Makita M9000 Instruction Manual page 28

Hide thumbs Also See for M9000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk alat dengan suis kunci dan
buka kunci
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik secara
tidak sengaja, tuil kunci disediakan.
Untuk memulakan alat, tekan tuil kunci (dalam arah A)
dan tarik pemicu suis (dalam arah B). Lepaskan pemicu
suis untuk berhenti.
Untuk operasi berterusan, tolak tuil penguncian (dalam
arah A), tarik pemicu suis sepenuhnya (dalam arah
B), kemudian tolak tuil penguncian (dalam arah A)
sedalamnya
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya (dalam arah B), kemudian
lepaskan.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang genggaman sisi
(pemegang)
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan genggaman sisi dipasang
dengan kukuh sebelum operasi.
► Rajah3
Skru genggaman sisi dengan kukuh pada kedudukan
alat seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Memasang atau mengeluarkan
pengadang roda (Untuk roda tengah
lekuk , berbilang cakera , roda
pemotongan lelas , roda intan)
AMARAN:
Apabila menggunakan roda pengisaran
tengah lekuk/Berbilang cakera, pengadang
roda mesti dipasang pada alat supaya sisi
tertutup pengadang sentiasa menghala ke arah
pengendali.
Apabila menggunakan roda intan / pemotong
lelas, pastikan anda menggunakan hanya
pengadang roda khas yang direka untuk
kegunaan dengan roda pemotong.
► Rajah4: 1. Pelindung roda 2. Skru 3. Kotak galas
Lekapkan pengadang roda dengan tonjolan pada
jalur pengadang roda dijajarkan dengan takuk pada
kotak galas. Kemudian putar pengadang roda kira-kira
180 darjah mengikut lawan arah jam. Pastikan anda
mengetatkan skru dengan kemas.
Untuk menanggalkan pengadang roda, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
Memasang atau menanggalkan roda
pengisaran tengah lekuk/Berbilang
cekera (aksesori)
► Rajah5: 1. Nat kunci 2. Roda pengisaran tengah
lekuk 3. Bebibir dalaman
Lekapkan bebibir dalaman kepada spindel. Sesuaikan
roda/cakera pada bebibir dalaman dan skru nat kunci
kepada spindel.
► Rajah6: 1. Perengkuh nat kunci 2. Kunci aci
Untuk mengetatkan nat kunci, tekan kunci aci dengan
kukuh supaya spindel tidak dapat berputar, kemudian
gunakan perengkuh nat kunci dan ketatkan mengikut
arah jam dengan kemas.
Untuk menanggalkan roda, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
OPERASI
AMARAN:
Tidak perlu memaksa alat. Berat alat
memberikan tekanan yang mencukupi.
Pemaksaan dan tekanan berlebihan boleh
menyebabkan bahaya pecahnya roda.
SENTIASA menggantikan roda jika alat terjatuh
semasa mengisar.
JANGAN SEKALI-KALI menghentam atau
memukul cakera atau roda pengisaran supaya
berfungsi.
Elakkan roda daripada melantun dan terhalang,
terutamanya bekerja di sudut, pinggir yang
tajam dsb. Ini boleh menyebabkan hilang
kawalan dan tolak keluar.
JANGAN SEKALI-KALI menggunakan alat
dengan bilah pemotong kayu dan bilah
gergaji yang lain. Bilah yang sedemikian
apabila digunakan pada pengisar akan kerap
menendang dan menyebabkan hilang kawalan
yang menyebabkan kecederaan diri.
PERHATIAN:
Jangan sesekali menukar pada alat ketika
ia bersentuhan dengan hasil kerja, ia boleh
menyebabkan kecederaan kepada pengendali.
Sentiasa memakai gogal keselamatan atau
pelindung muka semasa operasi.
Selepas operasi, sentiasa matikan alat dan
tunggu sehingga roda berhenti sepenuhnya
sebelum meletakkan alat di bawah.
28 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

M9001

Table of Contents