Download Print this page

Makita DCX200 Instruction Manual page 64

Battery heated base layer shirt
Hide thumbs Also See for DCX200:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menyambungkan peranti USB
PERHATIAN:
Sambungkan peranti yang
serasi dengan port bekalan kuasa USB sahaja.
Tidak berbuat demikian boleh menyebabkan
kerosakan.
NOTIS:
Sebelum menyambungkan peranti USB,
sentiasa sandarkan data pada peranti USB. Tidak
berbuat demikian boleh menyebabkan kehilangan
data anda.
NOTIS:
Pemegang bateri dan Bateri BL1055B
mungkin tidak membekalkan kuasa kepada
beberapa peranti USB.
NOTIS:
Apabila tidak digunakan atau selepas
mengecas, keluarkan kabel USB dan tutup
penutup.
NOTA: Arus output sebenar berbeza-beza
bergantung pada peranti USB yang akan
disambungkan.
NOTA: Kuasa bateri digunakan semasa butang
kuasa dihidupkan. Sentiasa matikan suis apabila
tidak digunakan.
NOTA: Apabila mengecas berbilang peranti USB
secara berturut-turut, tunggu selama kira-kira 10
saat selepas pengecasan peranti terdahulu selesai
sebelum mula mengecas peranti yang seterusnya.
Pemegang bateri (dengan bateri) dan Bateri BL1055B
boleh berfungsi sebagai bekalan kuasa luaran untuk
peranti USB.
1.
Buka penutup dan sambungkan kabel USB (tidak
disertakan) ke port USB. Kemudian, sambungkan
hujung kabel yang lain ke peranti.
2.
Mula mengecas:
Apabila menggunakan pemegang bateri
(dengan bateri), tekan dan tahan butang kuasa
sehingga penunjuk tahap kuasa menyala. Bateri
membekalkan DC 5 V, 2.4 A.
Pemegang bateri (dengan bateri)
► Rajah13: 1. Butang kuasa 2. Port USB
Semasa menggunakan Bateri BL1055B, tekan
butang kuasa. Bateri membekalkan DC 5 V, 1.5 A.
Bateri BL1055B
► Rajah14: 1. Butang kuasa 2. Port USB
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
asas dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
PERHATIAN:
hidup atau apa-apa kerosakan ditemukan dengan
kartrij bateri yang dicas sepenuhnya, bersihkan
terminal pemegang bateri dan kartrij bateri. Jika
baju lapisan asas tidak berfungsi dengan betul,
berhenti menggunakan baju lapisan asas dan
hubungi pusat servis kami yang diiktiraf.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Mencuci baju lapisan asas
Tanggalkan bateri dan pemegang bateri daripada
baju lapisan asas sebelum mencuci.
Ikuti arahan pada tag.
Jangan cuci baju lapisan asas dengan pakaian
lain. Berbuat demikian boleh menyebabkan warna
pudar atau pemindahan warna.
Gunakan jaring pakaian ketika menggunakan
mesin basuh.
Jangan gunakan pelembut fabrik.
Gunakan detergen semula jadi sahaja.
Selepas mencuci, keluarkan baju lapisan asas
daripada mesin basuh sekaligus.
Pastikan anda memasukkan palam ke dalam
poket bateri dan menutup kancing zip sebelum
mencuci.
64 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan baju lapisan
Jika baju lapisan asas tidak

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Dcx201