata
(aksesori pilihan)
AMARAN:
Apabila menggunakan roda pusat lekuk atau
cakera rata, pengadang roda mesti dipasang
pada alat supaya sisi tertutup pengadang
sentiasa menghala ke arah pengendali.
Hanya gerakkan kunci aci apabila spindel tidak
bergerak.
► Rajah11: 1. Nat kunci 2. Roda tengah lekuk
3. Bebibir dalaman
Lekapkan bebibir dalaman kepada spindel. Sesuaikan
roda/cakera pada bebibir dalaman dan skru nat kunci
kepada spindel.
► Rajah12: 1. Perengkuh nat kunci 2. Kunci aci
Untuk mengetatkan nat kunci, tekan kunci aci dengan
kukuh supaya spindel tidak dapat berputar, kemudian
gunakan perengkuh nat kunci dan ketatkan mengikut
arah jam dengan kemas.
Untuk menanggalkan roda, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
Memasang atau menanggalkan
Ezynut (aksesori pilihan)
PERHATIAN:
Jangan guna Ezynut bersama Bebibir Super
atau pengisar sudut dengan "F" di hujung
No. model. Bebibir itu sangat tebal sehingga
kesemua ulir tidak boleh dikekalkan oleh
spindel.
► Rajah13: 1. Ezynut 2. Roda lelas 3. Bebibir
dalaman 4. Spindel
Lekapkan bebibir dalaman, roda lelas dan Ezynut pada
spindel agar Logo Makita pada Ezynut menghadap ke
luar.
► Rajah14: 1. Kunci aci
Tekan kunci aci dengan kuat dan ketatkan Ezynut
dengan memutarkan roda lelas ikut arah jam sejauh ia
boleh dipusingkan.
Pusing gelung luar Ezynut lawan arah jam untuk
melonggarkannya.
► Rajah15: 1. Anak panah 2. Takuk
► Rajah16
NOTA:
Ezynut boleh dilonggarkan menggunakan
tangan selagi anak panah menghala ke takuk.
Sebaliknya, perengkuh nat kunci diperlukan
untuk melonggarkannya. Masukkan satu pin
perengkuh ke dalam lubang dan pusing Ezynut
lawan arah jam.
Memasang atau mengeluarkan roda
fleksibel
Aksesori pilihan
AMARAN:
Sentiasa guna pengadang yang
dibekalkan apabila roda fleksibel berada pada
alat. Roda boleh berkecai semasa digunakan dan
pengadang membantu mengurangkan kemungkinan
berlaku kecederaan diri.
► Rajah17: 1. Nat kunci 2. Roda fleksibel 3. Pad
sandaran 4. Bebibir dalaman
Ikuti arahan untuk roda tengah lekuk tetapi juga guna
pad sandaran di atas roda. Lihat arahan pemasangan
pada halaman aksesori dalam manual ini.
Memasang atau menanggalkan
cakera lelas (aksesori pilihan)
► Rajah18: 1. Nat kunci pemasiran 2. Cakera lelas
3. Pad getah
Lekapkan pad getah kepada spindel. Sesuaikan cakera
pada pad getah dan skru nat kunci kepada spindel.
Untuk mengetatkan nat kunci, tekan kunci aci dengan
kukuh supaya spindel tidak dapat berputar, kemudian
gunakan perengkuh nat kunci dan ketatkan mengikut
arah jam dengan kemas.
Untuk menanggalkan cakera, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
NOTA:
Gunakan aksesori pemasir yang dinyatakan
dalam manual ini. Aksesori ini mesti dibeli
secara berasingan.
48 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dga454Dga504

Table of Contents